SJ – 2287 : HUKUM PUASA WISOL

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2287 : HUKUM PUASA WISOL

Ana ni musykil sikitlah...

Kita kan tak leh berpuasa wishal....
Jadi..soalan ana...

Apakah maksud sebenar puasa wishal tu... (berterusan sampai bila?)

Dan... apakah hukumnya jika kita melakukannya?

:wassalam

Re: SJ – 2287 : HUKUM PUASA WISOL


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2287 : HUKUM PUASA WISOL

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara V HoutenJr yang sekali lagi sudi bersama-sama kami di al-Ahkam-Online . Dilihat daripada soalan saudara , kami sudah dapat “ menangkap “ bahawa saudara sendiri bukanlah seorang yang cetak dan “ tohor “ di dalam selok-belok pengajian agama . Inilah kelebihan orang-orang seperti saudara yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah agama , dapat mengenal ilmu-ilmu yang diperlukan di dalam kehidupan seharian dan tidak melupakan pula ilmu-ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Tuhan . Semoga Allah Ta’ala meramaikan orang-orang seperti saudara . Amin .

Baiklah , kembali kita kepada topik kita mengenai PUASA WISOL .

APAKAH PUASA “ WISOL “( ÇáæÕÇá

) ITU ? .

Puasa Wisol itu ada berbagai definasinya , iaitu :

1 – Ia adalah perbuatan meninggalkan makan , minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa di waktu malam di antara dua hari berpuasa . [ Fathul Mun’im , Jilid 4 , Bab 302 , ms 535 ]

2 – Ia adalah meninggalkan pada malam-malam Bulan Puasa apa-apa yang boleh membatalkan puasa di siang harinya dengan sengaja [ Fathul Bari , Jilid 4 , Bab 48 , Hadist 1961 – 1964 , ms 718 ]

Ertinya di sini ialah : Wisol ialah perbuatan terus-menerus berpuasa tanpa mahu membukanya pada waktu malam sehingga masuknya maghrib hari kedua .

Malam dikira semenjak masuknya Maghrib sampai berakhirnya imsak . Manakala siang hari pula dikira masuknya waktu Subuh sampai ke terbenamnya matahari .

Dari kedua-dua takrif di atas dapatlah kita fahami bahawa jika ada seseorang itu berpuasa Ramadhan pada Hari Selasa dan kemudian dia tidak terus membukanya apabila maghrib di hari itu menjelang , sebaliknya dia tunggu sampai jam 5.00 pagi ( Hari Rabu ) untuk bersahur , maka ini tidaklah dinamakan WISOL kerana pada waktu dia bersahur itu pun sebenarnya dia sudah berbuka ( bersahur untuk Hari Rabu dan dia juga sekaligus membuka puasanya yang dikerjakan semalam ) . Apatah lagi tindakan dia bersahur di Hari Rabu itu sebenarnya tindakan dia menangguhkan berbuka puasa bagi Hari Selasa . Dan itu juga tidak dianggap berpuasa wisol sebab sahur itu sendiri waktunya adalah di waktu malam .

Dia dianggap melakukan puasa wisol apabila dia tidak bersahur di Hari Rabu itu ataupun sengaja melengahkannya sehingga masuknya waktu Maghrib di Hari Rabu .

Dalilnya ialah Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


Úóäú ÃóÈöí ÓóÚöíÏò ÇáúÎõÏúÑöíøö ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Ãóäøóåõ ÓóãöÚó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ áóÇ ÊõæóÇÕöáõæÇ ÝóÃóíøõßõãú ÃóÑóÇÏó Ãóäú íõæóÇÕöáó ÝóáúíõæóÇÕöáú ÍóÊøóì ÇáÓøóÍóÑö ÞóÇáõæÇ ÝóÅöäøóßó ÊõæóÇÕöáõ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÞóÇáó áóÓúÊõ ßóåóíúÆóÊößõãú Åöäøöí ÃóÈöíÊõ áöí ãõØúÚöãñ íõØúÚöãõäöí æóÓóÇÞò íóÓúÞöíäö

Ertinya : Daripada Saidina Abu Sa’id al-Khudri r.a , sesungguhnya dia pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Jangalah kamu melakukan puasa wisol . Maka , sesiapa sahaja yang masih mahu melakukan puasa wisol , dia boleh berpuasa sampai ke waktu sahur berikutnya “ . Para sahabat r.a pun bertanya : “ Tetapi , tuan juga melakukan puasa wisol itu . Mengapa ? “ . Jawab Baginda s.a.w : “ Keadaan aku ini tidaklah sama dengan keadaan kamu . Sesungguhnya ada ( Tuhan ) yang memberi aku makan dan yang memberi aku minum ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab As-Saum , Hadist ke- 1963 .

LARANGAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W DARIPADA MELAKUKAN PUASA WISOL :

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


Úä ÃÈí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó äóåóì ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Úóäö ÇáúæöÕóÇáö Ýöí ÇáÕøóæúãö ÝóÞóÇáó áóåõ ÑóÌõáñ ãöäó ÇáúãõÓúáöãöíäó Åöäøóßó ÊõæóÇÕöáõ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÞóÇáó æóÃóíøõßõãú ãöËúáöí Åöäøöí ÃóÈöíÊõ íõØúÚöãõäöí ÑóÈøöí æóíóÓúÞöíäö ÝóáóãøóÇ ÃóÈóæúÇ Ãóäú íóäúÊóåõæÇ Úóäö ÇáúæöÕóÇáö æóÇÕóáó Èöåöãú íóæúãðÇ Ëõãøó íóæúãðÇ Ëõãøó ÑóÃóæõÇ ÇáúåöáóÇáó ÝóÞóÇáó áóæú ÊóÃóÎøóÑó áóÒöÏúÊõßõãú ßóÇáÊøóäúßöíáö áóåõãú Íöíäó ÃóÈóæúÇ Ãóäú íóäúÊóåõæÇ

Ertinya : Saidina Abu Hurairah r.a pernah berkata : “ Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w telah melarang kita daripada melakukan puasa wisol . Lalu pernah pula seorang sahabat r.a drp kalangan umat Islam di masa itu bertanya : “ Wahai tuan ! , tuan sendiri berpuasa wisol? “ . Jawab Baginda s.a.w : “ Siapakah di kalangan kamu semua yang seperti aku ? . Sesungguhnya aku berada di dalam keadaan diberikan makanan dan minuman oleh Tuhanku “ . Namun , apabila ada di kalangan para sahabat r.a yang masih meneruskan puasa wisol itu , Baginda s.a.w pun mengajak mereka r.a berpuasa wisol sehari , lalu disambung lagi sehari , kemudian mereka r.a pun melihat bulan , lalu bersabdalah pula Baginda s.a.w : “ Kalaulah bulan itu muncul tidak pada hari ini , pastilah aku akan menambah sehari lagi puasa wisol ke atas kamu “ ( Dan ini diucapkan sebagai satu pengajaran kepada para sahabat r.a yang mahu melakukan puasa wisol ) ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab As-Saum , Hadist ke- 1965 dan Al-Imam Muslim rh di dlm Kitab As-Saum , Hadits ke-2235 , Bab : 302 .

HURAIAN BAGI TERJEMAHAN HADIST DI ATAS :

((“ Wahai tuan ! , tuan sendiri berpuasa wisol? “ )) – Soalan yang diajukan oleh seorang sahabat r.a ini TIDAKLAH BERMAKNA mereka mempertikaikan perbuatan Baginda s.a.w kerana perbuatan itu boleh menyebabkan seseorang murtad . Soalan itu sebenarnya bermaksud : “ Wahai Tuan ! Jika tuan sendiri boleh berpuasa wisol , mengapakah kami tidak dibenarkan pula sedangkan kami ini sangat suka mencontohi dan mengikuti apa yang tuan kerjakan “ . Inilah sebenarnya maksud si penyoal itu r.a kerana para sahabat r.a adalah orang yang paling beradab terhadap Baginda Rasulullah s.a.w .

((“ Siapakah di kalangan kamu semua yang seperti aku ? “ )) – Soalan ini adalah merupakan jawapan juga di atas soalan sahabat r.a tadi . Dan ini sama sekali tidak bermaksud bhw Baginda s.a.w angkuh ataupun besar diri , tetapi maksud sebenarnya ialah : “ Siapakah di kalangan kamu semua yang seperti aku dari sudut sifatku sebagai seorang manusia yang diberikan kegagahan yang luar biasa ataupun dari sudut martabatku sebagai seorang Nabi dan seorang makhluk yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala ? “ .

