SJ - 2428 : AL-ARQAM : PENGHARAMANNYA SATU TANDA TANYA ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2428 : AL-ARQAM : PENGHARAMANNYA SATU TANDA TANYA ?

:salam

2. Boleh tak al Ahkam keluar satu artikel panjang tentang pengharaman al Arqam lengkap dengan dalil dan hujjah konkrit. Apakah penyelewengan yang telah berlaku hinggakan pertubuhan ini dihukum seberat ini. Saya rasa tentu ramai umat Islam di Malaysia ingin satu penjelasan yang jelas.

3. Apakah ijtihad boleh berlaku dalam masalah akidah contohnya ijtihad untuk menentukan siapakah imam Mahdi?

4. Siapakah Bani Tamim, adakaha Ustaz Ashaari Syeikh Al Arqam berketerunan Bani Tamim?

5. Apakah kaitannya Al Arqam dengan kemunculan imam Mahdi?

Semoga jasa baik anda diganjari oleh Allah.

:wassalam

Re: SJ - 2428 : AL-ARQAM : PENGHARAMANNYA SATU TANDA TANYA ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2428 : AL-ARQAM : PENGHARAMANNYA SATU TANDA TANYA ? .

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Abu Ahmad Didat yang telah mengemukakan soalan di atas . Maafkan kami di atas kelewatan membalasnya .

Jemaah al-Arqam , yang kini dikenali sebagai ar-Rufaqa’ nampaknya sekali lagi menjadi topik di al-Ahkam Online .

Al-Arqam : Pengharamannya satu tanda tanya . :shocked:

Tanda tanya pada siapa ? .

Adakah ianya masih satu tanda tanya pada saudara seorang ? .

Ataupun ianya masih menjadi tanda soal kepada mereka yang masih belum mengetahuinya ? .

Adakah ia masih menjadi tanda tanya kepada pihak Pusat Islam ( JAKIM ) dan Kerajaan Pusat serta kerajaan-kerajaan negeri yang telah mewartakan bahawa ajaran yang dibawa oleh al-Arqam melalui Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan mereka itu adalah sesat ? .

Ataupun ia masih menjadi tanya tanya kepada para ulama’ yang telah keluar drp al-Arqam setelah mengetahui kesesatannya seperti Allahyarham al-Fadhil Ustaz Mokhtar Yaakub ( bekas Timb. Syeikhul Arqam ) ataupun Al-Fadhil Ustaz Mohd Rushdi Yusuf ( USM ) ? .

Ataupun ia masih menjadi tanda-tanya kepada gerakan-gerakan Islam tanah air yang memang tidak sebulu dengan pegangan al-Arqam ? .

Ataupun , ia masih menjadi tanya tanya kepada siapa sebenarnya ? . :noyade

****************************************

Mungkin ada yang mengatakan bahawa tindakan mengharamkan Jemaah al-Arqam lebih bersifat politik berbanding untuk menjaga keharmonian aqidah umat .

Terpulanglah kepada siapa yang mahu menilai sedemikian rupa .

Bagi kami di al-Ahkam Online , kami tidak menemui sebarang perkara yang “ tidak kena “ apabila ajaran Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh al-Arqam itu diharamkan dan diwartakan sebagai salah-satu ajaran sesat .

Dan kami kira , tidak perlu kami menulis dengan panjang-lebar mengenai isu ini disebabkan ianya sudah basi , walaupun masih ada di kalangan umat yang mengaku Islam yang terus berusaha menghidupkan kembali ajaran sesat itu .

Kalau saudara suka untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ajaran yang mereka dakwa , maka untuk tidak bersikap “ berat sebelah “ kami syorkan saudara membaca buku-buku tulisan Hj. Ashaari Muhammad ( pengasas Jemaah al-Arqam ) terutama sekali buku-bukunya yang bertajuk “ AURAD MUHAMMADIAH :PEGANGAN DARUL ARQAM “ dan “ BERHATI-HATI MEMBUAT TUDUHAN “ .

Kemudian cuba pula saudara dapatkan buku-buku yang menyanggah tulisan-tulisan Hj. Ashaari sama ada yang ditulis oleh “ orang-orang kerajaan “ ataupun yang bukan menjadi penyokong kerajaan .

Bacalah dengan penuh teliti dan dengan saksama . Elakkan diri drp menjadi “ hakim sebelum perbicaraan dilangsungkan “ . Baca dahulu dengan tenang dan mengharapkan kebenaran , kemudian selepas dibaca tulisan-tulisan yang pro dan kontra mengenai Jemaah al-Arqam itu sendiri maka lakukanlah Solat Istikharah dan berdoalah memohon hidayah Allah Ta’ala . Akhirnya , saudara akan menerima jawapan sebenarnya Insya-Allah .

