SJ-13-0474 : apakah makna BErKAT?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0474 : apakah makna BErKAT?

tuan,
apakah makna sebenar berkat?

SJ-13-0474 : apakah makna BErKAT?

wa'alakumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab solan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam kamus al-Mawrid, barakah (ÇáÈÑßÉ ) bermaksud - "blessing, benediction; good fortune; prosperity; continual good, abundant good; felicity". Didalam kamus Sakhr perkataan barakah bermaksud (ÇáäøóãÇÁõ æÇáÎóíúÑ ) - perkembangan dan kebaikan; atau "blessing' didalam Bahasa Inggerisnya. Kamus Sakhr memberi maksud "blessing" sebagai "ask God's favour for; wish happiness or favour to; consecrate; make sacred or holy; call (God) holy". Merriam online dictionary pula mendefinasikan "blessing" sebagai "a thing conducive to happiness or welfare".

Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud barakah disini adalah memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati resekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa as., firman Allah swt : -

æóÌóÚóáóäöí ãõÈóÇÑóßðÇ Ãóíúäó ãóÇ ßõäúÊõ
dir="ltr">"Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada" [surah al-Maryam : 31].

Allah swt adalah al-Mubaarik (pemberi restu / barakah) dan hambanya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi barakah ini hanyalah milik Allah swt, sebagai dia mensifatkan dirinya :-

ÊóÈóÇÑóßó Çááøóåõ ÑóÈøõ ÇáúÚóÇáóãöíäó
dir="ltr">"Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam." [Surahal-A’raaf : 54].

Barakah Allah adalah dimana sahaja dia letakkan, firmannya :-

æóäóÒøóáúäóÇ ãöäó ÇáÓøóãóÇÁö ãóÇÁð ãõÈóÇÑóßðÇ
dir="ltr">"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" [Surah Qaaf :9]

Berikut didalam link-link kepada makna berkat atau barakah atau tabarruk dan contoh mengambil barakah samada diboleh atau dilarang.

SJ - 1758 : APAKAH "BERKAT" ?
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7699

SJ-13-0440 : mengambil berkat di kubur orang saleh.
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36158

SJ-13-0454 : Ambil Berkat daripada Barang Nabi
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36471

Sekian, wassalam

خيرالأمين