SJ – 2188 : ADAKAH HAL BEGINI DIANGGAP BERHUTANG ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2188 : ADAKAH HAL BEGINI DIANGGAP BERHUTANG ?

:salam

APA PENDAPAT TENTANG INI,

SI A MEMBELI KERETA TETAPI MENGGUNAKAN NAMA SI B. SEMUA BAYARAN DITANGGUNG OLEH SI A. SI B HANYA PADA NAMA SHJ. SEBABNYA SI A TIADA PENDAPATAN TETAP, JADI DIA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN NAMANYA.

PERSOALANYA DALAM ISLAM, APAKAH STATUS SI B JUGA DIKIRA SEBAGAI ORG YG BERHUTANG.JIKA SI B MENINGGAL DUNIA APAKAH KESUDAHANNYA. ?.

Re: SJ – 2188 : ADAKAH HAL BEGINI DIANGGAP BERHUTANG ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2188 : ADAKAH HAL BEGINI DIANGGAP BERHUTANG ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas Soalan Saudara ADN tersebut . Berikut adalah jawapannya berdasarkan sedikit pengetahuan yang diberikan oleh Allah Ta’ala kepada kami .


MENURUT HUKUM FIQH ISLAM , MASALAH SEPERTI INI AKAN MELAHIRKAN 2 KES DAN HUKUM :

Pertama : Jika Si A ( Pembeli kereta ) menggunakan nama Si B ( yang digunakan namanya ) tanpa melibatkan Si B sebagai penjaminnya ( sekadar menggunakan namanya di sebabkan Si B mempunyai pendapatan tetap ) maka Si B tidak perlu membayar hutang yang ditinggalkan oleh Si A tersebut . Maka hutang si mati ( A ) tadi hendaklah dijelaskan oleh ahli keluarganya , bukan Si B yang menanggung beban hutang tersebut .

Maka jika Si B tidak mampu membayar hutang tersebut , Qadhi ( Hakim ) boleh memaksa ahli keluarga Si A untuk membayar hutang tersebut ataupun ianya dibayar kepada pihak yang memberikan hutang ( bank sebagai contoh ) melalui Si B.

Akan tetapi jika Si B dan ahli keluara si mati ( A ) tidak mampu untuk melangsaikan hutang tersebut , maka bagi Si Qadhi mempunyai 3 pilihan :

1 – Memberikan tempoh yang panjang kepada keluarga si A untuk menjelaskan hutang tersebut .

2 – Ataupun , Kereta tersebut ditarik semula oleh pihak bank.

3 – Ataupun , digunakan peruntukan daripada Baitul Mal untuk melangsaikan hutang tersebut ( dan ini sudah pasti tidak akan terlaksana melainkan di dalam negara yang betul-betul menjadikan Al-Quranul Karim dan As-Sunnah sebagai dasar perundangan negara yang paling tinggi ) .

Kedua : Jika Si B menjadi penjamin hutang Si A dan dia ( B ) berupaya membayar hutang tersebut , maka hendaklah dia membayarnya. Jika Si B tidak berkemampuan , maka hendaklah dituntut daripada keluarga si mati untuk membayar hutang tersebut.

Jika Si B dan ahli keluarga si mati ( A ) masih tidak mampu untuk melunaskan hutang tersebut, maka kes ini kembali menjadi seperti kes pertama di atas .


MENURUT PERUNDANGAN REPUBLIK ARAB MESIR :

Si B wajib membayar hutang tersebut , tidak kiralah sama ada dia sebagai penjamin ataupun hanya namanya digunakan untuk mendapatkan pinjaman . Sebabnya ? . Sebab yang diambil kira ialah bukti berdasarkan apa yang tertulis di dalam kontrak di antara pihak pemberi pinjaman dengan si peminjam . Maka disebabkan nama Si B yang digunakan sebagai peminjam , maka tidak dapat tidak dialah yang perlu membayarnya.

Di antara kedua-dua perundangan di atas , yang mana satukah lebih memberikan manfaat dan menolak sebarang bentuk kezaliman !? .

****************************************

RUJUKAN

Penerangan Daripada Syeikh Solleh Hamdi As-Sisi ( h.a )

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
14 / Dzulqa’edah / 1423 H
16 / Januari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum