SJ-13-0457 : kitab sirrulasrar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0457 : kitab sirrulasrar

:salam

apakah benar kitab sirrulasrar dikarang oleh syeikh abdul qadir al jilani?
dan apa pendapat panel ttg kitab tersebut..
maaf ana bertanyakan ini..

asif
:wassalam ::? ::?

SJ-13-0457 : kitab sirrulasrar

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Terdapat beberapa buku yang mempunyai judul yang serupa, sebagai contoh Kitab Sirr al-asrar yang ditulis didalam kurun yang ke 10 yang menjelaskan mengenai Sains Kenegaraan, ensaiklopedia perjanjian2 Arab, astronomi, kimia, magik dan perubatan. Kitab ini amat berpengaruh di Eropah pada zaman pertengahan. Tidak diketahui pula siapa yang mula mengarangnya. Buku ini dikenali sebagai Secretum secretorum atau The Books of the Secret of Secrets.

Abu Bakr Muhammad ibn Zakariya al-Razi merupakan pengarang buku Kitab al-Asrar yang mengkelaskan bahan-bahan kimia dan makmal. Buku ini dikenali di Eropah sebagai Liber secretorum.

Buku yang dikaitkan dengan Syiekh Abdul Kadir al-Jilani dikenali dengan nama Sirr al-Asrar fi ma yahtaju ilai-hi al-abrar (ÓÑ ÇáÇÓÑÇÑ ÝíãÇ íÍÊÇÌ Çáíå ÇáÇÈÑÇÑ ) atau makna lebih kurang - Rahsia dalam rahsia yang kebenarannya sangat diperlukan.

Terdapat 24 bab didalamnya yang didasarkan kepada 24 huruf didalam kalimah 'La ilaha illallah, Muhammadun Rasullulah' dan juga terdapat 24 jam didalam satu hari.

Mengenai penulis buku ini, sebagaimana yang dijelaskan didalam pengenalan kepada buku tersebut dinyatakan nasab Sheikh al-Jilani dan memperkenalkan beliau sebagai pengarang. Buku ini ditulis didalam bahasa Arab dan mempunyai beberapa bait syair didalam bahasa Parsi.

Bab pertama, ibtida' al-khalq atau pemulaan penciptaan, menjelaskan beberapa konsep Muhammad Awal, Nur Muhammad atau Hakikat Muhammad. Apa yang boleh kami nasihatkan kepada sesiapa yang ingin membaca buku-buku seperti ini, perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu hadith agar dapat membezakan pengambilan hadith-hadith tersebut. Moga-moga Allah mengampunkan Syeikh yang banyak berjasa kepada Islam ini (jika benar buku ini dikarang oleh beliau). Menurut Syiekh Dr Safar al-Hawali bahawa permulaan buku ini banyak terkandung corak penulisan ilmu falsafah yang menjelaskan mengenai hakikat kejadian.

Syiekh Abdul Kadir al-Jilani merupakan ulama' yang dikenali sebagai pengikut manhaj Salaf yang bermazhab Hanbali. Menurut Syeikh Dr Saed ibn Musfir al-Qahtani bahawa terdapat beberapa kesilapan dan kesalahan didalam penulisan buku-buku beliau, akan tetapi perkara ini adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan sumbangan beliau (Sheikh Abdul al-Qaadir al-Jilaani wa Araa'uhu al-I'tidaaqiyyah wa al-Soofiyyah).

Penjelasan kepada Manhaj Syiekh Abdul Kadir al-Jilani boleh dilihat pada url berikut :-

Syaikh Abdul Qadir Al Jailani Bermanhaj Salaf
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14654&mode=thread&order=0&thold=0

Kesimpulannya, nama pengarangnya hanya kami dapati didalam pengenalan kepada buku tersebut, yang mengkisahkan bahawa Syiekh al-Jilani yang mengarang buku tersebut. Kepada mereka yang ingin membacanya, biarlah dari kalangan yang mendalami ilmu hadith. WA.

Sekian, wassalam

ÇáÛáæ Ýí ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÃÞÓÇã ÇáäÇÓ Ýíå
url - http://www.alhawali.com/index.cfm?method=home.SubContent&ContentID=2351

خيرالأمين