Salam,
Ana ada persoalan mengenai zakat pendapatan/gaji,
1) Berapakah pendapatan tahunan yg mewajibkan zakat, dan berapa peratus kah dr pendapatan itu yg wajib dikeluarkan zakat?
2) Sekiranya tahun2 sebelum ini tidak dikeluarkan zakat pendapatan sebab kejahilan, adakah wajib qada? atau memadai dgn bertaubat?
3) Ada pendapat yg mengatakan zakat pendapatan adalah bidaah? adakah benar pendapat tersebut?
Diharap dgn kadar kemampuan yg ada tn2 dpt menjawab kemusykilan ini
Sekian. Terima kasih
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
1) Zakat pendapatan dikira secara tahunan. Iaitu jumlah pendapatan setahun ditolak dengan jumlah perbelanjaan setahun. Baki yang tinggal jika ia mencukupi nisab, maka dikenakan zakat pendapatan, iaitu sebanyak 2.5% dari baki tersebut.
Untuk pengiraan, boleh ke link ini: http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp
2) Zakat yang belum berbayar dikira hutang dengan Allah Taala. Dan hutang dengan Allah Taala hendaklah dibayar. Kerana ia adalah hak-hak asnaf yang belum sampai ke tangan mereka.
3) Tidak benar mengatakan zakat pendapatan adalah bidaah. Ia tidak ada kaitan dengan bidaah. Zakat pendapatan adalah salah satu kategori al-Maal al-Mustafaad, yang tersebut dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Jawapan terdahulu:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=101&t=33296
http://abuumair1.wordpress.com