SJ-03-0124 : Wang Kertas dan Syiling Najis?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0124 : Wang Kertas dan Syiling Najis?

:salam

Seperti kita tahu wang syiling dan kertas beredar di sekeliling masyarakat baik imam masjid, tukang sembelihan ayam, penjual daging babi, penjual sayur dsb.

Adakah duit perlu dipastikan kesuciannya sebelum dibawa ke dalam solat? Atau mengambil hukum zahir sahaja (yakni tidak mengambil pendirian ekstrim).

:wassalam

SJ-03-0124 : Wang Kertas dan Syiling Najis?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Sesuatu yang suci tidak dihukum sebagai najis dengan sebab sangkaan atau syak. Jika seseorang meyakini atau menyangka dengan sangkaan yang kuat bahawa ada najis padanya, barulah dihukum sebagai bernajis. Jika tidak, kembali kepada asal iaitu suci.

- Jika ada kemungkinan duit syiling terkena najis sebelum ia sampai ke tangan kita, ia termasuk dalam kaedah umum balwa, dan dimaafkan. Kerana terlalu berhati-hati dalam persoalan sebegini akan menyukarkan.

- Umum balwa adalah satu faktor diberikan keringanan dalam syarak. Boleh dirujuk kaedah ini dalam kitab-kitab Qawaed Fiqhiyyah beserta contoh-contohnya.

Wallahu A'lam