SJ – 2216 : HUKUM MENGUKIR KALIMAH “ ALLAH “ BERSEBELAHAN DG

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2216 : HUKUM MENGUKIR KALIMAH “ ALLAH “ BERSEBELAHAN DG

:salam

Apa pandangan ustaz tentang amalan mengukir kalimah `Allah' dan `Muhammad' sebelah meyebelah dan sama bentuk serta saiz, kemudian meletakkannya di dinding masjid dan sebagainya? Bukankah ia nampak seperti mewakili satu simbol `partner' kepada Allah, sedangkan kedudukan nabi dan Rasul kepada Allah bukanlah begitu. Adakah amalan ini sudah wujud sejak zaman para salafus salih lagi?

ibnu_muslim (not verified)
Re: Mengukir kalimah `Allah' bersebelahan dengan `Muhammad'

:salam

ana nak cuba menjawab , kalau salah ana harap netters yg lain boleh betulkan..

soal kalimah Allah bersebelahan dgn kalimah muhammad sepatutnya tdk di timbulkan..kalau di p.pinang , ada sebuah masjid yg org kat sana pertikaikan benda ni sampai bertegang urat..kan benda ni tak elok..masa ana kecil2 dulu , ana tak pernah dengar pun benda semacam ni timbul ini..alangkah lebih baik kalau kita berusaha ke arah perpaduan umat Islam..kalau perkara macam ni di timbulkan , manusia akan berpecah belah..dan ini akan membawa kemudharatan kpd agama itu sendiri..

soal kalimah Allah dan kalimah Muhammad tdk lain hanya sebagai perhiasan kesenian Islam..dan pekara ini tk termasuk dlm soal akidah..tok sah dok perbesaq la benda macam ni..org Islam kat m'sia ramai yg jahil..

ana tak pasti adakah ianya pernah wujud pd zaman salafus soleh atau tdk..mungkin ahli panel al ahkam boleh jawab..

:bash

Re: SJ – 2216 : HUKUM MENGUKIR KALIMAH “ ALLAH “ BERSEBELAHA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2216 : HUKUM MENGUKIR KALIMAH “ ALLAH “ BERSEBELAHAN DGN NAMA NABI MUHAMMAD S.A.W

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara Belut Pisang . Terima Kasih juga kepada saudara kita , Al-Fadhil Ustaz Ibnu Muslim daripada Kaherah yang sudi memberikan pandangannya berkenaan topik ini . Nampak gaya , beliau ni ada chance untuk dinaikkan pangkat sebagai salah-seorang moderator web kita ini . :wah

Sebelum diterangkan mengenai apakah hukum mengukir Kalimah “ Allah “ bersebelahan kalimah “ Muhammad “ ( s.a.w ) , maka sukalah kami menyarankan kepada saudara-saudari meneliti permasalahan berikut yang ada kaitan rapat dengan topik yang dikemukakan oleh Saudara Belut Pisang .

MASALAH MENGHIASI MASJID DAN MENGUKIR AYAT-AYAT SUCI DI DALAMNYA :

Sebagai mana yang telah sama-sama dimaklumi , khasnya melalui ruangan soal-jawab fiqh dan ruangan diskusi umum, bid’ah itu sendiri tidaklah berlaku di dalam permasalahan ibadat khas sahaja , malahan ianya juga berlaku di dalam persoalan hidup ataupun adat-kebiasaan .

Para Ulama’ Salafus Solihin ( rh ) dahulu memang menegah masjid-masjid daripada dihiasi dengan sebarang ukiran , khasnya di posisi mihrab , kerana itu sedikit-sebanyak boleh memberikan kesan kepada kualiti solat seseorang ( iaitu sukar khusyuk di dalam sembahyang kerana ukiran-ukiran di masjid yang indah-indah dan berwarna-warni ).

Permasalahan tersebut menyentuh kepada hiasan dalaman ( interior decor ) masjid . Contohnya ialah menggantung ataupun mengukir ayat-ayat suci yang berwarna-warni dan yang indah-indah di dinding masjid , menggantung lampu-lampu yang begitu besar dan bersinar-sinar .

Adapun hiasan-hiasan dan ukiran-ukiran di bahagian luar masjid , maka itu termasuk pula di dalam permasalahan berbangga-bangga dengan sesuatu yang mana kemungkinan besar ianya boleh membawa kepada riya’ di dalam beribadah . Dan riya’ di dalam beribadah boleh menyebabkan amalan-amalan soleh yang dilakukan itu terbatal - Wa Na’udzubilLahi Min Dzalik .

Menurut mazhab Maliki dan Hambali , perbuatan mengukir dan menghias seperti itu adalah MAKRUH kerana semuanya itu boleh menyebabkan kualiti solat seseorang itu terjejas ( kurang khusyuknya ) .

