SJ-2261: MACAM-MACAM MENGENAI NAJIS

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2261: MACAM-MACAM MENGENAI NAJIS

1. Menurut satu hadis Rasulullah S.A.W. yang diucapkan baginda kepada seorang wanita yang bertanyakan kepadanya tentang kenajisan pakaiannya yang labuh setelah melalui kawasan yang kotor di mana Rasulullah S.A.W. menjawabnya dengan mengatakan suci kain tersebut setelah melalui kawasan yang bersih. Menurut pemahaman saya, pada zaman Rasulullah S.A.W. , kaum muslimahnya memakai pakaian yang agak labuh sehingga Rasulullah S.A.W. sendiri membenarkan labuh sehingga sehasta daripada buku lali. Soalan saya : Adakah ia hanya dikhususkan untuk wanita sahaja? Jika tidak, bagaimana pula dengan kategori najis-najis mughollazoh seperti najis babi dan anjing?
2. Saya juga mendapat tahu tentang kasut dan selipar yang kita pakai boleh menjadi suci dengan cara kita menyental dan menggosok-gosok bahagian tapaknya dengan tanah. Benarkah begitu? Bagaimana pula jika seseorang itu hanya berjalan biasa sahaja.(tanpa menggosok kasut ke permukaan tanah) ? Bagaimana pula jika permukaan yang dilalui itu bukan tanah, spt tar, simen rumput dan sebagainya? Dan bagaimana pula jika seseorang itu hanya berkaki ayam? Adakah hukumnya sama dengan penyucian kasut itu?
3. Menurut mazhab Hanafi, seluruh bhgn bumi itu adalah suci dengan adanya tiupan angin dan pancaran matahari. Jadi bagaimana dengan kawasan “bumi” yang tidak terkena pancaran matahari? spt di kawasan bawah rumah misalnya?
4. Sejauh manakah najis itu boleh berpindah? Cthnya : A terpijak najis, dia tidak membasuhnya dan pergi ke tempat lain. B datang dan melalui kawasan yang dilalui A tadi dan pergi pula ke tempat lain. Begitulah seterusnya. Adakah setiap tempat yang dilalui akan menjadi nasjis selagi merreka tidak membasuh kaki mereka? Bagaimana dengan tempat yang dilalui tersebut?. Saya tahu yang orang lain yang tidak mengetahui akan kenajisan tersebut, tidak perlu mempedulikan masalah itu kerana dia tidak tahu. Tapi bagaimana dengan A dan B sendiri?
5. Saya mendapat tahu yang najis tidak akan berpindaah jika najis itu dan permukaan yang menyentuhnya adalah kering. Jika seseorang itu duduk di kawaasan bernajis yang kering itu spt berbaring di lantai dengan tangan melapik kepala untuk satu tempoh yg agak lama spt 10 minit dsb. Sudah tentu tangan yang melapik itu akan mengeluarkan peluh walaupun sedikit. Jadi adakah najis itu telah berpindah ke tangannya?
6. Sejauh manakah najis itu dimaafkan?

Re: SJ-2261: MACAM-MACAM MENGENAI NAJIS

JAWAB:
1. Hadis yg dimaksudkan itu ialah riwayat Abu Daud dan Ahmad dari Ummu Salamah ra," hujung kain akan akan disucikan oleh barang yg mengenakan selepas itu." Hadis itu tidak menyebut kaum wanita sahaja. Mengenai kemungkinan terkena najis anjing atau babi. Tidak ada hukum utk menguji kaji jenis2 najis yg terkena hujung kain, cukuplah diambil makna hadis itu, jika hujung seluar atau kain terkena najis dan telah suci dengan terkena barang yg bersih selepas itu. Fiqh Sunnah
2. uruf sudah berubah. Solat di zaman nabi saw ialah bersama selipar dan terompah kerana mesjid ketika itu tidak berlantaikan marmar dan permaidani. Sekarang kita membuka kasut dan selipar kemudian solat.
3. Maka ia tidak sesuai untuk solat. Solat dilakukan atas rumah.

4. Najis yg berada di atas bumi, jika terpijak akan berpindah randah. Misalnya kita terpijak najis kucing dan masuk ke dalam kereta, bila kita buka aircond, terbau najis kucing, kerana najis kucing itu sudah berpindah dari atas rumput ke dalam kereta (atas carpet kereta). Ini kerana najis ada ain dan zatnya, maka perpindahan najis dikenali dgn bau dan zatnya. Jika kelihatan dan ada bau, maka hendaklah dibersihkan dengan air dan detergen. Mudah aje. bagi yg tidak tahu dan tidak melihat najis atau terhidu bau, maka tidak ada hukm atasnya.
5. Ini dah masuk pendetailan yg akan menyusahkan. Ia dinamakan belitan syaitan pada orang awam. Ibn jauzi (Talbis Iblis) menyifatkan mainan syaitan ialah menimbulkan was2 pada orang awam dalam masalah yg tidak patut difikirkan. yang benar jika terkena najis yg kering dan tidak diketahui apakah ia najis kerana sudah kering dan tidak ada sifat najis (bau dan jijiknya) tidak usah ditanyakan. Fiqh Sunnah

6. Najis yg dima'afkan ialah bila ia sedikit dan tidak dapat dielakkan. Ia dinamakan Umum albalwa. Fiqh Islami. WA