SJ-1693: Zakat Dan Asnafnya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1693: Zakat Dan Asnafnya

Assalamualaikum Ustaz ;

Di sini saya hendak mengemukakan 3 persoalan mengenai zakat. Diharap mendapat jawapan dan penjelasan yang memuaskan.

1.Mengenai zakat perniagaan, sekiranya seseorang tu meniaga tapi dia tak ingat berapa modal dan untungnya selama dia meniaga hampir 10 tahun, kemudian dia baru nak keluar zakat ,jadi bagaimana cara pengiraannya ?.

2.Adakah dikira zakat sekiranya duit zakat kita diberikan kepada emak saudara kita ataupun anak saudara kita. Adakah ia termasuk dalam kategori asnaf yg patut diberi zakat ?.

3. Zakat jenis apakah yang boleh diberikan kepada keluarga dan sanak-saudara kita sendiri ?.

Sekian, Terima Kasih.

Re: SJ-1693: Zakat Dan Asnafnya

Jawab:

1. Zakat yg tertunda hendaklah dibuat anggaran/estimate berdasarkan rekod-rekod perniagaan kalau belum di musnahkan. Menurut Prof Dr Yusof alQardhawi (Fiqh Zakat), dalam membuat andaian atau estimate, hendaklah dilebihkan supaya hati menjadi yakin. Misalnya kita was-was antara tahap keuntungannya samada RM 50K setahun atau 60K. Maka hendaklah dipilih RM 60K.
2. Keluarga terdekat tidak boleh dibantu dengan zakat anda kerana anda dianggap tidak mengiktiraf hubungan kekeluargaan atau hubungan darah yg menuntut anda membantu dengan memberi nafkah kepada mereka sebagai simbol ikatan darah dengan ikhlas. Zakat dikeluarkan kepada pemerintah untuk membatu asnaf yg tiada hubungan darah dengan anda. perbelanjaan membantu keluarga terdekat boleh ditolak dari pengiraan zakat. (alMughni 2/647)
3. Zakat apa pun boleh diberikan kepada keluarga/kerabat anda dengan syarat anda adalah pegawai zakat atau amil dan keluarga anda itu adalah layak menerima zakat. Yang ditegah syara' ialah anda mengeluarkan terus zakat anda kepada mereka tanpa melalui pusat kutipan zakat. Allahu a'alam