SJ-2262: Jual beli (barangan derma)

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2262: Jual beli (barangan derma)

Assalamu'alaikum

Adakah kita boleh menjual barang yg didermakan kepada kita?
Bagaimana pula jika kita menjual barang yg didermakan itu setelah dibenarkan dan direstui pemilik asal dan duit jualan digunakan untuk kebajikan?

Terima kasih, wassalam

Re: Jual beli

:salam

Harus kepada seseorang membelanjakan harta yang disedekahkan kepadanya, sekalipun maksud pemberian itu ialah untuk memberi bantuan kepadanya dalam menunaikan sesuatu yang lain. Ini kerana wang ringgit ini menjadi miliknya sebaik sahaja ia mengambilnya kerana itu ia berhak membelanjakannya di semua jenis perbelanjaan yang diharuskan. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Darirah, beliau telah disedekahkan daging, lalu dibawa daging itu ke rumah tuannya Ummu Al-Mukminin Aisyah ra. Kemudian dimasak. Beliau tidak menghulurkan kepada nabi makanan itu kerana menyangka ia adalah sedekah yang haram ke atas Rasulullah saw memakannya. Lantas Rasulullah saw bertanya sambil bersabda, “Daging yang diberi itu menjadi sedekah kepada kamu tetapi tetap menjadi hadiah bagi kami.”

:wassalam

Rujukan

Himpunan Isu-Isu Feqah Terpilih – Ustaz Basri Ibrahim

Re: SJ-2262: Jual beli (barangan derma)

:wassalam
Jawab:
1. Barangan yg didermakan kepada kita, menjadi milik kita. Terpulanglah kepada kita samada memanfa'atkan atau menjualnya. Misalnya kita didermakan kulit binatang setelah lembu disembelihkan. Maka kita boleh memanfa'atkan kulit itu atau menjualnya.
2. Jika penderma membenarkan dan mensyaratkan duit hasil jualan itu diberikan pada jalan kebaikan. Itu sudah jatuh hukum menepati hasrat penderma. Maka baik sekali.

Isu sebenarnya ialah derma yg diberi orang ramai kepada pihak mesjid, maka ia bergantung kepada niat asal derma itu dikutip. Apakah ia boleh dijual atau tidak dilihat pada niat asal derma itu. Fatwa Brunei, Irsyad Hukum 1999. WA