Saya ada beberapa soalan...
1. Apakah hukumnya bermain alat muzik? Menurut apa yg saya tahu... Ustzh Norbahyah menyatakan bahwa... alat muzik bertali (gitar dsb) dan yang ditiup(seruling dsb) adalah tidak boleh? Betulkah begitu...? Jika ya, apa dalilnya?
2. Jika betul tidak boleh, maka apa pula hukumnya dengan alat-alat muzik lain yang bunyinya lebih kurang sama dengan kedua-dua jenis alat muzik tersebut seperti keyboard yang sbgaimana kita tahu boleh mengeluarkan bunyi yang berbagai jenis termasuklah kedua-dua alat muzik tersebut? Ustaz saya ada mengatakan tidak boleh berdasarkan hadis (yg tidak dinyatakan dgn jelas) bahawa akan ada suatu hari nanti sesuatu yang pd hakikatnya tidak boleh, tetappi telah ditukar namanya sehingga telah dianggap boleh oleh masyarakat pd waktu itu...Tetapi, setahu saya.... hadis tersebut adalah merujuk kepada "khamr" (saya tidak ingat matan dan sanadnya) ? Jadi, bgmana pendapat pihak aL-Ahkam?
3. Saya juga ada mendengar ramai orang mengatakan bahawa bersiul itu tidak boleh... betul ke? jadi apa hukum sebenar? dalilnya?
4. Jika kesemua yg dinyatakan di atas... adalah "tidak boleh" jadi, bagaimana pula dengan yg mendengar?
WA :wassalam :confused:
:salam
Sejarah Muzik:
Muzik dalam bentuk falsafah dan ilmu muzik menurut kajian ilmiahnya berasal dari zaman Pythagoras (Yunani), tetapi yang mencipta note-note lagu ialah hasil dari sarjana Islam sendiri, yang paling awal iaitu Abu Yusof al-Kindi (meninggal 873M). Selepas itu mucullah Abu Nasr Muhammad al-Farabi (wafat 950 M) dan dia digelar sebagai tokoh muzik dunia dengan menghasilkan banyak tulisan agung dalam seni muzik. Di antaranya:
-Kitab alMuziqi alKabir (kitab Muzik Agung)
-Kitab alIlmu alMuziqi (kitab ilmu Muzik)
-Kitab alMadkhal fi Ta'alim alMuziqi (kitab pengantar ilmu Muzik)
-Kitab fi Ihsa' alIqa' (kitab keseimbangan Nada harmoni)
-Kalam Lahu fi alNaqrah Mudafa ila alIqa' (Seputar keseimbangan paluan gendang, biola dan keseimbangan Nada harmoni) dll.
Al-Farabi juga telah mencipta alat muzik antaranya rabab dan qanun. Selepas itu muzik dikembangkan lagi oleh Ibn Sina (pakar perubatan) dan ini boleh dilihat di dalam karya Ibn Sina spt asy-Syifa' dan anNajat.
Guru Muzik Islam selepas itu ialah Abu al-Faraj Isfahani (dia mencipta lebih dari 100 irama lagu). Selepas itu musik dikembangkan lagi oleh Ibn Rusyd, Ibn Bajjah, dll. Seperti juga falsafah dan tasawwuf, ilmu muzik tidak berjalan dgn aman dalam sejarah Islam. Ia menerima tentangan yg hebat. Hingga muncullah al-Ghazali menjinakkan aliran falsafah, tasawwuf dan musik dan mempertemukan dua aliran yg membenci musik-tasawwuf-falsafah dan golongan yg memujanya. Hasil dari tulisan al-Ghazali dalam al-Ihya' Ulumiddin menyebabkan tasawwur (pandangan umum) masyarakat kembali tenang dgn perkembangan tasawuf, falsafah dan muzik. (Ruj: Abbas Mahmud, alFarabi, Darul Kutub alArabiyah, 1944; Dr Omar Amin Hussin, Filsafah Islam, Bulan Bintang Jakarta 1975)
Hukum bermain alat muzik?
