SJ-2371: Menerima pemberian dari wang hasil judi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2371: Menerima pemberian dari wang hasil judi

:salam

Kawan sekerja bukan Islam memberi makanan dari wang hasil judi, saya mengambil dan memakan sebab mahu menjaga hatinya, waktu itu saya tergamam dan tak tahu macam mana nak jelaskan padanya. apakah hukumnya? :guin

Re: SJ-2371: Menerima pemberian dari wang hasil judi

:wassalam
Jawab:

Kenapalah si Muslim lemah sangat imannya? Inilah masanya kita bangkit dan menjadi umat yg terbaik" Firman Allah," kamu adalah ummat yg terbaik" AQ 3:110. Kenapa kita merendahkan Islam di mata kaum kafir, sedangkan Islam itu mesti ditinggikan, Firman-Nya lagi," apakah mereka mencari izzah (ketinggian/kemuliaan/kekuatan) di sisi orang Kafir? Maka sesungguhnya semua izzah kepunyaan Allah!" AQ 4: 139

JUDI itu ditegah dlm agama kita dan semua agama. Bangkitlah umat Muhammad dan jangan kompromi dan dipijak-pijak oleh orang Kafir. Kerjasama kita dgn orang kafir itu berpada-pada sahaja bukan yg melibatkan prinsip halal/haram. WA