SJ-11-0237 : perniagaan asia ceramic business club?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0237 : perniagaan asia ceramic business club?

:salam ,saya nak bertanya tentang apakah hukum saya memasuki perniagaan ceramic business club? perniagaan ini dalam syarikat asia ceramic marketing sdn bhd,.ade banyak plan ,..tapi saya ragu-ragu tentang sistem yang digunakan,halal ke tidak saya menyertai perniagaan ini ? sebab ramai yang telah menyertainya dan duit masuk tiap-tiap bulan..laman webnya http://www.ceramicclub.net...

albaruhiyy (not verified)
SJ-11-0237 : perniagaan asia ceramic business club?

:salam

Terima kasih kepada saudara yang bertanya,
Kami telah cuba memahami business plan dalam club tersebut. Nampaknya melalui website, ia masih lagi kabur dan kurang jelas. Memang dinyatakan perkongsian untung rugi. Tetapi kami tidak dapat pastikan status konsep syariah yang digunakan, yang jelas juga, tidak ada panel syariah dalam syarikat tersebut yang meluluskan status halalnya syarikat tersebut.

Keuntungan yang tidak jelas seperti yang dinyatakan ialah keuntungan ganjaran daripada IPS programme dan PS programme. Apakah maksud program-program tersebut

Oleh kerana saudara pun merasa ragu-ragu terhadap business ini, pada pandangan kami dan nasiha kami, lebih baik saudara meninggalkan hasrat menyertai plan tersebut melainkan saudara sudah merujuk kepada para alim ulama yang mahir dan pakar dalam bidang muamalat. Sabda nabi s.a.w. :
ÏÚ ãÇ íÑíÈß Åáì ãÇ áÇ íÑíÈß
Maksudnya : “Tinggalkan perkara yang meragukan kami kepada perkara yang tidak meragukan kamu”.

Dalam hadis empat puluh disebutkan : ”Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas dan antara keduanya ada perkara yang ragu-ragu lagi mengelirukan, ia tidak diketahui oleh ramai orang. Maka barang siapa yang menjaga dirinya dari pekara syubhat tersebut, sesungguhnya ia telah memelihara agama dan maruahnya”.

:aklam