mengenai air liur diantara bibir dan diluar mulut.. adakah jumhur ulama mengatakan batal puasa menelannyer?
apakah yang dimaksudkan dengan air liur diantara bibir... adakah kedudukannyer dicelah bibir atau macam maner.
air liur yang diludah akan tertarik balik dan berkeadaan diantara bibir.. pasti ianya akan masuk balik..
arap diperjelaskan
macam maner dengan hingus atau kahak?
air liur/ kahak / hingus yang diludah.. biasanyer akan masuk ke dalam hidung dalam bentuk renjisan.. aper perlu dibuat?
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Syarak telah menetapkan hukum makan dan minum pada ketika puasa adalah dilarang. Maka perbuatan sengaja menelan apa-apa benda luaran juga tidak dibenarkan. Tetapi tidak perlu dibangkitkan permasalahan-permasalahan seperti air liur atas bibir jika masuk ke dalam balik, renjisan hingus masuk hidung balik, kerana perkara-perkara ini tidak diperincikan oleh syarak. Kerana:
- Apa-apa yang syarak senyap tentangnya, maka ia adalah kemaafan.
- Perkara-perkara tersebut jika hendak dijaga, pasti memabawa masyaqqah. Contohnya, jika berkumur ketika puasa, sudah pasti lebihan air kumuran akan tertinggal dalam mulut, akhirnya boleh jadi masuk dalam rongga. Ini adalah masyaqqah yang dimaafkan.
- Menimbulkan persoalan ini akan membawa kepada penyakit was-was.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com