Buku-buku yang menyanggah pendapat dan pengangan Al-Arqam akan saya lampirkan di bawah ini kelak .

****************************************

Untuk makluman saudara dan para pengunjung yang budiman sekalian .

Al-Ahkam Online biasaya tidak akan “ berdiam diri “ drp sebarang perkara dan isu – semasa yang ada kaitan mengenai umat Islam melainkan ianya akan dibahaskan dan didiskusikan di sini . :non

Ada berbagai-bagai isu dan masalah umat Islam yang telah pun dibahaskan di sini , termasuklah mengenai masalah Al-Arqam , Ar-Rufaqa’ dan Aurad Muhammadiah .

Kira-kira 2 tahun lalu Diskusi Umum pernah hangat apabila terdapat beberapa orang pengunjung yang cuba menghidupkan semula fahaman ala Al-Arqam & Aurad Muhammadiah di sini . Kira-kira 2 bulan lalu pun ada seorang yang ala Al-Arqam cuba untuk menghidupkan kembali fahaman kuno Al-Arqam itu dengan cuba merendah-rendahkan para ulama’ yang “ tidak sebulu “ dengan al-Arqam .

Al-Ahkam Online tidaklah terus “ menyah “ ( ban ) mereka drp al-Ahkam , bahkan pihak ini telah diminta beberapa kali agar menyertakan dalil-dalil yang kukuh , hujah-hujah para ulama’ yang muktabar yang boleh mensucikan kembali “ Al-Arqam & Aurad Muhammadiah yang dipegang oleh jemaah ini “ .

Sayangnya , pihak yang pro kepada Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah ini lebih suka berhujah tanpa menggunakan disiplin ilmiah yang telah pun diletakkan oleh para ulama’ muktabar dahulu dan sekarang , bahkan mereka lebih suka menggunakan hukah “ Kata-kata Abuya “ , ramalan-ramalan dan mimpi-mimpi .

Apakah mereka sangka mereka seorang sahaja ada “ tok guru “ mereka ? . Kalau semua manusia hanya bersandarkan tok guru masing-masing di dalam berhujah tanpa mengira pandangan itu sesuai ataupun tidak dengan sumber tertinggi perundangan Islam ( Al-Quranul Karim dan Hadis Sahih ) , maka sampai bilakah nak selesai satu-satu isu yang dibahaskan ??? .

Adakah “ ramalan-ramalan “ dan “ mimpi-mimpi “ itu lebih tinggi drp Al-Quranul Karim dan Hadis-Hadis ??? .

Bukan itu sahaja , belum habis satu isu mereka boleh selesaikan , mereka sengaja mencipta isu baru , agar manusia lupa bahawa mereka masih belum cuba menyelesaikan isu-isu sebelum ini secara tertib dan mengikut susunan ! .

Nampaknya mereka bukannya hendak berbincang sungguh-sungguh agar dapat dikenal yang mana satukah permata dan yang mana satukah kaca , tapi mereka lebih bersifat mahu mempromosikan semula fahaman lama mereka yang tidak terlepas drp unsur-unsur syirik dan bid’ah dholalah serta khurafat !!! . :spamafote

Kalau saudara berminat untuk mengetahui perkembangan diskusi mengenai topik itu di al-Ahkam sila gunakan enjin pencari SEARCH ataupun ARCHIVE .

****************************************

Berikut ini kami akan menjawab soalan-soalan saudara secara ringkas sahaja . Secara lanjutnya boleh diikuti melalui pembacaan terhadap-hadap buku-buku yang membicarakan topik Al-Arqam & Aurad Muhammadiah , sama ada yang pro ataupun yang kontra .

Saudara bertanya :

Boleh tak al Ahkam keluar satu artikel panjang tentang pengharaman al Arqam lengkap dengan dalil dan hujjah konkrit. Apakah penyelewengan yang telah berlaku hinggakan pertubuhan ini dihukum seberat ini. Saya rasa tentu ramai umat Islam di Malaysia ingin satu penjelasan yang jelas

Kami Menjawab :

Jawapannya sudah ditulis oleh berbagai pihak yang lebih layak untuk menguruskan permasalahan ini . Umat Islam Nusantara ( majoritinya ) juga sudah tahu akan tembelang jemaah al-Arqam ini .

