SJ-05-0340 : Penting! - Solat Jumaat 2X dlm musolla yg sama

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0340 : Penting! - Solat Jumaat 2X dlm musolla yg sama

:salam

Ana sedang menuntut di Adelaide, OZ. Pada setiap hari Jumaat, pihak persatuan Pelajar Islam di uni kami menganjurkan solat Jumaat di surau universiti.

Kami mengadakan solat Jumaat satu sessi pada jam 1.30pm (waktu zuhur) Memandangkan jadual kelas pelajar -pelajar Muslim yang pelbagai (tidak sempat menghadirkan diri untuk sessi 1.30pm), adakah dibolehkan untuk mengadakan solat Jumaat kali yang kedua di tempat yang sama atas hujah memenuhi kemaslahatan pelajar Muslim di sini, yang mungkin khutbah jumaat adalah satu-satunya medan untuk mendapatkan pengisian?

Bolehkah tuan panel memberikan dalil-dalil sama ada dari Quran. Sunnah dan ulasan ulama muktabar dalam hal ini?

Ana dahulukan dengan ucapan jazakallah khair

SJ-05-0340 : Penting! - Solat Jumaat 2X dlm musolla yg sama

:wassalam

al-Jawab:

Fatwa mantan Mufti KSA, Syaikh Ben Baz rh, bahawa mengadakan dua kali atau lebih solat Juma'at dalam sebuah mesjid merupakan sesuatu yang baru dan tidak pernah dilakukan sebelum ini, maka ia adalah tertegah. Jalan terbaik ialah memilih satu waktu yang mana majoriti penduduk boleh mengikutinya, manakala yang lain yang tidak mampu menghadiri kerana suatu pekerjaan yang amat mendesak, maka hendaklah solat Zuhur sahaja. (fatwa no 759, di laman web Islam QnA kelolaan Syaikh Saleh al-Munajjid) WA