:salam
Ana ingin penerangan lanjut dari sesiapa yang familiar dengan sistem pinjaman rumah dan kenderaan yang dianjurkan oleh kerajaan, KWSP, TNB dll.
Adakah pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan sebanyak 4% setahun ini mematuhi piawaian syariat Islam?
Bagaimana pula dgn pinjaman pelajaran PTPTN yg disediakan oleh kerajaan? Setakat ini setahu ana belum ada lagi fatwa dr mana2 mufti negeri atau majlis fatwa kebangsaan yg mengesahkan halal atau haramnya caj 4% yg dikenakan ke atas pelajar (ianya dinamakan sebagai kos perkhidmatan di dalam perjanjian).
Jazakallah ana harapkan pd para panel al-ahkam.
:wassalam :necoraman
:wassalam
Jawab:
Pinjaman kerajaan, badan berkanun dan syarikat2 milik kerajaan spt TNB, Telekom dan Petronas adalah skim BBI (ba'ai biththaman ajil) yg dirangka dan diluluskan sejak zaman Sdr Anwar Ibrahim lagi. Kadar keuntungan 4% pada reducing balance itu sudah diluluskan oleh panel syari'ah.
Mengenai pinjaman PTPN ia adalah skim baru yg menggantikan biasiswa. Kadar 4% kepada pelajar itu adalah suatu yg tidak menasabah memandangkan mereka adalah kaum yg masih belum ada pendapatan dan ilmu adalah suatu keperluan asasi rakyat. Terdapat desakan yg kuat dari NGO, persatuan pelajar dan parti pembangkang di parlimen supaya kadar 4% itu dikaji semula. Kita tunggu perkembangan selanjutnya. WA