Apakah yang masih saudara belum faham lagi ? .

Kalau ada orang tanya kami secara peribadi , siapakah pemimpin tertinggi yang akan kami pilih ? .

Sudah tentu kami akan menjawab : Sudah tentu yang selari dan pakar mengenai selok-belok Al-Quranul Karim dan Sunnah . Selain itu pemimpin itu juga bukanlah “ yang mudah menyerah kalah “ dan “ pandai bertaubat olok-olok “ dengan alasan taqiyyah ( menjaga keselamatan diri di masa dharurat dengan melakukan apa-apa yg menyalahi syariat ) .

Kalau ahli-ahli biasa ber”taqiyyah “ maka itu tidak dapat disalahkan .

Tapi kalau “ pemimpin tertinggi dan terutama “ sendiri ber”taqiyyah “ , maka ini lain pula ceritanya .

Cukuplah dengan kata-kata Imam Ahmad Bin Hanbal rh yang tidak mahu bertaqiyyah dan terus-menerus menentang Muktazilah yang mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah makhluk , beliah rh ditanya orang : “ Wahai Imam ! , mengapakah tuan tidak bertaqiyyah di dalam saat ini ,sedangkan ianya dibenarkan oleh syarak . Lihatlah sendiri tubuh tuan yang sudah teruk diseksa ? “ . Jawab Imam Ahmad Bin Hanbal rh : [b] “ Kalau semua ulama’ bertaqiyyah demi menyelamatkan diri sendiri , maka sampai bilakan masyarakat awam akan kenal yang mana satukah sebenarnya yang betul dan yang mana satu pula yang sesat ? “ .

Itulah pegangan mulia Imam Ahlus Sunnah Wa Toifah Mansurah , tidak berganjak drp pegangannya yang sebenar hanya demi menyelamatkan diri . Inilah kehebatan seorang pemimpin besar umat Islam , walhal beliau rh tidak pernah sekali-kali mendakwa sebagai “ tentera Imam Mahdi “ , sebagai “ Pemuda Bani Tamim “ , sebagai “ orang kanan Imam Mahdi “ , “ berketurunan Baginda Rasulullah s.a.w “ , “ diberikan ilmu ladunni “ dan sebagainya .

Tapi apa hal pula dengan Hj. Ashaari yang digelar “ Abuya al-Imam “ oleh para pengikutnya ? .

Mengapa pula Hj. Ashaari yang mengaku sebagai “ orang kanan Imam Mahdi “ , “ anak murid Imam Mahdi “ , “ Pemuda Bani Tamim “ dan sebagainya boleh mengaku dengan mudah-mudah bahawa segala ajarannya selama ini adalah sesat !? .

Apakah “ Imam Mahdi al-Arqam “ tidak berjaya mentarbiah “ anak murid kanannya “ ini sehingga terlalu lemah berbanding Imam Ahmad Bin Hanbal rh ketika diuji dan dihadapkan berbagai tuduhan !? .

Layakkah seorang yang berstatus tinggi ( sebagai mana dakwaan Hj . Ashari sendiri sebagai anak murid kanan Imam Mahdi ) menyerah kalah begitu mudah dan bertaqiyyah seperti Golongan Syiah Rafidhah ??? . :boxing

****************************************

Saudara bertanya lagi :

Apakah ijtihad boleh berlaku dalam masalah akidah contohnya ijtihad untuk menentukan siapakah imam Mahdi?

Kami Menjawab pula :

Ijtihad hanya boleh dilakukan di dalam perkara yang tidak mempunyai sebarang jawapan-jawapan yang QOTH’IE ( muktamad ) . Dan ijtihad ini boleh berlaku di dalam masalah ‘Aqidah ataupun Fiqh .

Namun di dalam masalah menentukan siapakah Imam al-Mahdi al-Muntazor rh BUKANLAH satu masalah ijtihad dan bukan pula masalah furu’ sehingga kita boleh menentukan ikut suka kita siapakah yang akan menjadi Al-Imam al-Mahdi al-Muntazor ? .

Hadis-hadis yang berjaya dikumpulkan mengenai SIAPAKAH IMAM al-MAHDI telah berjumlah 60 hadis . Maka untuk apa lagi kita berijtihad memerah otak mencari-cari siapakah sebenarnya Imam al-Mahdi kalau bukannya yang disebut di dalam hadis-hadis itu ??? .