Ya ! , benar sekali . Walaupun Baginda s.a.w adalah seorang manusia seperti kita yang makan , minum , tidur dan sebagainya , akan tetapi kekuatan fizikal dan rohani baginda s.a.w sendiri tidak ada tandingannya . Kekuatan fizikal dan rohani Baginda s.a.w yang amat kuat itu adalah sebagai persediaan bagi diri Baginda s.a.w yang akan menempuh kesusahan dan keperitan yang amat sangat di dalam mengembangkan Islam .

Kekuatan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dijelaskan oleh beberapa hadist dan kitab-kitab Sirah sehinggakan Baginda s.a.w sendiri mampu mengalahkan Ruqanah ( seorang ahli gusti yang terkenal di zaman itu ) , Baginda s.a.w sanggup menghadapi musuh yang ramai , Baginda s.a.w mengikat perut Baginda s.a.w dengan 2 ketul batu , walhal para sahabat r.a hanya dengan seketul batu kerana kelaparan akibat dipulau oleh Golongan Qurasiy Mekkah , dan Baginda s.a.w diberi kekuatan fizikal menyamai 10 orang lelaki ( bahkan di dalam riwayat lain dinyatakan dengan sebanyak kekuatan 40 orang lelaki ) .

((Sesungguhnya aku berada di dalam keadaan diberikan makanan dan minuman oleh Tuhanku )) – Apakah ertinya ini ? , adakah Baginda Rasulullah s.a.w menerima makanan dan minuman secara ghaib daripada Allah Ta’ala ? . Masalah ini menyebabkan para ulama’ berbeza pendapat di dalam memberikan pengertiannya .

Ada yang mengatakan bahawa maksudnya ialah : Baginda Rasulullah s.a.w walaupun melakukan puasa wisol, akan tetapi Baginda s.a.w diberi kekuatan ghaib oleh Allah Ta’ala seumpama orang yang mendapat makanan dan minuman .

Sekelompok ulama’ lagi mengatakan : Baginda Rasulullah s.a.w sebenarnya tetap berasa lapar dan dahaga apabila melakukan puasa wisol itu , akan tetapi keazaman dan kekuatan Baginda s.a.w menahannya dilihat seolah-olah Baginda s.a.w sama gagah dengan orang yang mendapat makanan dan minuman .

Sekelompok lain pula berkata : Ucapan Baginda s.a.w di atas sebenarnya bermaksud bahawa Baginda s.a.w sudah tidak lagi merasa lapar dan dahaga walaupun berpuasa wisol disebabkan jiwanya di saat itu sudah terlalu asyik dan terasa sedap yang amat sangat beribadah , bermunajat dan berinteraksi dengan Tuhannya , Allah Subhanahu Wa Ta’ala . Dan sudah tentulah “ makanan dan minuman jenis “ ini merupakan selazat-lazat santapan sehingga Baginda Rasulullah s.a.w sendiri ketika itu sudah tidak lagi memperdulikan makanan dan minuman biasa ini ! .

Dan pendapat dan pandangan terakhir ini jugalah yang dipilih oleh Al-Imam Ibnul Qaiyyim al-Jauziyah r.h sambil beliau r.h memberikan komentarnya : “ Sesiapa sahaja yang pernah diberikan “ rasa “ ini walaupun tahap yang paling rendah , dan sesiapa sahaja yang pernah mencubanya , pasti dia akan tahu betapa makanan rohani dan spiritual yang didapati itu “ lebih mengenyangkan berbanding makanan jasmani yang zahir dilihat ini “ ~ Fathul Bari , Jilid 4 , halaman 725 .

Ya ! , benar dan tepat sekali kata-kata kelompok ulama’ terakhir dan kenyataan Al-Imam Ibnul Qaiyyim rh di atas . Lihatlah sahaja kepada orang yang sudah berasa lazat membaca buku , sampai waktu makan pun tidak dihiraukannya . Lihatlah sahaja kepada orang yang sudah syok dan asyik-masyuk dengan “ bergayut “ ( telefon ) dengan buah hatinya , makan dan minum pun sudah tidak diambil kira di saat itu . Begitulah juga, lihatlah sahaja para pengendali al-Ahkam ( khasnya Ust. Zain ys , Ust . thtl , Tn. Hj. Kamin dan saya sendiri ) , akibat terlalu syok membelek-belek bahan bacaan dan menulis ( menaip ) jawapan , sampaikan kadang-kadang masa makan dan minum pun tidak diambil pusing dan sampaikan kadang-kadang isteri merungut kerana syoknya si suami menyiapkan tugasnya di hadapan monitor komputer . :p

HUKUM BERPUASA WISOL :

Ulama’ rh telah berbeza pendapat mengenai hukum puasa wisol ini kepada 5 pandangan , iaitu :

1 – Ianya adalah HARUS bagi mereka yang tidak merasa kesulitan dan kesusahan melakukannya .

