SJ-05-0546 : imam sukar mnyempurnakan fatihah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0546 : imam sukar mnyempurnakan fatihah

:salam Satu ketika saya menjadi imam dan membaca Fatihah.Ketika sampai pada Waladhoollin,secara tidak sengaja saya menghadapi kesukaran untuk menyebutnya secara sempurna(terasa tidak mewakafkan nun pada akhirnya) tetapi belum sempat mengulangi ayat tersebut,makmum telahpun mengaminkannya..Sah ke tidak solat saya itu??jika tidak sah perlukah saya membuat pengumuman tentang ketidaksahan solat pada waktu itu

Re: imam sukar mnyempurnakan fatihah

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami ingin cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Ada beberapa persoalan yang timbul didalam soalan diatas;

- Apakah meninggalkan satu huruf didalam al-Fatihah itu dibenarkan?
- Apakah sah solat makmum yang tidak menyedari Imam melakukan kesalahan?
- Apakah boleh Makmum menyebut Ameen sebelum Imam menyebutnya?

Membaca al-Fatihah adalah rukun solat.

لا صَلاة لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
“Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak membaca al-Fatihah” [Hadith Riwayat al-Bukhari].

Tertinggal satu huruf sekali pun didalam al-Fatihah akan membatalkan solat. Berkata Imam al-Nawawi rh bahawa :

تَجِبُ قِرَاءَةُ الْفَاتِحَةِ فِي الصَّلاةِ بِجَمِيعِ حُرُوفِهَا وَتَشْدِيدَاتِهَا . . . فَلَوْ أَسْقَطَ حَرْفًا مِنْهَا أَوْ خَفَّفَ مُشَدَّدًا أَوْ أَبْدَلَ حَرْفًا بِحَرْفٍ مَعَ صِحَّةِ لِسَانِهِ لَمْ تَصِحَّ قِرَاءَتُهُ
“adalah wajib membaca al-Fatihah didalam solat pada kesemua huruf2nya, sabdunya…..jika satu huruf tertinggal atau sabdu, atau satu huruf diganti dengan huruf yang lain walaupun dia boleh menyebutnya dengan betul, maka tidak sah bacaannya” [al-Majmu’, 4/359].

Namun demikian menurut Ibn Qudamah rh, tidak semua kesilapan menyebut huruf didalam membaca al-Fatihah boleh diambil hukumnya secara umum. Tidak semua kesilapan membatalkan solat [al-Mughni, 2/154].

Jika kesilapan menyebut huruf yang membawa kepada makna yang berlainan, maka ia membatalkan solat, misalnya “Siraat allaadheena an’amtu” (Jalan yang AKU telah beri nikmat), menukar ganti nama dari ENGKAU kepada AKU. Jika kesilapan menyebut huruf tidak menukar makna ayat, maka solat tersebut masih sah. [Ibn Taimiyah, Majmu’ Fataawa, 22/443].

Berkara Syiekh Abdul Karim al-Khudair :-

الإمام الذي يلحن في الفاتحة لحناً يُخلّ بالمعنى لا تصح إمامته ، وما عداها الصلاة صحيحة ما لم يرتكب محظوراً في قراءته بأن يحرّف في القرآن ، أو يزيد أو ينقص منه متعمداً فمثل هذا صلاته باطلة .
“Jika Imam membaca al-Fatihah dengan silap/lahn dan merubah maknanya, tidak sah solat yang dia Imamkan. Solatnya adalah sah selama-mana dia tidak melakukan kesalahan didalam bacaan seperti merubah al_quran, atau tambah atau kurangkan sesuatu darinya dengan SENGAJA, maka didalam keadaan tersebut solatnya batal”

Didalam keadaan yang dinyatakan diatas, kesukaran menyempurnakan huruf akhir didalam al-Fatihah bukanlah sesuatu yang disengajakan. Apa yang berlaku didalam situasi diatas hanyalah perasaan waswaas tidak mewakafkan hurf Nun. Anda telah berusaha membacanya dengan kadar kemampuan yang ada.

Dilihat dari segi umum, ulama’ tidak secara mudahnya menghukum batal sesuatu solat itu walaupun wujudnya kesalahan didalam membaca al-Fatihah. Sebagaimana berkata Ibn Qudamah, tidak semua kesalahan membaca al-Fatihah membatalkan solat kecuali sengaja meninggalkan huruf, atau mengantikan huruf dengan yang lain dan ia merubah maknanya.

------------------------------
Persoalan kedua, apakah hukumnya Makmum mendahului Imam didalam menyebut Ameen?

Jumhur ulama’ Mazhab mengatakan bahawa membaca Ameen adalah sunat, baik kepada Imam atau Makmum. Adalah digalakkan Makmum bersamaan dengan Imam ketika membaca Ameen, sebagaimana hadith (al-Bukhari) apabila bersamaan Ameen Makmum-Imam dengan Malaikat, maka diampunkan dosanya yang telah lalu ( إذا أمن الإمام فأمنوا، فإنه من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه).

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh, jika kedapatan Imam terlambat mengucapkan Ameen, tidak menjadi kesalahan bagi makmum menyebutnya [Liqa’aat al-Baab al-Maftooh, 1/162].

------------------
Persoalan ketiga, jika Imam yakin (bukan waswaas) bahawa didalam solat tersebut bacaannya memang berlaku kesilapan dan dia yakin bahawa solatnya batal, apakah perlu Imam memberitahu makmum bahawa solat tersebut batal?

Menurut Sheikh Abdul Karim al-Khudair, jika Imam melakukan kesalahan, selama-mana Makmum tidak mengetahui bahawa telah berlaku kesalahan, maka solat makmum tadi sah. Akan tetapi, jika makmum tersebut mengatakan solat Imam tidak sah dengan yakin, maka solat makmum tersebut menjadi tidak sah (jika dia tidak mufarraqah). WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين