000002: SJ-Puasa: Masalah dari Jepun 4: Dalil Sembahyang Tar

Primary tabs

1 post / 0 new
000002: SJ-Puasa: Masalah dari Jepun 4: Dalil Sembahyang Tar

Masalah dari Jepun 4: Sembahyang Tarawih

Nama penuh: kamarularifin bin abd jalil
E-email: [email]kamarularifin@hotmail.com[/email]
Daerah: Okinawa
Negeri: Jepun
Majikan/jabatan/univ/sekolah: Okinawa International Center

Assalammualaikum wbrkt.

Di sini saya ingin menanya satu soalan berkenaan solat tarawih.

Di tempat saya menjalani kursus (Okinawa Jepun) terdapat agak ramai kaum muslimin dan muslimat (20-30 org). Daripada ramai-ramai umat Islam di sini, terdapat satu kumpulan manusia daripada sebuah negeri di Semenanjung Arab yang mengatakan di negeri mereka solat tarawih tidak dikerjakan. Alasan yg mereka gunakan ialah, tidak terdapat sebarang Nas (dalam bentuk hadis) yg boleh dijumpai di dalam kitab Sahih Bukhari atau Muslim yg mengatakan Nabi SAW pernah bersolat tarawih.
Menurut mereka lagi, solat tarawih hanya mula dikerjakan pada zaman Saidina Abu Bakar r.a melalui ijtihad.

Soalan saya :
Apakah benar tidak terdapat sebarang hadis (yg sahih kalau boleh) yg mengatakan bahawa Nabi SAW pernah bersolat tarawih ? Jika ada tolonglah berikan kepada saya agar dapat saya berikan kepada sahabat saya dari benua Arab tu. Jika tidak, bagaimana hendak meyakinkan sahabat saya itu agar sama2 menunaikan solat tarawih nanti bersama2 kami.

Jazakallah
Wassalam

----------------
Jawab

Terimakasih kerana mengunjungi aL-AHKAM online. Juga terimakasih atas soalan yang baik ini. Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya: Aisyah r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. bersembahyang di dalam masjid, lalu bersembahyanglah dengan sembahyangnya beberapa orang (sahabat), kemudian bersembahyang pada malam yang kedua, lalu bertambah ramai orang yang mengikut. Kemudia mereka berkumpul pada malam ketiga atau keempat, tetapi Rasulullah s.a.w. tidak keluar dari biliknya. Setelah pagi, baginda ersabda: Aku lihat apa yang kamu lakukan. Tidak ada yang menghalangi aku keluar padamu, melainkan aku takut akan difardukan sembahyang malam atas kamu. Dan yang demikian itu dalam bulan Ramadhan. (HR Bukhari dan Muslim)

> Hadis di atas menunjukkn bahawa sembahyang Terawih itu sunat. Begitu juga dengan perlaksanaannya secara berjamaah.

Ertinya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menggemarkan para sahabatnya mengerjakan sembahyang malam di bulan Ramadhan dengan tidak memberatkannya. Baginda bersabda: Barangsiapa berdiri dibulan Ramadhan bersembahyang malam kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharap pahala, maka diampuni baginya apa yang telah lalu dari dosanya. (HR al-jamaah)

-----------------
Kembali kepada soalan:
Masalah:
Apakah benar tidak terdapat sebarang hadis (yg sahih kalau boleh) yg mengatakan bahawa Nabi SAW pernah bersolat tarawih ?

Jawab:
Tidak benar. Kerana terdapat hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang bertaraf sahih yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengerjakan Tarawih.

Riwayat dari Bukhari dan Muslim sendiri, dan dari hadis-hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’I, al-tarmizi, Ibnu Majah dan Malik mengenai Tarawih.

Masalah:
Jika ada tolonglah berikan kepada saya agar dapat saya berikan kepada sahabat saya dari benua Arab tu.

Jawab:
Boleh ambil dan berikan dua hadis di atas. Hadis di atas adalah sahih.

Masalah:
Daripada ramai-ramai umat Islam di sini, terdapat satu kumpulan manusia daripada sebuah negeri di Semenanjung Arab yang mengatakan di negeri mereka solat tarawih tidak dikerjakan.

Jawab:
Kami agak merasa aneh dengan penjelasan ini. Negeri Arab mana? Kami biasa juga tinggal salah sebuah di negara Arab, tetapi tidak berlaku perkara ini. Atau mungkin di luar pengetauan kami.

Masalah:
Menurut mereka lagi, solat tarawih hanya mula dikerjakan pada zaman Saidina Abu Bakar r.a melalui ijtihad.

Jawab:
Ini merupakan satu fakta yang salah. Para imam ulamak dari empat mazhab telah menetapkan bahawa sembahyang Tarawih disyariatkan berdasarkan kepada perbuatan Nabi sendiri. Ia dapat kita lihat di dalam kitab-kitab dari semua mazhab.

Cuma mereka berselisih pendapat tentang tarawih yang dikerjakan secara berjamaah. Apakah ia lebih baik dikerjakan bersendirian atau berjamaah? Kemudian mereka juga berselisih pendapat tentang jumlah rakaatnya…

Mengenai sembahyang Tarawih yang dilakukan secara berjamaah telah dimulakan pada zaman Umar r.a. sebagaimana yang terdapat di dalam riwayat Bukhari dari Abdul Rahman bin Abdul Qarii.

Dan, pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda sendiri tidak melarang para sahabat mengerjakannya secara berjamaah (lihat hadis di atas).

Sekian. Wallahu a’lam
zain y.s

Rujukan
Subulus Salam - Al-Shan’ani
Nailul Authar - Al-Syaukani
Fathul Bari - Ibnu Hajar al-Asqalani