:salam
Sejauhmana kita boleh mendalami pengetahuan tentang roh?
Berdasarkan ayat ini...
Al Israa' 85. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."
Sekian, ::?
Asif
:wassalam
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Roh merupakan makhluk Allah swt yang bersifat ghaib dimana keadaan sebenarmya hanya Allah swt yang mengetahuinya. Firman Allah swt :-
Menurut Imam al-Bukhari, Ibn Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa kaum Yahudi telah bertanya Nabi :saw berkenaan dengan Roh, dan Nabi :saw berdiam sehinggalah ayat ini diturunkan sebagai jawapannya.
Didalam tafsir Jalalain ada menyatakan bahawa apa-apa perkara mengenai Roh maka manusia tidak mengetahuinya (melainkan diberitahu oleh Allah), dan manusia diberikan pengetahuan mengenainya dengan kadar yang sedikit apabila dinisbahkan kepada ilmu Allah swt.
Dr Wahbah al-Zuhaily didalam kesimpulan penafsiran ayat diatas menjelaskan bahawa : sesungguhnya ilmu manusia sangatlah sedikit apabila dibandingkan dengan ilmu Allah. Didalam ayat tersebut mereka bertanya mengenai perkara ROH yang dimiliki oleh Allah swt, dan Dia tidak memberitahu kamu mengenainya, dan Dia memberitahu kamu hanya sedkit mengenai ilmu tesebut. [Tafsir al-Munir, 8/168].
Perkataan ROH didalam al-Quran disebut sebanyak 21 kali. Roh didalam al-Quran boleh membawa maksud spirit yang berada didalam badan manusia yang hidup, iaitu Roh manusia, dan juga boleh membawa maksud Malaikat; iaitu Malaikat Jibril as. Contohnya didalam – perkataan al-Roh didalam surah al-Qadr, surah al-Maryam : 17, Roh al-Quddus didalam al-Baqarah : 87 dan 253, al-Maa’idah : 110, dan al-Nahl : 102, al-Roh al-Amin didalam al-Syu’araa’ 193. Disini kita dapat lihat bahawa ia bukan hanya melibatkan Roh manusia, akan tetapi skopnya melibat Malaikat, dimana Allah swt sahaja yang tahu hakikat sebenarnya.
Perkara mengenai ROH ini adalah perkara Ghaib, dimana skop pengetahuan manusia tidak menjangkau mengenainya. Ia sangat kompleks, dan tidak mungkin boleh difaham oleh makhluk yang bernama manusia, sebagaimana dinisbahkan kepada soalan kaum Yahudi kepada Nabi :saw, dan baginda menjawab dengan firman Allah : “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”.
Mengenai persoalan sejauh mana manusia boleh mendalami isu ROH? Langkah yang berhati-hati dan selamat adalah skop pengetahuan mengenai ROH boleh didapati didalam surah-surah al-Quran, Hadith Nabi :saw dan tafsiran pada ulama’ Salaf. Banyak lagi ilmu-ilmu zahir yang boleh kita tumpukan perhatian untuk mempelajarinya, dimana Allah swt menggalakkan hamba-hamba mengkaji, mempelajari, memerhati dan mengambil iktibar. WA.
Lihat juga penjelasan Ustaz ZainYs didalam link dibawah ini :-
000003-SJ-AQIDAH: Hukum mendatang roh orang yang telah mati
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=printview&t=14247&start=0
Sekian, wassalam
خيرالأمين