:salam
Saya masih belum berapa jelas lagi ttg bab sentuh lelaki dan wanita nih. saya ingin rujuk posted dari Abu Umair ttg :
"Tidak ada kesepakatan ulama dalam masalah batal wudhuk jika bersentuhan antara lelaki dan wanita, termasuk suami isteri. Terdapat tiga pendapat seperti berikut:
i- Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah membatalkan wudhu’ samada dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pegangan mazhab Imam Syafie.
ii- Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’ sama sekali, samada dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pegangan mazhab Imam Abu Hanifah.
iii- Membezakan antara sentuhan dengan syahwat dan sentuhan tanpa syahwat. Bersentuhan dengan syahwat membatalkan wudhu’ manakala bersentuhan tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu’. Ini adalah pegangan mazhab Imam Malik , dan Imam Ahmad.
Soalan saya :
1) Adakah kita boleh berpegang dengan mana-mana mazhab yg dihuraikan diatas?
2) Kalau boleh apa syarat-syaratnya?
3) Kalau boleh bermazhab dengan imam abu hanifah, adakah perbezaan maksud antara "bersentuhan kulit" dengan "bersalaman" anatar lelaki dan perempuan?
Terima kasih banyak-banyak, di atas penerangan yg bakal diberikan.
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1,2) Persoalan adakah dibolehkan berpegang dengan mazhab-mazhab lain, dan bagaimanakah caranya, boleh diikuti menerusi penjelasan Maulana Asri di sini: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=146895
Dan panduan bagaimana berinteraksi dengan banyak pendapat ulama, boleh dibaca di: http://abuumair1.wordpress.com/2009/01/04/panduan-berinteraksi-dengan-khilaf-ulama/
3) Bersentuhan kulit dalam bab ini lebih umum kerana meliputi kulit tangan, dan anggota-anggota lain. Manakala bersalaman (musafahah) hanya berlaku dengan tangan sahaja. Bersalaman juga boleh jadi secara berlapik dan boleh jadi secara tidak berlapik.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com