SJ-2417: Rencam 3 in 1 (korban-akikah-solat)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2417: Rencam 3 in 1 (korban-akikah-solat)

assalamualaikum wmt wkt Jzkmllh di atas jawaban ahli panel

saya ada beberapa soalan :

1. Adakah ibadah korban dan aqiqah boleh digabungkan
2.Adakah Daging aqiqah juga diharamkan diberi kepada Non Muslim
3.saya ada terbaca kalau ibadah aqiqah tidak dilakukan hingga bai itu baligh maka hukum sunnat iabadh tersebut luput dari ibubapa ? Benarkah
4. Jika seorang itu solat berjemaah dan pada rakaat yang kedua dia terlewat menghabiskan bacaan Fatihah hingga tidak sempat rukuk bersama imam , adakah luput rakaat tersebut menurut mazhab Syafie
5. Adakah batal solat seseorang jika dia tertidur dalam solat

Wassalam

Re: SJ-2417: Rencam 3 in 1 (korban-akikah-solat)

:wassalam
Jawab:

1. Khilaf Fiqhi. Pendapat pilihan Ibn Qayyim (Tuhfatul Mawdud, 50) ialah mencontohi Sunnah Nabi saw sebagai sebaik-baik petunjuk yaitu mengasingkan ibadah Korban dari Aqiqah.
2. Dibolehkan memberi daging pada kafir Zimmiy yg menjadi kenalan kerana ibadah sunnat tidak menghalang sampai pada mana-mana manusia termasuk orang kafir (ibn Qayyim, ibid)

3. Pendapat popular ahli2 Hadis ialah pada hari ke 7 (Ibn Qayyim, Tuhfah, 51; Fathul Bari: 9/594); Syafi'iyah ialah sebelum baligh. Jika sudah baligh maka gugurlah tuntutan itu (Fathul Bari: 9/595)

4. Jika Masbuk sempat mendapatkan Imam pada raka'at ke2, maka dia hendaklah ruku' bila Imam ruku' dan tak perlu menghabiskan Fatihahnya. Jika dia meneruskan membaca Fatihah, dan terlepas ruku' bersama Imam, maka dia gagal mendapatkan raka'at itu

5. Tertidur dalam Solat?
Inilah seburuk-buruk tidur. Lalai, khayal, tidur, masghul (memikirkan hal dunia) tidaklah membatalkan solat melainkan pahalanya berkurangan sebagaimana HR Abu Daud: 1/239) dari Ammar bin Yasir ra, " seseorang yg berpaling (dari solat) tidak ditulis kecuali 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3 atau 2.."

Maksudnya pahala itu berkurangan sejajar dgn mutu/qualiti solat. WA