Assalamu'alaikum!
Saya ada sedikit kekeliruan di dalam kedua-dua SJ di atas. Nampak seperti ada pertindihan di situ. Harap Ustaz THTL dapat memberi gambaran yg lebih jelas insha-allah! Apakah bezanya harga ansuran yang ditetapkan oleh Cours Mammoth dan Bank Islam seperti yg ustaz nyatakan itu. Minta maaf sbb terpaksa mengulang isu yg telah ditanya, cuma ana kurang jelas dgn jawapan yg diberikan. Jzk. May Allah bless you abundantly.
SJ 1446: "Saya bercadang untuk membeli barangan di courts mammoth. di courts pembelian boleh secara tunai atau secara ansuran. kemusykilan saya adalah pembayaran secara ansuran. pembeli boleh memilih tempoh pembayarannya untuk sesuatu jangkamasa umpamanya 12bulan, 24bulan, 36bulan dsbnya. untuk tempoh yang dipilih itu bayaran ansuran bulanannya berbeza-beza. adakah jual beli secara ini dibolehkan oleh syarak. apa komen ustaz?
Jawapan Ustaz THTL :
"Ia adalah pembiayaan ansuran yg diasaskan di atas prinsip konvensional/ribawiyah/interest.
Allahu a'alam"
SJ 1983 : "assalamualaikum ustaz dan ahli panel,
terlebih dahulu ucapan selamat berpuasa kepada semua warga al-ahkam. soalan saya kali ini ialah kakak sebelah rumah ada jual tilam thai dan dia berkata jika bayar cash 50.00 tapi kalau ansuran bulanan 10 bulan harganya 80.00, persoalannya ada anak pembelinya iaitu seorang ustaz dia berkata ianya adalah riba, apakah pandangan ahli panel adakah 30.00 itu adalah riba atau jualbeli? t/k"
Jawapan ustaz THTL : "Jwb:
Jika penjual mengenakan dua harga: harga cash dan harga tertangguh (deferred payments atau ba'i bithaman ajil), ia bukanlah riba. Ini pendapat jumhur ulama termasuk madzhab Syafi'iy. Tidak ada nas yg melarang harga secara ansuran jika tidak dikaitkan dengan kadar faedah pinjaman. Qardhawi, Halal dan Haram; juga Syawkani, Nailool Awthor, 5/153. Kaedah bai' bithaman ajil ini sudah dipraktikkan oleh Bank Islam sejak 1985 lagi. WaLlahu a'alam "
:wassalam
Jawab:
Sepatutnya tidak ada kekeliruan. Ini kerana Malaysia mempraktikkan dwi-sistem: pembiayaan konvensional/ribawiyah dan secara syari'at. Pakej skim ansuran fleksi Courts adalah pakej pembiayaan berasaskan pengiraan interest; sedangkan pada SJ-1983 ia adalah suatu skim yg tidak menggunakan compound rate terhadap loan.
Maksudnya, jika anda membeli barang dari courts, anda sebenarnya membuat pinjaman kewangan dari pihak ketiga dan ia mengenakan kadar faedah yg agak tinggi (sekitar 1.8% sebulan) ; manakala skim jualbeli kedua, ia bukan pinjaman dan tiada elemen pengiraan interest. WA