Manakala mazhab Hanafi pula membenarkan masjid-masjid diukir dengan ukiran-ukiran dan hiasan-hiasan selama mana ianya diperolehi daripada sumber pendapatan yang halal, kecuali di kawasan mihrab masjid . Sebab makruhnya itu sama dengan alasan yang diberikan oleh mazhab Maliki dan Hanafi di atas .

Jadi , alasan ataupun sebab mengapakah ukiran-ukiran itu dikatakan sebagai MAKRUH oleh Para Ulama’ Salafus Solihin ( rh ) ialah kerana boleh menyebabkan para jemaah yang menunaikan solat itu kurang kekhusyukan mereka.

Namun , jika ukiran-ukiran dan hiasan-hiasan yang dilakukan pada masjid-masjid sebagai mana di zaman-zaman keagungan kerajaan-kerajaan Islam ( yang terkenal juga dengan seni arkitek ) dengan tujuan untuk memperlihatkan kehebatan Islam dan sikap umat Islam yang menjaga masjid-masjid mereka ( agar tidak pula dikatakan umat Islam ini sebagai umat yang comot , selekah dan tidak prihatin dengan masjid-masjid mereka ) , maka TIDAKLAH MENGAPA IANYA DILAKUKAN ( Harus ) . :smirk:

Yang penting ialah jangan sampai ke membazir harta-benda walhal masih banyak lagi sektor-sektor lain dan manusia yang memerlukan harta-benda untuk menampung kehidupan mereka .

Dan perkara ini sudah pasti perlu diukur dengan Ilmu Fiqh yang mantap , khasnya penguasaan terhafap Fiqh al-Muwazanat ( Fiqh Pertimbangan ) dan Fiqh al-Awlawiyat ( Fiqh Keutamaan ) .

Dan sangatlah tidak sesuai jika sesebuah masjid itu didirikan dengan begitu mewah belanjanya dan besar pembiyaannya walhal masih ada umat Islam yang meminta sedekah , masih ada anak-anak yatim yang tidak dipedulikan nasib mereka , masih ramai anak-anak yang belajar tanpa biasiswa , masih wujud orang-orang susah yang tidak mampu menanggung kos kehidupan mereka hatta kos perubatan mereka sendiri .

Bukankah Islam sendiri – melalui lisan Nabinya s.a.w - telah mengajar bahawa sebaik-baik perkara itu ialah apabila ianya dilakukan secara sederhana !? . { ÎíÑ ÇáÃãæÑ ÃæÓØåÇ

}

Dan tidakkah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah berwasiat :


Úóäú ÃóäóÓò Ãóäøó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ÊóÞõæãõ ÇáÓøóÇÚóÉõ ÍóÊøóì íóÊóÈóÇåóì ÇáäøóÇÓõ Ýöí ÇáúãóÓóÇÌöÏö

Ertinya : Daripada Saidina Anas ( r.a ) , sesungguhnya Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : “ Tidaklah berlaku kiamat itu sehingga manusia mula berbangga-bangga dengan masjid-masjid “ ~ Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan ( rh ) melainkan al-Imam at-Tirmidzie ( rh ) .

Dan sudah tentu juga , bid’ah yang makruh ini tidak akan berjaya dibasmi dengan cara yang keras dan kasar melainkan dengan cara yang berlemah-lembut disamping sentiasa disajikan bimbingan mengenai hal tersebut . “ Tidak ada satu kekerasan yang dilakukan secara membuta-tuli melainkan akan menerima tentangan yang maha hebat !!! “ . :eww

MASALAH : MENGUKIR KALIMAH “ ALLAH “ BERSEBELAHAN KALIMAH “ MUHAMMAD “ S.A.W :

Biasa kita temui , sama ada di rumah-rumah Allah Ta’ala ataupun di rumah-rumah hamba-hamba Allah Ta’ala , beberapa ukiran dan hasil kesenian khat yang begitu indah , yang memaparkan kalimah “ Allah “ Ta’ala itu bersebelahan dengan kalimah “ Muhammad “ s.a.w . Tidakkah gabungan kalimah ini seolah-olah menunjukkan bahawa umat Islam ini mendewa-dewakan ataupun mempertuhankan Nabi Muhammad s.a.w, apatah lagi jika kedua-dua kalimah itu dibentuk dengan saiz dan warna-warni yang sama ? . Bukankah ini satu pengkultusan yang tidak dibenarkan oleh syariat kita kerana betapa hebat pun Nabi Muhammad s.a.w , baginda s.a.w tetap seorang manusia , yang sampai bila-bila tidak akan menjadi Tuhan !? .

Jawapan Kita : Sabar ! , Bawa bertenang ! ………..sabar saudara , sabar ! . Perkara semacam ini perlu penyelidikan dan perhatian yang teliti agar tidak hukum halal dan haram itu dikeluarkan sesuka hati dan tergelincir pula daripada disiplin ilmu – ilmu fatwa ( soal – jawab ) menurut kehendak Islam itu sendiri .

Kesabaran itu perlu dan ketelitian itu sangat-sangat dituntut agar jangan sampai ada yang berani “ menjual “ nama Allah Ta’ala ataupun Rasul-Nya s.a.w disebabkan kebebalan dan kebodohan sendiri .

Baiklah , kalimah “ Allah “ Ta’ala yang diukir bersebelahan dengan kalimah “ Muhammad “ s.a.w , walaupun dengan apa ukiran dan hiasan sekalipun , SAMA SEKALI TIDAK MEMBAWA KEPADA SYIRIK KEPADA ALLAH TA’ALA . Sebab tidak ada seorang pun umat Islam ( selagi akalnya sihat dan dia pernah menerima ilmu Islam walaupun setitis ) yang menganggap bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu sama sahaja dengan Allah Ta’ala !! .

Kalau perkara itu boleh dijadikan modal oleh golongan yang berfahaman “ memahami Islam secara totok dan semberono berdasarkan teks-teks semata-mata “ , maka bagaimana pula dengan kalimah di bawah ini [="”red”"]à[/] :

ÃóÔúåóÏ áóÇ Åöáóåó ÅöáøóÇ Çááøóå æÃóÔúåóÏ Ãóä ãøõÍóãøóÏñ ÑøóÓõæáõ Çááøóåõóõ

Ertinya : “ Aku bersaksi bahawa tiada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu benar-benar adalah utusan Allah “ .

Siapakah yang tidak kenal akan kalimah syahadah ini !!?? . Lihat ! , bukankah di samping nama Allah , ada juga disebut nama “ Muhammad “ ( s.a.w ) . Apakah masuk akal juga jika dikatakan bahawa kalimah seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi syirik walhal inilah dia kalimah yang memisahkan di antara iman dan syirik , dan di antara Islam dan kufur !!?? .

Apakah hikmah nama Nabi Muhammad s.a.w diabadikan bersama-sama nama Tuhan Yang Maha Mulia , Allah Subhanahu Wa Ta’ala !? . Jawapannya terlalu luas dan panjang yang memerlukan sebuah kuliah khas dan memerlukan “ kitab pengajian “ . Secara rigkasnya ialah : Nama Baginda Rasulullah s.a.w dipilih berada di samping nama Allah Ta’ala dan dibaca oleh setiap orang Islam , khasnya di dalam sembahyang sebagai menunjukkan pengiktirafan Allah Ta’ala terhadap Nabi Muhammad s.a.w bahawa baginda s.a.w adalah benar-benar utusan dan pesuruh Allah Ta’ala , dan baginda s.a.w adalah merupakan makhluk yang paling mulia dan dikasihi oleh Allah Ta’ala – Solli ‘Alan Nabiyina al-Mustafa !!! ( Berselawatlah ke atas Nabi kita s.a.w ) .

Memang ada umat Islam yang salah-faham terhadap agama Islam ini , bahkan ramai di kalangan mereka itu sendiri yang tidak mahu mengambil-berat mengenai agama Allah Ta’ala ini !.

Maka disebabkan sikap ini , lahirlah pula sikap TOTOK & SEMBERONO , yang mana ianya juga terkena pada pemikiran sebahagian yang mempelajari agama Islam secara khusus , malahan ada juga yang digelar “ ustaz /ustazah “ yang masih tidak dapat mengikis dua sikap tadi daripada benak fikiran mereka .

Hasilnya , timbullah satu fahaman yang dikenali sebagai ISLAM HARFI ( bukannya Harfiah : Sistem Terjemahan Al-Quranul Karim ) ataupun ISLAM ZAHIRI ( bukan mazhab Imam Daud az-Zohiri rh ) yang mana mereka daripada kumpulan ini memahami Islam secara tekstual semata-mata tanpa mahu menilai daripada sudut maqasid asy-syari’ah ( tujuan dan hikmah syariat Islam ) .

Akhirnya keluarlah jawapan-jawapan agama secara tidak teliti lagi hasil daripada sikap fahaman yang totok @ jumud @ lurus-bendul yang kemudiannya melahirkan pula sikap yang semberono di dalam memberikan jawapan-jawapan agama .