Seni musik dan nyanyian menurut hukum asalnya adalah HARUS kerana ia adalah fitrah manusia yg sukakan keindahan dan hiburan. Keharusan seni musik dan suara bertukar menjadi makruh, atau haram jika berubah perkara-perkara berikut:
a. isi, senikata, lirik, dan motif yg tidak bertentangan dgn adab dan susila Islam
b. Cara penyampaian, apakah ia menyuburkan syahwat dan ciri-ciri seksualiti dan yg diharamkan
c. Suasana (iklim) semasa ia disampaikan
d. Sederhana (tidak berlebihan dan melampaui) dalam menyintai seni muzik dan seni suara
e. Uruf pendengar adalah sebaik-baik hakim.
Pendapat Qardhawi ini sebenarnya juga pendapat fuqaha' yg lebih awal, antaranya Hujjatul Islam dan Imam alGhazali ra dalam kitab asSima' min Ihya': juga Fatawa Syaikhul al-Azhar Mahmood Syaltut ( alFatawa Syaltut, cet 1960, Cairo) yg merumuskan:
a. Seni musik dan seni suara adalah sama hukumnya dgn memenuhi keperluan pancaindera yg lain seperti makanan yg lazat dan pemandangan yg indah
b. Islam menetapkan kesederhanaan dalam semua termasuk menghayati seni musik dan seni suara
c. Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni musik dan seni suara bila ada tujuan yg sesuai dan menasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yg tidak Islamik
d. Seni Musik dan suara semuanya tertakluk dibawah kelulusan Ilahi yg bersifat umum yg diisytiharkan dalam surah al_A'raf: 32.
Itulah gambaran umum musik dan seni suara secara umum.
Alat muzik bertali (gitar dsb) dan yang ditiup(seruling dsb) adalah tidak boleh? Betulkah begitu...? Jika ya, apa dalilnya?
Mengikut pentarjih (penganalisa dalil dan madzhab) al-Qardhawi, nas-nas hadis yg mengatakan haram peralatan musik tertentu spt seruling atau bertali itu adalah tidak sahih atau ada kecacatannya. Ini juga berdasarkan pendapat al-Ghazali dalam kitab asSima' min Ihya' Ulumiddin. Peralatan musik adalah semata-mata alat, misalnya gelas adalah alat jika digunakan untuk meminum khamar atau susu. Kereta adalah alat boleh digunakan untuk merompak atau kenderaan utk pergi kerja saban hari. Maka begitulah alat-alat muzik boleh diguna untuk kejahatan atau kebaikan.
Antara hadis-hadis yg ada kecacatan ialah:
#1: HR Bukhari dari Abu Malik ra," Akan ada segolongan dari umatku yg akan menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik."
status Hadis: walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Pengkritik hadis yg berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
Kalimah mu'adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai bermaksud alat musik.
#2: HR Imam Hadis yg berempat,"setiap permainan yg dilakukan oleh seorang muslim itu adalah kebatilan kecuali sendagurai suami-isteri, melatih kuda dan memanah."
alHafeedz alIraqi: statusnya Mudhtarib juga
#3: Dari Aisyah ra,"Sesungguhnya Allah mengharamkan biduanita (hamba perempuan), menjual-belinya, menghargai dan mengajarinya."
Ibn Hazm (alMuhalla) hadis dha'eef
#4: HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah
dari Nafi' bahawa Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi saw menutup telinganya jika terdengar tiupan seruling pengembara (gembala).
Fatwa Kedah pernah mengharamkan permainanan alat muzik bertali. Tetapi fatwa itu telah ditarik-balik. Fatwa terkini dari Fatwa Kedah adalah harus dan haram sekiranya dicampuri dengan maksiat atau melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah dan menunaikan kewajipan-Nya.
Bagaimana pula hukumnya dengan alat-alat muzik lain yang bunyinya lebih kurang sama dengan kedua-dua jenis alat muzik tersebut seperti keyboard yang bagaimana kita tahu boleh mengeluarkan bunyi yang berbagai jenis termasuklah kedua-dua alat muzik tersebut?
Dr alImam Prof Yusof alQardhawi berpendapat hadis-hadis yg berkaitan haramnya alat musik tertentu kesemuanya tidak terlepas dari kecacatan. Ini kerana isu musik mula dibahaskan di zaman sahabat dan tabi'in. Maka hukum alat musik (baik dari alat atau penghasilan komputer) itu HARUS dan keharusannya bergantung kepada penggunaannya. Kecualilah alat musik itu menjadi lambang kefasikan dan dinisbahkan kpd agama tertentu menurut pandangan uruf (budaya setempat). Qaradawi, Mujtama' Islami allazi nansyuduhuu.
