:salam
Saya ada beberapa kemusykilan.
1. Apakah anak susuan berhak dlm mewarisi harta dan bolehkah mereka menjadi wali kpd adik-beradik susuan. Sila nyatakan dalilnya.
2. Seorang suami mempunyai 2 isteri. Dia mempunyai seorang anak susuan lelaki dgn isteri pertama dan anak perempuan dgn isteri ke 2. Apakah hukum antara anak susuan dgn anak isteri kedua ni? Me nak tahu dr segi aurat dan taraf wali.
TK
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1. Anak susuan tidak mewarisi harta pusaka. Kerana sebab pewarisan ialah: pernikahan, wala' (hubungan asabah disebabkan pemerdekaan), dan nasab. Syarak tidak menjadikan susuan sebagai sebab pewarisan. (Tahqiqaat Mardhiyyah 38-43).
Anak susuan juga tidak boleh menjadi wali kepada adik-beradik susuannya. Kerana susuan bukan salah satu sebab kewalian. Sebab-sebab kewalian ialah: nasab, wala' (hubungan asabah disebabkan pemerdekaan), dan Imamah (wali sultan). Tidak disebutkan bahawa susuan adalah sebab kewalian. (Al-Wilayah Fi al-Nikah 2/58).
2. Berdasarkan kepada kaedah mengisbatkan 'Laban al-Fahl' (susuan dari sudut bapa), maka sabit hukum susuan antara anak susuan dari isteri pertama dengan anak atau anak susuan dari isteri kedua. (Al-Hawi al-Kabir 11/357)
Ibn Abbas r.a. ditanya tentang seorang lelaki yang berkahwin dengan dua orang wanita. Salah seorang dari mereka menyusu seorang lelaki, dan seorang lagi menyusu seorang perempuan. Adakah lelaki dan perempuan itu boleh berkahwin? Jawab Ibn Abbas: TIDAK, kerana airnya adalah satu (yakni: susu kedua-dua wanita itu keluar disebabkan mani lelaki yang sama). (Direkod oleh Tirmizi no: 1149).
Berkenaan taraf kewalian, telah kami nyatakan bahawa susuan tidak ada kaitan dengan kewalian. Yang menjadi walinya ialah asabahnya iaitu ayahnya, datuknya, adik beradik kandungnya dll. Dan dia juga tidak boleh menjadi wali kepada adik beradik susuannya.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com