Assalamualaikum,
Apakah hukum orang Islam yang terlibat dengan urusan meluluskan lesen ladang babi, membela babi, menjual babi, etc. Ini kerana tidak seperti arak yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada umat Islam, kulit dan bulu babi boleh digunakan. Babi juga digunakan dengan meluas dalam bidang kesihatan.
Bagaimana pula jika tempat operasi babi itu mendatangkan masalah kepada orang sekitar dari segi kebersihan dan juga kesihatan.
Terima kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-11-0198 : Pekerjaan yang melibatkan babi
Primary tabs
Thu, 28/08/2008 - 6:31am
#1
SJ-11-0198 : Pekerjaan yang melibatkan babi
ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ
Mengikut kaedah syarak , hanya pemerintah sahaja yang boleh untuk meluluskan lesen ladang dan penjualan babi untuk keperluan dan kegunaan bagi masyarakat bukan Islam.
Lesen tersebut juga hendaklah diberikan kepada pengusahanya yang terdirii dari kalangan orang bukan Islam juga dan segala operasi pengedalian ladang dan ternakan tersebut bermula dari kerja-kerja di ladang hinggalah kepada urusan penjualan mestilah juga diuruskan oleh orang bukan Islam.
Orang Islam tidak boleh terlibat langsung dalam operasi tersebut.Untuk penjelasan lanjut mengenai perkara ini sila klik url dibawah ini :
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36542&highlight=&sid=067cc5d3ca275576508f1ab4b784fa93
Pihak pemerintah seharusnya mengkhususkan kawasan atau tempat penternakan babi di kawasan-kawasan yang tertentu seperti jauh dari penempatan manusia amnya dan Umat Islam khususnya agar masyarakat tidak merasa terganggu dengan pencemaran yang mungkin berlaku.
Apabila ini dilakukan , maka tidak timbul masalah-masalah kebbersihan atau kesihatan yang mengggangu masyarakat.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com