:salam
Seorang kakak meminta tolong adiknya untuk membantunya ‘menyiasat’ hubungan suaminya dengan wanita lain. Dia memberikan username dan password emel suaminya dan meminta adiknya untuk memeriksa dari masa ke semasa emel tersebut. Suaminya memang dikenali oleh ahli keluarga dan saudara dekat sebagai seorang yang terbukti mempunyai banyak hubungan dengan wanita2 lain sebelum ini walau pernah bersumpah di depan al-Qur’an dan semua orang bahawa dia tidak akan mengulanginya.
Soalannya, adakah adiknya dibenarkan untuk ‘menceroboh’ privasi abang iparnya (dengan memeriksa emel)? Kakaknya memang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah dan dia adalah surirumah sepenuh masa. Mereka telah berkahwin lebih 10thn dengan 4 anak. Mohon pandangan panel di sini. Terima kasih.
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Menceroboh hak privasi orang lain adalah haram, sekalipun dengan tujuan yang anda sebutkan. Apatah lagi ia hanya bersandarkan kepada prasangka.
Firman Allah Taala:
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÇÌúÊóäöÈõæÇ ßóËöíÑðÇ ãøöäó ÇáÙøóäøö Åöäøó ÈóÚúÖó ÇáÙøóäøö ÅöËúãñ æóáóÇ ÊóÌóÓøóÓõæÇ æóáóÇ íóÛúÊóÈ ÈøóÚúÖõßõã ÈóÚúÖðÇ ÃóíõÍöÈøõ ÃóÍóÏõßõãú Ãóä íóÃúßõáó áóÍúãó ÃóÎöíåö ãóíúÊðÇ ÝóßóÑöåúÊõãõæåõ æóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó Åöäøó Çááøóåó ÊóæøóÇÈñ ÑøóÍöíãñ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. (Hujurat: 12)
Sabda Nabi SAW:
æãä ÇÓÊãÚ Åáì ÍÏíË Þæã æåã áå ßÇÑåæä Ãæ íÝÑæä ãäå ÕÈ Ýí ÃÐäå ÇáÂäß íæã ÇáÞíÇãÉ
Maksudnya: Sesiapa yang mencuri dengar percakapan satu kaum, sedangkan mereka tidak suka dia mendengarnya, maka akan dicurahkan ke dalam telinganya dengan cairan plumbum pada hari Kiamat. (Direkod oleh Bukhari no:6635).
Jika syak terhadap seseorang bahawa dia melakukan satu maksiat, atau suatu pelanggaran syarak, maka tidak boleh melakukan intipan untuk mengetahuinya. Kerana, asal kepada seorang Muslim adalah bebas daripada sangkaan itu melainkan sehingga jelas dan nyata.
Kita juga mesti takut akan ancaman syarak, bahawa seseiapa yang mengintip-intip mencari aib orang lain, nanti dia pula akan didedahkan aibnya. Sabda Nabi SAW:
íÇ ãÚÔÑ ãä ÞÏ ÃÓáã ÈáÓÇäå æáã íÝÖ ÇáÅíãÇä Åáì ÞáÈå áÇ ÊÄÐæÇ ÇáãÓáãíä æáÇ ÊÚíÑæåã æáÇ ÊÊÈÚæÇ ÚæÑÇÊåã ÝÅäå ãä ÊÊÈÚ ÚæÑÉ ÃÎíå ÇáãÓáã ÊÊÈÚ Çááå ÚæÑÊå æãä ÊÊÈÚ Çááå ÚæÑÊå íÝÖÍå æáæ Ýí ÌæÝ ÑÍáÉ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang Islam pada lidahnya sedangkan iman belum masuk dalam hatinya!! Janganlah menyakiti orang-orang Islam, jangan malukan mereka, dan jangan mencari-cari aib mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari aib saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari aibnya. Sesiapa yang Allah mencari-cari aibnya, Dia akan membukanya keaibannya walaupun dia berada dalam rumahnya". (Direkod oleh Tirmizi no: 2032) Katanya: Hasan Gharib.
Kami nasihatkan kepada si adik tersebut supaya berhenti daripada membuka email-email abang iparnya, kerana:
- Ia adalah hak persendirian.
- Tiada sebab yang diiktiraf syarak yg membolehkan tindakan itu.
- Abang iparnya sudah pasti tidak redha emailnya dibaca oleh orang lain.
- Dakwaan tindakan itu adalah demi kemaslahatan, sebenarnya mafsadahnya lebih besar.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com