:salam
Berkaitan persoalan dengan media seks dari soalan di link ini,...
Nyata sekali 'Permata yang Hilang' adalah media seks yang dibolehkan dalam Islam.
Bagaimana pula dengan ensiklopidea berbentuk pelajaran yang sangat berkesan dalam memberikan pengetahuan tentang keperluan seks suami isteri seperti 'Kamasutra' yang terdiri dari e-book (yang mengandungi gambar-gambar teknik dari gambar sebenar) dan juga DVD (yang mengandungi klip-klip video teknik dari video sebenar)?
Sememangnya ia lebih kepada pendidikan seks dan bukan industri filem lucah. Bahan dan ilmunya baik untuk dipelajari bagi tujuan suami isteri memberikan yang terbaik buat pasangan dan amat berkesan tetapi kandungannya mengandungi gambar sebenar yang menampakkan aurat orang lain. Jadi bagaimanakah status media seperti ini, Ustaz?
:wassalam
Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Firman Allah SWT:
Þõá áøöáúãõÄúãöäöíäó íóÛõÖøõæÇ ãöäú ÃóÈúÕóÇÑöåöãú æóíóÍúÝóÙõæÇ ÝõÑõæÌóåõãú Ðóáößó ÃóÒúßóì áóåõãú Åöäøó Çááøóåó ÎóÈöíÑñ ÈöãóÇ íóÕúäóÚõæäó. æóÞõá áøöáúãõÄúãöäóÇÊö íóÛúÖõÖúäó ãöäú ÃóÈúÕóÇÑöåöäøó æóíóÍúÝóÙúäó ÝõÑõæÌóåõäøó
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya." (Surah an-Nur:30-31)
Sabda Rasulullah SAW:
áóÇ íóäúÙõÑõ ÇáÑøóÌõáõ Åöáóì ÚóæúÑóÉö ÇáÑøóÌõáö æóáóÇ ÇáúãóÑúÃóÉõ Åöáóì ÚóæúÑóÉö ÇáúãóÑúÃóÉö
"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain....." [Hadith Riwayat Muslim].
Dalam Fatwa Islamonline menyebut: Ulama Feqh telah bersepakat bahawa melihat gambar atau video seks adalah haram dalam semua jenis media walaupun untuk tujuan pendidikan.
Pendidikan seks boleh dipelajari dari Al-Quran, Sunnah dan kitab-kitab ulama Islam, tanpa perlu menggunakan gambar atau video seks tersebut.
Lihat: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528603340
Wallahu a3lam