Assalamualaikum ustaz,
Bolehkah membaca bacaan dalam solat (Al-Fatihah dan bacaan2 lain seperti bacaan rukuk dan sujud) di dalam hati? Ataupun adakah wajib melafazkannya? Bagaimana sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan kita, apakah status solat kita?
Terima kasih.
Hukum membaca fatihah dalam solat adalah wajib. Sabda Nabi s.a.w. :
لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب
Maksudnya : Tiada solat (yang sah) bagi sesiapa yang tidak membaca fatihah al-Kitab
Para ulama menjelaskan bahawa membaca ialah mesti dengan lafaz...Tiada istilah membaca dalam hati. Dalam hati ialah niat..
Maka sebab itu membaca mesti dengan lafaz iaitu mengeluarkan suara
Berkenaan kesalahan membaca al-fatihah, maka ia terbahagi kepada dua :
jika salah itu disebut lahan jaliyy (kesalahan yang nyata) ini boleh membatalkan solat
Jika salah itu disebut lahan khafiyy (kesalahahn yang tersembunyi) maka ia tidak membatalkan solat
Lahan Jaliyy seperti kesalahan yang mengubah makna fatihah..cth : صراط الذين أنعمت
di baca "an'amtu" ini salah dari segi makna..
Di nasihatkan supaya sama-sama mempelajari al-Qur'an,.,.
Wallahualam.