:salam
ana ada dua kemusykilan ;
1) imam dalam solat hajat dia menambahkan sujud sekali (bukan sujud sahwi)selepas baca tahiyyat sebelum salam. apa yang perlu dilakukan oleh makmum.adakah kena sujud juga?
2) sekiranya imam yang melakukan sujud sahwi disebabkan terlupa rukun dll, adakah makmum juga perlu sujud atau tidak perlu sujud
jkk
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Sebelum menjawab persoalan ini, perlu diingatkan terlebih dahulu bahawa Solat Hajat adalah persoalan khilafiyyah, kerana kedudukan hadis Ibn Abi Aufa yang diperkatakan oleh muhaddithen. Dan jika diterima adanya Solat Hajat, adakah disunatkan dilakukan secara berjemaah?
Boleh dirujuki jawapan Syeikh Abu Syuaib di: SJ-05-0451 : Solat Hajat
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37620
Berbalik kepada persoalan, jika imam sujud sebelum salam dan ia bukannya sujud sahwi, maka apakah jenis sujud itu?
Sujud seumpama itu yang dilakukan dalam solat hajat untuk berdoa adalah bidaah dalam ibadah, dan membatalkan solat tersebut. Kerana ia dikira menambah perbuatan yang tidak ada dalam solat.
Doa di dalam solat boleh dilakukan selepas bacaan tasyahhud akhir sebelum memberi salam.
2) Adapun sujud sahwi, jika imam sujud sahwi, makmum hendaklah mengikutinya sujud. Kerana makmum diperintahkan supaya mengikut imam. Jika makmum sengaja tidak mengikuti imam sujud, batal sembahyangnya.
- Majmuk 4/144.
http://abuumair1.wordpress.com