SJ-13-0380 : Shampoo and pencerah muka

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0380 : Shampoo and pencerah muka

:salam
saya masih curious tentang penggunaan Shampoo and alat pencerah muka,
soalan:

Adakah shampoo seperti Black Shiny(tujuan untuk menghitamkan rambut) ataupun shampoo meluruskan rambut dan pencerah muka termasuk dalam merubah ciptaan Allah.

mohon penjelasan...jzkk

SJ-13-0380 : Shampoo and pencerah muka

:wassalam

al-Jawab:

1. Shampoo untuk menjadikan rambut hitam bersinar (black shiny) dan menjadikan lambut lebih mudah terurus bukanlah merubah ciptaan Allah, bahkan termasuk dalam sunan fitrah dalam bab penjagaan rambut supaya kemas dan terurus. Dalilnya: dari Abu Hurayra ra: (sabda baginda saw)

ãä ßÇä áå ÔÚÑ ¡ ÝáíßÑãå
terjemahnya: "barangsiapa yang ada rambut, maka hendaklah dia merawatnya" (HR Abu Daud, dinilai sahih al-Albani dalam sahih Abu Daud 4163 dan Hasan oleh mutaakhirin yang lain spt alSyaukani, Ibn Hajar dan al-Nawawi)

Jadi penggunaan shampoo black shiny dan menjadikan rambut mudah terurus hanyalah termasuk dalam maksud hadith tsb (al-Qardhawi, Fiqh Thaharah, 155)

2. Penggunaan cream pencerah muka ini adalah harus kerana yang dilarang ialah apa yang dilakukan oleh wanita zaman dahulu yang dinamakan mengupas kulit wajah dgn penggunaan ubat (alQaasyirah).
Dalilnya: dari Aisyah ra:

Åä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÈÑíÁ ãä ÇáÕÇáÞÉ ¡ æÇáÍÇáÞÉ ¡ æÇáÔÇÞÉ

terjemahnya: Bahawa RasuluLlah saw berlepas diri dari perempuan yang meraung, yang mencukur rambut dan yang mengupas kulit." [Bukhari:1296; Muslim:104]

Maksud mengupas kulit ialah skin bleaching seperti yang dilakukan oleh Micheal Jackson. Cream pencerah yang banyak dijual dalam pasaran hanya sekadar membersihkan muka kerana keadaan cuaca tropika yang panas dan berhabuk. sekian WA