Ustaz saya ada mengatakan tidak boleh berdasarkan hadis (yg tidak dinyatakan dgn jelas) bahawa akan ada suatu hari nanti sesuatu yang pd hakikatnya tidak boleh, tetappi telah ditukar namanya sehingga telah dianggap boleh oleh masyarakat pd waktu itu...Tetapi, setahu saya.... hadis tersebut adalah merujuk kepada "khamr" (saya tidak ingat matan dan sanadnya) ? Jadi, bgmana pendapat pihak aL-Ahkam?
3. Saya juga ada mendengar ramai orang mengatakan bahawa bersiul itu tidak boleh... betul ke? jadi apa hukum sebenar? dalilnya?
Kedua soalan di atas akan di jawab oleh Sheikh Pendekar kita insya Allah
Bagaimana pula dengan yg mendengar?
Seperti diterangkan di atas, tidak ada nas yg khusus menyebutnya. Ini semua terpulang kepada uruf dan syarat-syarat yg ditetapkan oleh al-Ghazali ra dan al-Qardhawi yg kita sebutkan sebelum ini. Hukum asal muzik ialah harus dan kita tidak mempermudahkan keharusannya dan ia tidak boleh diambil berlebihan sekadar yg sesuai dgn fitrah dan menepati suasana yg menasabah (tidak ada unsur haram) dan isinya tidak menyalahi adabul Islam. Lihat alQardhawi, Fatawa Mu'asirat Jld 7
Sila ke URL di bawah untuk membaca fatwa Al-Qaradwi berkaitan muzik dan nyanyian.
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/40349.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Nanyian1.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Nanyian2.html
P/S: JAWAPAN-JAWAPAN DI ATAS TELAH DI EDIT DARI JAWAPAN USTAZ THTL SEBELUM INI
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Baki soalan:
Ustaz saya ada mengatakan tidak boleh berdasarkan hadis (yg tidak dinyatakan dgn jelas) bahawa akan ada suatu hari nanti sesuatu yang pd hakikatnya tidak boleh, tetappi telah ditukar namanya sehingga telah dianggap boleh oleh masyarakat pd waktu itu...Tetapi, setahu saya.... hadis tersebut adalah merujuk kepada "khamr" (saya tidak ingat matan dan sanadnya) ? Jadi, bgmana pendapat pihak aL-Ahkam?
3. Saya juga ada mendengar ramai orang mengatakan bahawa bersiul itu tidak boleh... betul ke? jadi apa hukum sebenar? dalilnya?
--------
Jawab:
1. Hadis yg dimaksudkan ialah:
HR Ahmad dan Abu Daud dari Abu Malik alAnsy'ari ra," sebahagian dari umatku akan ada yg meminum khamar dan (akan) menamainya dengan bukan namanya (khamar)."
Hadis ini tiada kaitan dgn musik.
2. Hukum bersiul:
SS Mufti Wilayah, Dato' Hashim Yahaya, Masail Fiqhiyah, 2 Ogos 1998 menetapkan bersiul itu HARUS.
Dalil: AQ: 8: 35 (Dan tidaklah solat mereka pada sisi BaituLLah itu melainkan bersiul dan bertepuk tangan.) terjemah
Imam alQurthubi menjelaskan amalan bertepuk tangan dan bersiul ini merupakan amalan jahiliyah kerana dilakukan dalam ibadah. Jika dilakukan di luar ibadah atau di luar mesjid, maka tidak ada larangannya.
Bertepuk tangan dan bersiul juga dilarang jika ada tujuan menyindir dan mengejek. Dalil: AQ:alHujurat: 11
Maka jika tepuk tangan untuk memberi semangat tidaklah mengapa, begitu juga bersiul, kalau utk kita saja dan tidak mengganggu orang lain, maka ia harus. Malah orang zaman dulu spt gembala kambing menggunakan siulan utk menghiburkan dirinya dan memanggil ternakannya. WA