:salam
Berdasarkan SJ sblm ni berkaitan credit card, tidak dinafikan ia boleh membawa ke kancah riba' kalau tidak dibayar seblm tarikh tertentu. Dan persoalan2 sblm ini semuanya berkait dgn interest yang dikenakan. (setakat yang saya jumpa).
Soalan saya adalah berkenaan denda. Sepertimana semua orang tahu, bila kita tidak membayar minimum hutang kredit (sesen pon tak bayar), kita akan dikenakan denda. Kalau di UK kalau tak silap saya 20 pounds. Tapi on top of 20 pounds nih, dikenakan juga interest. Ok, interest nih pasti riba. Soalan saya, adakah denda 20 pounds ini dikire juga riba'?
Soalan kedua juga berkait dgn riba. Dlm internet ada auction/lelong seperti ebay. Utk menjual barang di dlmnya, kita dikenakan bayaran tertentu mengikut harga awal barang itu (listing fee). Setelah dapat di jual pada harga tertentu, maka syarikat lelong itu seperti ebay akan mengenakan fees mengikut percentage ke atas harga akhir barang tersebut. Adakah kedua2 (listing fees dan fees kea atas harga jualan) ini dikategorikan sebagai riba'?
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Jika di Malaysia, perbankan Arab Malaysian dan Perbankan Bank Islam Malaysia sudah melancarkan kad kredit Syari'ah.
Jika menggunakan kad kredit ribawiyah. Interest yg dikenakan jika tidak melunaskan bila kredit itu dinamakan interets. Adapun penalti (denda) kerana gagal melunaskan hutang bukanlah riba kerana kita terikat dgn perjanjian sebelum ini.
Dalil: alMaidah: 1
Fee yg dikenakan oleh syarikat yg terlibat dalam bisnes brockerage dan perkhidmatan bukanlah riba kerana riba dan fee (yuran) tidak sama konsepnya. Riba berasaskan pinjaman sedangkan fee dikenakan kerana pengguna menggunakan perkhidmatan. Syarikat guaman, juruperunding dan firma broker mengenakan fee pada pelanggannya. WA