Lalu keluarlah beberapa kalam yang ganjil dan melucukan , yang mana Islam sama-sekali tidak ada kitan dengannya , seperti :

“ Haram memakai kain sarung ketika sembahyang kerana kain itu sendiri terbuka di bawahnya – tidak berjahit seperti seluar – dan ianya boleh menampakkan aurat kita “ .

“ Semua seluar tak boleh melepasi buku lali , tak kiralah sama ada berniat untuk riya’ ataupun tidak . Sebab Nabi s.a.w dah larang . Bila Nabi s.a.w larang, jangan sibuk-sibuk nak tanya apa sebabnya dan jangan banyak songel “.

“ Haram menaiki motorsikal kerana ianya boleh membawa kepada maut . Dan setiap yang bahaya itu adalah haram “ .

“ Haram mengambil gambar “ ( Walhal tidak pula mereka ini mengharamkan lukisan raja mereka yang tertera di duit kertas negara mereka ) .

“ Tidak boleh mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kenderaan , apatah lagi bank konvesional yang mengamalkan riba’ sebab kita masih belum betul-betul dharurat . Dharurat ialah kalau ada orang letak pedang memaksa kita melakukan sesuatu yang haram . Sekarang , kalau kamu tak ada kereta , apakah ada orang kafir yang akan memancung kamu ? “ .

“ Ooo ! tidak boleh dilakukan perancang keluarga kerana itu bermakna kita menolak anugerah Allah Ta’ala “ .

“ Ooo ! tak boleh seseorang suami itu memakai kondom ataupun menumpahkan air maninya di luar rahim ketika bersetubuh dengan isterinya sebab itu sama hukumnya dengan membunuh anak “ .

“ Orang yang mengikut hawa nafsunya sesungguhnya telah murtad , kerana dia telah menyembah dirinya sendiri dan melantik dirinya sebagai Tuhan kedua selain daripada Allah Ta’ala “

“ Nasyid adalah haram dan bid’ah , kerana ianya tidak pernah ada di zaman Nabi s.a.w . Tidak kiralah apa bentuk sekalipun , sama ada yang berunsur moden ataupun yang hanya menggunakan kompang , ataupun yang tiada alat-alat muziknya . Semua itu adalah harammmmmm………….dan nak ajar anak nama-nama Allah dan Para Rasul , tak perlu dengan menasyid . Ajar sahaja macam membaca buku itu “ .

Inilah di antara “ fatwa-fatwa “ pelik lagi ganjil “ yang kebanyakkannya dikeluarkan oleh “ Ulama’ dan Mufti Kedai Kopi “ ( sambil main dam haji , sambil gulung rokok daun dan sambil berbicara hal-ehwal Islam tanpa memiliki ilmu yang mantap mengenainya .

Fahaman yang totok , jumud , semberono dan seumpamanya ini TIADA KAITAN dengan fahaman Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab ( rh ) , TIDAK ADA KENA – MENGENA pula dengan fahaman Ahli Hadist , A. Hassan Bandung , Kaum Muda – Kaum Tua , Pelajar-pelajar pondok dan sekolah agama rakyat , Aliran Tradisional , Puak Sufi , Mazhab Zahiri , Alumni Universiti Abu Bakar di Karachi , BAHKAN SEBENARNYA ianya lahir disebabkan kebebalan dan kejahilan serta kebodohan mengenai selok-belok pengetahuan agama Islam itu sendiri .

Natijahnya , lahirlah SALAH FAHAM terhadap Islam dan permasalahan-permasalahannya . Dan Almarhum Al-‘Allamah Syeikh Soleh Al-‘Utsaimin ( rh ) sendiri di dalam salah-satu majlis ceramahnya di Bandar Riyadh pernah menyatakan bahawa: “ Salah faham terhadap sesuatu perkara lebih besar bahayanya daripada tidak tahu langsung akan perkara itu !!! “ .

Dan kami kira saudara sendiri sudah memahaminya dengan berkat Taufiq dan ‘Inayah daripada Allah Ta’ala.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan kita daripada salah – faham terhadap agama kita sendiri . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

****************************************

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

AL – IBDAA ‘ FI MADHORIL IBTIDAA’
Oleh : Almarhum Al-‘Allamah Syeikh ‘Ali Mahfuz ( rh ) – AJK Ulama’ Tertinggi Al-Azhar
Halaman : 183 – 184
Terbitan : Daruk I’etisom , Kaherah ( 1978 )

AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Asy-Syeikh ‘Atiah Saqr ( rh ) – Bekas Pengerusi Fatwa Al-Azhar
Jilid 2 , Bhg ke-8 , ms 359 / Jilid 4 , Bhg ke-18 , ms 388


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
27 / Dzulqa’edah / 1423 H
29 / Januari / 2003 M

RABU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum