SJ-13-0467 : tinggal serumah dengan bukan mahram

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0467 : tinggal serumah dengan bukan mahram

akm.. sy ingin bertanya apakah boleh jika seorang pelajar yang belajar ke oversea tinggl serumah dengan bukan muhrim disebabkan keadaan ekonomi dan tempat tinggal yang terhad? ::roll:

SJ-13-0467 : tinggal serumah dengan bukan mahram

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Salam ,

Perbuatan tersebut jelas tidak dibenarkan dalam Islam.Ini kerana perbuatan tersebut boleh menjerumuskan kita ke dalam perbuatan maksiat seperti zina dan sebagainya yang sangat-sangat dilarang dalam Islam.

Sebaiknya , duduklah secara berasingan antara lelaki dan perempuan kerana itu lebih menjamin diri kita daripada terjebak dengan perbuatan mungkar dan maksiat.

Malahan kita disuruh untuk menjauhi zina dan segala perbuatan yang menghampirkan kita kepada zina sebagaimana firman Allah swt dalam
surah al-Isra’ ayat 32 :

æóáÇ ÊóÞúÑóÈõæÇ ÇáÒøöäóÇ Åöäøóåõ ßóÇäó ÝóÇÍöÔóÉð æóÓóÇÁó ÓóÈöíáÇ

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk

Begitu juga dengan hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi yang ketiganya.
(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com