JAKIM sendiri tidak berhati-hati di dalam masalah ini ketika “ menghentam “ al-Arqam . JAKIM sendiri dan beberapa Jab. Agama Islam Negeri menyatakan bahawa masalah Imam al-Mahdi ini adalah masalah khilafiah dan ijtihad . Oleh kerana itulah , al-Arqam terus “ keras kepala “ menyatakan Imam al-Mahdi itu ialah guru tareqat ( Aurad Muhammadiah ) mereka yang bernama Syeikh Muhammad Bin ‘Abdullah as-Suhaimi yang berasal daripada Jawa yang bersalasilah keturunan Baginda Rasulullah s.a.w .

Setelah zaman berlalu dengan begitu pantas , dan setelah banyak maklumat-maklumat ilmiah berjaya dikumpulkan dengan lebih pesat lagi dan setelah maklumat dan ilmu di masa ini hanya berada “ di hujung jari sahaja “ , maka persoalan Al-Imam al-Mahdi ini lebih diketahui dengan lebih jelas lagi sehingga tiada ruang lagi untuk berijtihad dan khilaf di dalam masalah ini ! .

Sila lihat ke dalam ruangan Rujukan & Saranan Pembacaan untuk mengetahui apakah buku-buku terbaik yang membahaskan masalah Al-Imam al-Mahdi rh itu .

****************************************

Saudara bertanya lagi :

Siapakah Bani Tamim, adakah Ustaz Ashaari Syeikh Al Arqam berketerunan Bani Tamim?

Kami Menjawab pula :

Bani Tamim adalah salah-satu kabilah Arab yang berasal drp semenanjung tanah Arab ( Arab Saudi ) . Dikatakan bahawa drp kabilah inilah dipilih para pengawal sekitar al-Ka’abah al-Musyarrafah .

Kami hairan bagaimanakah Hj. Ashaari boleh mendakwa dirinya berasal drp keturunan Bani Tamim walhal setahu kami beliau sebelum ini adalah orang Negeri Sembilan dan berketurunan Jawa ? .

Kalau benar beliau berketurunan Bani Tamim , mengapakah ianya tidak dinyatakan di awal-awal penubuhan Jemaah Al-Arqam dahulu ( awal 70’an ) ? . Mengapa mesti tunggu setelah berjaya menghimpun sekumpulan ramai para pengikut yang taksub dan membabi-buta barulah dibukan “ salasilah sebenar “ itu ??? .

Lagipun, kami belum menemui mana-mana dallil-dalil yang sahih ( sepanjang pengetahuan kami yang masih sedikit ini ) yang menyatakan kelebihan Bani Tamim ataupun yang menyatakan bahawa Bani Tamim itulah yang akan menjadi tentera Imam al-Mahdi ! .

Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab rh ~ yang digelar sebagai pengasas Wahabi itupun berasal drp kabilah Bani Tamim .

Namun saya sangat yakin , Hj . Ashaari dan para pengikutnya ( Ar-Rufaqa’ ) tentu “ tidak senang duduk “ dan “ kepanasan “ jika ada mana-mana orang cuba mengaitkan beliau dengan Syeikh Muhammad Bin ‘ Abdul Wahhab rh itu !!! .

Ini disebabkan , fahaman dan ajaran yang dibawa oleh kedua-dua orang itu begitu jauh bezanya laksana “ langit dengan bumi “ .

Yang faham , sudah tentu akan tersenyum . :grin:

****************************************

Saudara bertanya lagi :

Apakah kaitannya Al Arqam dengan kemunculan imam Mahdi?

Kami Menjawab pula :

Al-Arqam mendakwa mereka tentera-tentera Imam al-Mahdi rh . Tapi sayangnya tentera ini rupa-rupanya sangat takut untuk berbincang dengan para ulama’ dan pendakwah yang sudah tahu tembelang mereka .

Bukan itu sahaja , tentera ini pula rupa-rupanya “ sangat mudah menyerah “ dan “ bertaqiyyah “ serta “ taubat olok-olok “ .

Bayangkanlah , kalau tentera terhebat yang digelar sebagai “ Tentera al-Mahdi “ ini pun boleh dipaksa “ bertaubat olok-olok “ dan boleh pula “ bertaqiyyah “ serta boleh “ ditangkap dengan mudah “ , maka betapa pula dengan para mujahidin yang masih berperang di Palestin , Iraq , Afghanistan , Mindanao , Kashmir , Chechnya dan di berbagai tempat lagi !? .

Yang kami bimbangi , di saat Imam al-Mahdi muncul nanti rupa-rupanya “ Tentera al-Arqam “ ini rupa-rupanya adalah “ Tentera Dajjal “ .

