assalamualaikum,
maafkan saya kerana banyak bertanya kepada panel al ahkam.di sini saya ada dua soalan kepada panel al ahkam.seorang kawan saya bekerja membaiki kasut.setiap kali hendak solat,dia akan berdepan masalah gam kasut yang melekat di tangan.dia mengikis gam tersebut namun masih lagi melekat ditangannya.persoalannya,bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini?adakah solatnya sah sekiranya gam tersebut masih ada ditangannya?
kedua,masalah memberi salam dalam solat berjemaah.dalam solat berjemaah,sudah menjadi tradisi orang islam di kelantan akan memberi salam pertama sebaik sahaja imam baru melafazkan salam yang kedua.
apakah hukumnya perbuatan tersebut?adakah makmun mendapat ganjaran 27 solat berjemaah?
saya mohon pencerahan kepada panel al ahkam.sekian terima kasih.
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Masalah gam.
- Syarak mewajibkan ketika berwudhuk hendaklah diratakan air pada keseluruhan anggota wudhuk. Gam pula adalah satu jirim yang tidak telus air. Maka wajiblah dihilangkan dahulu gam daripada anggotanya sebelum wudhuk. Dan tidak sah wudhuk jika masih ada gam di tangannya. Boleh dirujuk: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35626
- Mungkin boleh diatasi masalahnya dengan cara memakai sarung tangan ketika menggunakan gam. (Fatwa Lajnah Daemah: 12137)
2) Masalah memberi salam.
- Ada kelonggaran, samada makmum memberi salam selepas imam memberi salam pertama, atau makmum memberi salam selepas imam selesai memberi salam kedua. Walaubagaimanapun, yang lebih aula ialah pendapat kedua.
- Memilih salah satu pendapat ini tidak menyebabkan hilang pahala jemaah.
Wallahu A'lam
rujukan: Fatwa Islam Question and Answers kelolaan Syeikh al-Munajjid.
http://abuumair1.wordpress.com