SJ-11-0254 : Zakat Pendapatan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0254 : Zakat Pendapatan

Salam,

Ana ada persoalan mengenai zakat pendapatan/gaji,
1) Berapakah pendapatan tahunan yg mewajibkan zakat, dan berapa peratus kah dr pendapatan itu yg wajib dikeluarkan zakat?
2) Sekiranya tahun2 sebelum ini tidak dikeluarkan zakat pendapatan sebab kejahilan, adakah wajib qada? atau memadai dgn bertaubat?
3) Ada pendapat yg mengatakan zakat pendapatan adalah bidaah? adakah benar pendapat tersebut?
Diharap dgn kadar kemampuan yg ada tn2 dpt menjawab kemusykilan ini
Sekian. Terima kasih

Re: Zakat Pendapatan

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

1) Zakat pendapatan dikira secara tahunan. Iaitu jumlah pendapatan setahun ditolak dengan jumlah perbelanjaan setahun. Baki yang tinggal jika ia mencukupi nisab, maka dikenakan zakat pendapatan, iaitu sebanyak 2.5% dari baki tersebut.

Untuk pengiraan, boleh ke link ini: http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

2) Zakat yang belum berbayar dikira hutang dengan Allah Taala. Dan hutang dengan Allah Taala hendaklah dibayar. Kerana ia adalah hak-hak asnaf yang belum sampai ke tangan mereka.

3) Tidak benar mengatakan zakat pendapatan adalah bidaah. Ia tidak ada kaitan dengan bidaah. Zakat pendapatan adalah salah satu kategori al-Maal al-Mustafaad, yang tersebut dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Jawapan terdahulu:

Quote:
gaji bulanan boleh dianggap sebagai 'al-maal al-mustafad', dan perbahasan mengenai al-maal al-mustafad telah lama dibahaskan oleh ulama. malahan, para sahabat Nabi ibn abbas, ali r.a telah menaskan bahawa mal mustafad dikenakan zakat jika telah melalui satu haul.

Imam Tirmizi membuat tajuk dalam sunannya berkaitan al-maal al-mustafad ini. dan beliau mengatakan beberapa org sahabat mengfatwakan tidak wajib zakat melainkan setelah melalui haulnya. Mafhumnya: Bila cukup haul, wajiblah zakat.

apakah al-maal al-mustafad?
iaitu: harta yg kita perolehi di tengah2 haul, bukan daripada hasil harta kita yg dulu. contohnya: org bagi hadiah pd kita, kita dapat mewarisi harta yg meninggal, dll.
Dan termasuklah juga: gaji bulanan yg kita perolehi bulan-bulan.

PADA DASARNYA: al-maal al-mustafaad ni, apabila mencukupi nisabnya dikenakan zakat apabila cukup haul.
jadi, asalnya, setiap gaji bulanan kita, kadar yg kita simpan dalam bulan muharram (contohnya: 800 rm) mesti dibayar pada muharram akan datang. begitu juga simpanan gaji bulan syawal mesti dibayar zakatnya pada syawal akan datang.

kalau ikut cara ini, inilah yg paling tepat dan selamat. cuma caranya PAYAH dan MASYAQQAH kerana setiap bulan gaji kita ada haul tersendiri. sekurang2nya kita kena bilang 12 haul untuk 12 gaji bulanan kita dalam setahun.

Bagi menyelesaikan dan mengelakkan masyaqqah ini, para ulama berijtihad, bahawa dibuat SATU HAUL SAHAJA. kalau gaji start bulan muharram, maka muharram akan datang dibayar zakat keseluruhan gaji2 kita setahun tersebut.

Padahal, waktu kita bayar bulan muharram itu, belum wajib dibayar unt bulan Safar, Rabiul Awal dll. Tetapi dalam masalah zakat, DIBOLEHKAN bayar awal sebagaimana diputuskan dalam sesetengah mazhab, dan satu qaul dalam mazhab syafie (Berdalilkan hadis Abbas membayar awal zakatnya).

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=101&t=33296