Yang menyebabkan kami hairan lagi , dalam hebat-hebat Hj . Ashaari membuat ramalan itu dan ini dengan alasan “ JADUAL ALLAH “ tapi beliau sendiri tidak mampu meramal nasibnya sendiri sampai dicekup ISA dua kali dan diranapkan organisasinya dan sampai dipaksa bertaubat olok-olok di khalayak ramai !!! .

Adakah ini rupanya panglima kanan tentera Imam al-Mahdi ? .

Budak sekolah agama darjah lima pun akan tertawa memikirkan hal ini . :eyecrazy

****************************************

Kalau saudara ada apa-apa kemusykilan lagi mengenai pegangan Jemaah al-Arqam ini silalah menziarahi kami semula . Insya-Allah kami akan cuba menyelesaikan kemusykilan saudara .

Berikut adalah saranan rujukan dan pembacaan mengenai “ Al-Arqam “ dan “ Aurad Muhammadiah “ selain drp buku-buku yang dihasilkan oleh Hj . Ashaari Muhammad sendiri .

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – AURAD MUHAMMADIAH PEGANGAN DARUL ARQAM
Terbitan : Pusat Islam ( JAKIM )

2 – DARUL ARQAM : ANTARA KEBENARAN DAN KEKELIRUAN
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rushdi Yusof ( USM ) ~ bekas pemimpin tertinggi Jemaah al-Arqam
Terbitan : Al-Ikhwan , Kepala Batas , P. Pinang ( Dis 1990 ) .
Harga : 10.00

3 – ARQAM : TERSUNGKUR DI PINTU “ SYURGA “
Oleh : Zabidi Mohamed ( Bekas Penasihat Undang-Undang al-Arqam )
Terbitan : Zabidi Publication , K. L ( 1998 )
Harga : RM 15.00

4 – AURAD MUHAMMADIAH : SATU PENYELEWENGAN ( KACA DISANGKA INTAN )
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Hashim A. Ghani ( Ketua Keluarga as-Sunnah Se-Malaysia )
Terbitan : KTF Institut , Kuala Pilah , N. Sembilan D.K ( 1988 )
Harga : RM 8.00

5 – MENGEMBALIKAN TASAWWUF DAN TARIQAT KE PANGKALNYA
Hasil Gabungan Tulisan-Tulisan : Al-Imam asy-Syeikh Abdul Qadir al-Jilani rh & Prof . Abu Bakar Jabir al-Jazairi .
Alibahasa dan susunan : al-Fadhil Ustaz Abdullah al-Qari Bin Hj. Salleh
Terbitan : Pustaka ASA ( 1991 )
Harga : RM 3. 80

6 – KEPALSUAN DI DALAM TASAWWUF
Oleh : Syeikh Prof . Abu Bakar Jabir al-Jazairi .
Terbitan : Pustaka al-Mizan , Kg. Baru , K.L ( 1991 )
Harga : RM 3.00

7 – IMAM MAHDI : PRO & KONTRA
Oleh : Ibnu Idris
Terbitan : Pustaka al-Mizan , Kg. Baru , K.L ( 1991 )
Harga : RM 3.00

8 – IMAM MAHDI : KEMUNCULANNYA DI AKHIR ZAMAN
Oleh : al-Fadhil Ustaz Hashim A. Ghani ( Ketua Keluarga as-Sunnah Se-Malaysia )
Terbitan : DINIE Publisher , Jln Masjid India , KL ( 1994 )
Harga : RM 9.00

9 – KASET CERAMAH BERTAJUK “ IMAM al-MAHDI MENURUT PERSPEKTIF al-HADIST “
Oleh : Al-‘Allamah Ustaz Muhammad Asri Yusoff al-Hafiz & Ust . Uthman el-Muhammady
Terbitan : Dirakam drp Hal-Ehwal Islam RTM .
( Insya-Allah kaset ini akan disediakan dlm bentuk MP3 dan diupload oleh Tuan Haji Kamin demi menambah koleksi maklumat audio al-Ahkam Online tidak lama lagi ……………Harap Bersabar ya ) .

P/S : Adakah al-Fadhil Ust . thtl ( ahli panel fiqh kita yang tersohor di sini ) ataupun al-Fadhil Tuan Haji Kamin ingin mengemukakan tambahan mengenai topik ini . Tafaddholla Masykurain Wa Ahlan Wa Sahlan Bikuma . :deal

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
3 / Safar / 1424 H
5 / April / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum