Assalamualaikum..
baru-baru ini saya telah kematian anak lelaki saya yang berumur 5 tahun akibat satu kemalangan. Saya amat merindui anak saya ketika ini. Jika tidak keterlaluan,saya ingin bertanya dengan pihak yang berpengetahuan, adakah roh anak saya ada melawat ibubapanya dalam tempoh 40 hari kerana sejak pemergiannya saya tidak pernah bermimpi apa2 tentang arwah anak saya. Semoga dengan penjelasan dari pihak tuan dapat memberi ketenangan kepada saya.
Al-Hamdulillah ,
Al-jawab :
Pertama sekalinya kami memohon maaf kepada saudara/i di atas kelewatan kami menjawab persoalan yang dikemukakan.Kami juga ingin mengucapkan Takziah di atas kematian anak saudara/i yang mana sebenarnya ianya adalah merupakan suatu ujian dari Allah swt.Semoga saudara/i dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut….
Berbalik kepada persoalan di atas , firman Allah swt dalam surah az-Zumar ayat 42 dapat menjawab permasalahan tersebut , sebagaimana firman-Nya :
Çááøóåõ íóÊóæóÝøóì ÇáúÃóäÝõÓó Íöíäó ãóæúÊöåóÇ æóÇáøóÊöí áóãú ÊóãõÊú Ýöí ãóäóÇãöåóÇ ÝóíõãúÓößõ ÇáøóÊöí ÞóÖóì ÚóáóíúåóÇ ÇáúãóæúÊó æóíõÑúÓöáõ ÇáúÃõÎúÑóì Åöáóì ÃóÌóáò ãõÓóãøðì Åöäøó Ýöí Ðóáößó áóÂíóÇÊò áøöÞóæúãò íóÊóÝóßøóÑõæäó
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”
Al-Imam Ibnu al-Qayyim dalam kitab “ar-Ruh” menyatakan bahawa ayat tadi menjadi dalil bahawa ruh orang yang telah mati akan saling bertemu dengan ruh orang yang masih hidup.Pertemuan itu berlaku ketika ruh orang yang masih hidup keluar dari jasadnya ketika tidur dan bertemu dengan ruh orang yang telah mati. Apabila ruh orang yang masih hidup itu ingin kembali ke dunia , maka ruh orang yang telah mati juga ingin turut kembali ke bumi tetapi ditahan oleh Allah swt berdasarkan ayat di atas sehinggalah hari Kiamat.
Maka , kesimpulannya ialah memang ruh orang yang telah mati berkemungkinan akan berjumpa dengan ruh orang yang masih hidup….Walaupun begitu segala ketentuan atau apa sahaja yang berlaku , adalah kuasa Allah swt dan sememangnya hanyalah Allah sahaja yang berhak menentukannya , lebih-lebih lagi tentang masalah ruh . Ini kerana , manusia hanya diberikan sedikit sahaja pengetahuan tentangnya , sebagaimana yang disebut oleh Allah swt dalam surah al-Isra ayat 85 :
æíÓÆáæäß Úä ÇáÑæÍ Þá ÇáÑæÍ ãä ÃãÑ ÑÈí æãÇ ÃæÊíÊã ãä ÇáÚáã ÅáÇ ÞáíáÇ
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."
WA
Ruj :
Ar-Ruh , Al-Imam Ibnu al-Qayyim
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com