:salam
Saya telah faham berkaitan watan asli seperti yg diterang di dalam topik Watan Asli sebelum ini.
Namun ada sedikit persoalan yang bermain di dalam fikiran saya.
Contohnya :
Saya sudah hampir 15tahun bekerja di Negeri Sembilan, dan tidak berniat untuk pulang menetap di kampung kelahiran.
Tapi dalam masa sama saya belum membeli rumah di N.Sembilan, dan masih menyewa. Dan sering berpindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain (msh di dalam N.Sembilan).
Apakah boleh dikira watan asli saya di sini (N.Sembilan)?
Kerana saya sudah bekerja tetap di sini, dan mmg tidak lagi berniat utk pulang menetap di kampung.
Sekian, terima kasih.
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Apabila mula-mula anda meninggalkan kampung anda (eg: Johor Baru / JB) dan menetap di Negeri Sembilan (dan tidak berniat untuk pindah kembali ke kampung anda), al-watan al-asli di tempat kelahiran telah terbatal. Berkata Dr Wahbah al-Zuhaily :
أن الوطن الأصلي للإنسان يبطل إذا هاجر بنفسه وأهله ومتاعه إلى بلد آخر، فإن عاد إلى بلده الأول لعمل مثلا، وجب عليه قصر الصلاة.
"Sesungguhnya al-watan al-asli seseorang itu terbatal apabila berhijrah (berpindah) dari situ bersama-sama keluarga dan kepunyaannya (harta) ke bandar/tempat lain, maka jika dia pergi ketempat asalnya (bekas al-watan al-asli) misalnya disebabkan oleh kerja, wajib (boleh) menqasarkan solat"
Walaupun anda sering berpindah disebabkan anda menyewa, al-watan al-asli anda sudah berubah ketempat kediaman (mastautin) anda sekarang. WA.
-----------
sekian, wassalam
Rujukan : Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - jld 2 . cet ke3. Daar al-Fikr, 1989, ms 342.
Syiekh Hamid al-'Atthar
http://live.onislam.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=9gVA55
خيرالأمين