SJ-05-0492 : Sujud - tangan atau lutut dulu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0492 : Sujud - tangan atau lutut dulu

Salam,

Merujuk:
http://soalsolatumum.blogspot.com/2008/12/cara-turun-dari-iktidal-ke-sujud.html

Jarang-jarang nampak orang buat pendapat yang digunakan oleh Albani dan Bin Baaz, dan seingat saya ibnulQayyim pun berpendapat kurang praktikal turun sujud dengan tangan, baru lutut.

Apapun, adakah sah mengikut:

"("Aku melihat Rasulullah saw ketika hendak sujud meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan apabila bangkit mengangkat dua tangan sebelum kedua lututnya." - Hadits dikeluarkan oleh Al Imam Abu Dawud, Tirmidzi An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ad-Daarimy)"

Kerana kedua-dua (lutut dulu, atau tangan dulu) mempunyai dalil masing-masing?

Re: Sujud - tangan atau lutut dulu

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Berikut adalah tautan arkib mengenai kaedah turun sujud menurut ulama’.

SJ-2524 : Hadis terbalik? (kaedah turun sujud)
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=12585

Berikut adalah tautan mengenai status hadith di soal-jawan hadith (pengendalian Ustaz alitantawi) yang membincangkan mengenai cara turun sujud.

Quote:
Untuk makluman tambahan, tidak ada hadith yang sahih tentang turun sujud sama ada turun dengan mendahulukan tangan atau mendahulukan lutut. Oleh itu didapati para sahabat Nabi SAW ada yang mendahulukan lutut dan ada yang mendahulukan tangan.

Sumber : http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=165&t=36409

Syeikh Torifi menyatakan bahawa ulama’ telah berbincang panjang mengenai masalah ini. Perkara ini mudah. Orang yang berat badannya kemungkinan akan memilih tangan dulu baru lutut, dan begitulah sebaliknya orang yang kurus akan menurunkan lututnya dahulu baru tangan. Tidak perlu pertikaikan oleh kerana hadith-hadith mengenai permasalahan tidak sampai kepada status sahih. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين