SJ-13-0375 : betul ke ade setan ni

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0375 : betul ke ade setan ni

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan, menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
[ Telah diedit oleh: Iera pada 31-03-06 14:31 ]

SJ-13-0375 : betul ke ade setan ni

al-Jawab:

Tak ada masalah nak bagi nama-nama kepada species jinn dan setan kerana ia suatu alam yang masih belum diterokai. Nama-nama jinn atau setan yang ada dalam kamus melayu antaranya Pocong, hantu raya, bunian, pelesit, toyol, pontianak, jerangkung, dan sebagainya. ini kerana manusia sudah memberi nama-nama kepada hampir semua species flora dan fauna. Apabila saintis Barat berjaya meneroka angkasaraya, maka mereka dengan bebas sekali memberi nama-nama kepada pelbagai bintang dan planet yg mereka temui. jadi tak ada masalah jika kita nak beri nama kepada apa jua makhluk yang kita yakini ujud.

Cuma ia tidak boleh dikaitkan dengan Nabi saw atau agama kerana ini memerlukan nas. Dalam kajian kita nama-nama itu tak ada dalam sumber utama Islam. sekian