SJ-12-0249 : Terlanjur Dengan Adik Ipar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0249 : Terlanjur Dengan Adik Ipar

Saya merupakan anak angkat pada satu keluarga.Saya telah bercinta dengan B anak kepada keluarga angkat ini tetapi B masih bawah umur. Mama pulak ingin menjodohkan saya dengan A anak perempuannya yang cukup umur.

Dalam masa serba salah ini saya difitnah lalu saya terpaksa berkahwin dengan A.Tetapi setelah 3 tahun perkhawinan saya saya tak dapat nak terima yang saya masih lagi mencintai B.

Akibat daripada itu saya sudah terlanjur dengan B dan telah mengandung 5 bulan. Mama mendesak saya dan B menggugurkan kandungan tersebut kerana takut malu, saya menggugurkan kandungan itu, tetapi B tak dapat nak terima keadaan ini dan melarikan diri dari rumah dan menjadi bohsia. Adakah perlu saya bertanggung jawap pada B dan menceraikan kakaknya dan menghawini B dan membawa dia pulang semula pada jalan yang benar,

Saya minta ustaz pandu saya apa yang perlu saya lakukan.?

SJ-12-0249 : Terlanjur Dengan Adik Ipar

al-Jawab:

Ketelanjuran ini adalah terlalu besar, zina secara inses dan kemudian terjadi pulak pembunuhan janin (janin melebihi 5 bulan adalah jenayah bunuh jika digugurkan). Keduanya: seks inses dan pembunuhan manusia adalah dua kesalahan hudud.

Kemudian anda ingin meneruskan lagi dengan mentalaq isteri yang tidak berdosa dan menyakiti hatinya dengan bernikah pula dgn adik kandungnya sendiri...

Langkah terbaik yang boleh kami fikirkan ialah anda hijrah jauh-jauh, bawalah isteri anda ke tempat yang baru, bertaubat nasuha, banyak melakukan kebajikan dan bersedeqah dan cuba menjadi insan yang soleh. sekian