SJ-11-0152 : Lanjutan Cabutan Bertuah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0152 : Lanjutan Cabutan Bertuah

Assalamualaikum Wmt Wkt

Terima kasih kpd Ahli panel kerana menjawab soalan saya.
Cuma maafkan saya , adakah senerio seperti berikut dikira sebagai judi :

" Pihak sekolah mengadakan cabutan bertuah melalui jualan keropok yang di dalam keropok diletakkan nombor bertuah yang layak terima hadiah- pembeli yang membeli dalam jumlah yang banyak sudah tentu kebarangkaliannya akan mendapat nombor bertuah besar- Jadi adakah ini dikira judi "

Wassalam JZKMMLH

SJ-11-0152 : Lanjutan Cabutan Bertuah

:wassalam

al-Jawab:

Sebelum kita nak kata judi, kita selusuri beberapa perkara:

1. Penganjurnya sudah terkenal dengan industri judi. Maka sekolah bukanlah sebuah institusi judi. Maka tidak mungkin sekolah dilihat sebagai sebuah institusi membuat keuntungan (profit making organization) Jika ia memungut dana hasil jualan kropok, hanyalah untuk kebaikan guru2 dan anak-anak masyarakat disekeliling sekolah itu.

2. apakah hasil kutipan dana dipulangkan semula sbg kebajikan utk semua atau untuk keuntungan orang tertentu? Jika kutipan itu adalah untuk kebajikan semua pihak (murid2), maka tidaklah projek jualan keropok itu sebagai sebuah perjudian.

3. Dilihat apakah motif cabutan bertuah itu? jika hanya meningkatkan motivasi ibubapa supaya makan sambil berderma, maka tak ada apa masalahnya.

4. Apakah projek itu mendapat sokongan dari PIBG. Jika sesuatu projek itu mendapat sokongan dari PIBG, maka sudah tentu ia bukan satu perjudian. sekian WA