2 – Ianya adalah HARUS SEKIRANYA SAMPAI KE WAKTU SAHUR PAGI ESOK – Pendapat ini ditolak oleh majoriti ulama’ bermazhab Al-Imam asy-Syafi’e rh bahawa kalau sampai sahur pagi esok , tidaklah dinamakan ianya sebagai WISOL .

3 – Ianya adalah HARAM ~ Inilah pendapat majoriti ulama’ dan lebih-lebih lagi Al-Imam Ibnu Hazm rh ( Mazhab Zohiri ) , Al-Imam Ibnul ‘Arab rh ( Mazhab Malikiah ) dan pendapat muktamad di dalam mazhab Al-Imam asy-Syafi’e rh .

4 – Ianya adalah MAKRUH YANG MENDEKATI HUKUM HARAM = Makruh yang amat sangat .

5 – Ianya adalah MAKRUH YANG MENDEKATI HARUS = Makruh yang ringan .

PENDAPAT AL-AHKAM ONLINE MENGENAI HAL INI :

Kami lebih cenderung dengan pandangan golongan ketiga iaiatu majoriti ulama’ rh kerana puasa wisol ini sebenarnya merupakan salah-satu perkara-perakara yang hanya dikhusukan kepada Baginda Rasulullah s.a.w [ Lihat Fasal ke-2 , Tujuan ke-4 : Kitab Al-Mawahib al-Ladunniyah oleh Al-‘Allamah Al-Imam al-Qostolani rh , ataupun halaman 65 daripada kitab Khususiyyat ar-Rasul s.a.w yang dikarang oleh Syeikhuna Al-Fadhil Tuan Guru Muhammad Nuruddin Marbu Banjari al-Makki ha ] .

Selain itu berpuasa wisol sendiri menyebabkan kesukaran dan kesengsaraan sedangkan agama Islam itu sendiri diturunkan bukanlah untuk membebankan dan menyukarkan umatnya .

Firman Allah Ta’ala yang menjelaskan sifat ajaran Islam ini :


íõÑöíÏõ Çááøåõ Èößõãõ ÇáúíõÓúÑó æóáÇó íõÑöíÏõ Èößõãõ ÇáúÚõÓúÑó

Ertinya : “ Allah berkehendakkan kamu merasai kesenangan dan tidaklah pula Allah itu hendak kamu merasai kesusahan “ ~ Ayat 185 , Surah al-Baqarah .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – FATHUL BARI SYARH SAHIH AL-IMAM al-BUKHARI RH
Oleh : Syeikhul Islam Al-Imam al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh
Jilid ke-4 , halaman 717 – 726
Terbitan : Darul Fikr , Beirut [ 1993 ]

2 – FATHUL MUN’IM SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM RH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr . Musa Syahih Lasyin ha
Jilid ke-4 , halaman 533 – 540
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah [ 2002 ]

3 – AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-Imam Al-Hafidz Jalaluddin as-Suyuthi rh
Jilid ke-4 , ms 1891 , Hadist ke-9447
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz { 1998 ]

4 – BULUGHUL MARAM MIN JAM’IE ADILLAH al-AHKAM
Oleh : Syeikhul Islam Al-Imam al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh
Terjemahan & Huraian : Almarhum Al-‘Allamah Ustadz A. Hassan Bandung
Halaman : 330
Terbitan : C.V Dippnegoro , Bandung , Indonesia [ 1994 ]

5 – KHUSUSIYYAT ar-RASUL S..A.W
Oleh : Syeikhuna Al-‘Allamah Tuan Guru Muhammad Nuruddin Marbu Banjari al-Makki ha
Halaman 65
Terbitan : Majlis Ihya’ at-Turast al-Islami , Kaherah [ 1996 ]


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
19 / Dzulhijjah / 1423 H
20/ Febuari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum