SJ-13-0570 : Ayat Tujuh dan Ayat Syifa'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0570 : Ayat Tujuh dan Ayat Syifa'

السّلام عليكم ورحمة الله
Semasa saya berada di wad dahulu, saya ada mengamalkan bacaan ayat tujuh dan ayat syifa’.

Ayat tujuh itu adalah:
i- ayat ke-51, dpd surah at-Taubah [......قل لن يصيبنا ]
ii- ayat ke-107, dpd surah Yunus [......وان يمسسك الله ]
iii- ayat ke-6, dpd surah Hud [..... وما من دآبّة]
iv- ayat ke-56 ,dpd surah Hud [...... انّي توكّلت على الله ]
v- ayat ke-60, dpd surah al-Ankabut [.... وكأيّن من دآبّة ]
vi- ayat ke-2, dpd surah al-Faathir [..... ما يفتح الله ]
vii- ayat ke-38, dpd surah az-Zumar [..... ولئن سألتهم من ]

Manakala utk ayat syifa’ pula, ayat2nya spt berikut:
i- ayat ke-14, dpd surah at-Taubah [.... قاتلوهم يعذّبهم الله بأيديكم ]
ii- ayat ke-57, dpd surah Yunus [.... يأيها الناس ]
iii- ayat ke- 69, dpd surah an-Nahl [.... ثم كل من كلّ ]
iv- ayat ke-82, dpd surah al-Isra’ [.... وننزّل من القرأن ]
v- ayat ke-80, dpd surah asy-Syu’ara’ [ وإذا مرضت .... ]
vi- ayat ke-44, dpd surah Fush-shilat [ ولو جعلناه قرأناً ..... ]

Soalan2 saya berkaitan amalan bacaan ayat2 di atas:

1- Berkaitan ayat tujuh, benarkah amalan bacaan ayat tujuh ini diambil dalilnya dpd atsar Saidina Ali Abi Thalib, yg matannya:

“Barangsiapa mengamalkan membaca (ayat tujuh) pagi dan petan, maka akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terperihalaha daripada perdaya musuh dan bala dengan izin Allah”.

serta kata2 dpd Syeikh Mohd Yaacob, iaitu:

i- “Apabila ayat tujuh ini di baca siang sekali dan malam (sesudah sembahyang Maghrib dan Subuh) insyaAllah di mudahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah di kasihi para hamba Allah serta di mudahkan atau di kabulkan segala apa yang di cita-citakannya”.

ii- “Barang siapa yangmewiridkan pada tiap-tiap selesai sembahyang fardhu, InsyaAllah akan di mudahkan baginya sakratulmaut kelak dan memperolehi pahala yang besar pula. Jika di bacakan ayat ini kepada orang yang sakit, maka InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkannya dengan segera”.

2- Berkaitan ayat syifa’ pula, benarkah amalan bacaan tersebut diambil dalilnya dpd kata2 Imam Abu Qasim Qushairi rah. yg telah dilaporkan berkata seperti berikut:

"seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut (yakni seperti 6 ayat yg saya nukilkan spt di atas)

3- Sekiranya mmg ada benarnya dalil2 berkaitan ayat2 tersebut, dari manakah sumber dalil ini dipetik? Ini kerana setelah mencari sendirian di internet, saya gagal perolehi sumber primernya, yakni dari buku mana ia dipetik. Ingin juga saya ketahui status sahih dalil bg bacaan ayat2 tersebut.

4- Bolehkah saya mengamalkan bacaan ayat tujuh dan syifa’ ini sekadar sebahagian dpd doa atau zikir, niat hanya mengharapkan agar dpd bacaan tersebut, jika diizinkan Allah, diringankan beban atau rasa sakit ketika menerima rawatan di wad ataupun di mana2?

Segala respond pd pihak tuan saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.

Re: berkenaan ayat tujuh dan ayat syifa'

:salam

Ringkasnya , beramal lah dengan amalan-amalan yang memang thabit dari Sunnah Rasulullah saw dan tinggalkan apa sahaja amalan yang meragukan dan yang tidak terdapat contoh pengamalannya di zaman Rasulullah saw.

Sebenarnya banyak terdapat ayat-ayat al-quran atau surah-surah pilihan yang sekiranya di amalkan boleh menyelamatkan seseorang daripada malapetaka , bencana dan kejahatan manusia atau syaitan.Seperti contoh amalan membaca ayatul Kursi setiap kali lepas solat fardhu , amalan membaca 3 Qul setiap pagi dan petang , atau pun amalan membaca 2 ayat terkahir surah Al-Baqarah dan sebagainya.Kesemua amalan tersebut ada dalil sandarannya dari Rasulullah saw.

Mengikut apa yang disebutkan oleh saudara tentang ayat 7 dan ayat Syifa ini , kesemuanya adalah di ambil dari ayat-ayat suci Al-Quran.Maka secara umumnya adalah tidak salah untuk saudara membacanya.Apa yang menjadi kesalahan ialah apabila kita menetapkan sesuatu fadhilat atau kelebihan yang tertentu apabila beramal dengan ayat-ayat tersebut.Ini kerana setiap fadhilat atau kelebihan sesuatu ayat atau surah itu mestilah bersandarkan kepada dalil syarak yang sahih samada ada dari Al-Quran itu sendiri atau pun dari Sunnah Rasulullah saw.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com