SJ-01-0112 : Allah ada bayang2?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0112 : Allah ada bayang2?

WAHHABI MUJASSIM DAKWA ALLAH ADA BAYANG-BAYANG

( BUKTI WAHHABI MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK, WAHHABI MENDAKWA ALLAH ADA BAYANG-BAYANG DAN BERSIFAT DENGAN BAYANG-BAYANG ).

Disusun oleh: Abu Syafiq ( Call lah saya untuk berbincang 012-2850578 )

ORANG YAHUDI JUGA MENDAKWA BERIMAN KEPADA ALLAH. TETAPI "ALLAH" BAGI ORANG YAHUDI ITU ADALAH YANG BERANAK DAN BERJISIM. WAHHABI TURUT MENJISIMKAN ALLAH DENGAN MENYIFATKAN ALLAH SERUPA DENGAN MAKHLUK, ALLAH DUDUK ATAS KERUSI, ALLAH ADA BAYANG-BAYANG, ALLAH BERSIFAT DENGAN BAYANG-BAYANG DAN PELBAGAI LAGI DARI AQIDAH TAJSIM.

Umat Islam tidak cukup dengan tosokkan kuat datang dari Yahudi sendiri kini agennya pula sering menyerapkan aqidah tajsim menyamakan Allah dengan makhluk.Wahhabi bukan sahaja mendakwa Allah mempunyai telinga dan mulut. Wahhabi juga menyamakan Allah dengan mendakwa Allah ada BAYANG-BAYANG.
Makhluk macam manusia ada bayang2, matahari pun ada bayang2 dan bayang-bayang bukan sifat kesempurnaan tetapi menunjukkan kepada sifat lemahnya makhluk tersebut. Maka bayang-bayang adalah sifat makhluk BUKAN sifat bagi Tuhan Yang Maha Esa.

Cukup pelik kerana Wahhabi mendakwa sebagai Salaf ( hakikatnya bukan Salaf tapi Mujassim) Wahhabi menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak pernah dinyatakan oleh mana-mana ulama Islam termasuk ulama Salafi sebenar mahupun ulama Khalaf.
Tidak ada ulama Islam seorang pun yang menyifatkan Allah dengan sifat BAYANG-BAYANG...cukup pelik jijik dan hina Wahhabi ini.

WAHHABI DENGAN LIDAH DAN PENGAKUAN ABDUL AZIZ BIN BAZ MENDAKWA ALLAH ADA BAYANG-BAYANG DAN SIFAT ALLAH BERBAYANG-BAYANG.

Bin Baz apabila ditanya adakah Allah mempunya bayang-bayang? lantas Bin Baz menjawab Allah ada bayang-bayang dan bersifat dengan sifat bayang-bayang yang mempunya bentuk dan rupa.
Rujuk: http://www.binbaz.org.sa/mat/4234

Inilah bukti aqidah Wahhabi telah diresapi dengan falsafah Mujassimah.
Subhanallah...bukan kesemua nas yang disandarkan sesuatu itu kepada Allah maka ianya sifat bagi Allah.TIDAK!. Tetapi hendaklah dilihat pengertian yang mengikut konsep akidah Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Allah ta'ala menyandarkan pada diriNya Ruh..adakah kita nak sifatkan Allah dengan sifat RUH...Ini dah jadi mcm Kristian mendakwa Allah adalah RUH MUQADDAS.Maha suci Allah dari disifatkan dengan ruh.

* AQIDAH ' ALLAH ADA BAYANG-BAYANG DAN BERSIFAT DENGAN BAYANG-BAYANG' ADALAH AQIDAH KARUT MARUT ISRAILIYYAT BUKAN AQIDAH ISLAM.

Semoga Allah menetapkan kita dalam aqidah Tanzih dan memberi hidayah aqidah kepada golongan Wahhabi.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

SJ-01-0112 : Allah ada bayang2?

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba memberi respon sekadar mana yang mampu, Insya-Allah.

Komen kami mengenai kenyataan di bawah :

Quote:
Bin Baz apabila ditanya adakah Allah mempunya bayang-bayang? lantas Bin Baz menjawab Allah ada bayang-bayang dan bersifat dengan sifat bayang-bayang yang mempunya bentuk dan rupa.
Rujuk: http://www.binbaz.org.sa/mat/4234

Fatwa diatas tidak pun menyebut “Allah ada bayang-bayang dan bersifat dengan sifat bayang-bayang yang mempunya bentuk dan rupa.”. Barangkali Tuan berjumpa dengan fatwa lain agaknya.

(Fatwa ini adalah berkenaan dengan orang yang bertanya mengenai maksud bayang2 yang terdapat didalam sebuah hadith sahih.) Syeikh bin Baaz rh menyebut :- Ia adalah ‘naungan/bayang2’ yang sesuai dengan kebesaran Allah swt dan tidak diketahui caranya sebagaimana sifat-sifatnya yang lain, dan ia merupakan salah satu bab disisi Ahl Sunnah wa al-Jamaah.

Pandangan kami, hormati ulama’ dan jika perlu berbeza pendapat dengannya, bawalah dalil yang jelas, usahlah diputar belitkan kenyataan mereka yang tidak wujud hanya semata-mata kita tidak sama pendapat dengannya. WA.

Sekian, wassalam

============
di bawah ini kami paparkan fatwa Syiekh Abdul Aziz bin Baaz yang dirujuk untuk pembaca semua.

ãÓÃáÉ Ýí ÇáÕÝÇÊ
Ýí ÍÏíË ÇáÓÈÚÉ ÇáÐíä íÙáåã Çááå Ýí Ùáå íæã áÇ Ùá ÅáÇ Ùáå¡ Ýåá íæÕÝ Çááå ÊÚÇáì ÈÃä áå ÙáÇð¿

äÚã ßãÇ ÌÇÁ Ýí ÇáÍÏíË¡ æÝí ÈÚÖ ÇáÑæÇíÇÊ: ((Ýí Ùá ÚÑÔå))[1] áßä ÇáÕÍíÍíä ((Ýí Ùáå))¡ Ýåæ áå Ùá íáíÞ Èå ÓÈÍÇäå áÇ äÚáã ßíÝíÊå ãËá ÓÇÆÑ ÇáÕÝÇÊ¡ ÇáÈÇÈ æÇÍÏ ÚäÏ Ãåá ÇáÓäÉ æÇáÌãÇÚÉ. æÇááå æáí ÇáÊæÝíÞ.

--------------------------------------------------------------------------------

[1] ÃÎÑÌå ÇáÈÎÇÑí Ýí ßÊÇÈ ÇáÃÐÇä¡ ÈÇÈ ãä ÌáÓ Ýí ÇáãÓÌÏ íäÊÙÑ ÇáÕáÇÉ¡ ÈÑÞã 660¡ æãÓáã Ýí ßÊÇÈ ÇáÒßÇÉ¡ ÈÇÈ ÝÖá ÅÎÝÇÁ ÇáÕÏÞÉ¡ ÈÑÞã 1031.

dir="ltr">

خيرالأمين