Assalamualaikum... ana ada sedikit kemusykilan...
Daripada manakah datangnya ucapan kama sollaita'ala ali ibraahiim... (dan seterusnyya...)? Adakah ia betul-betul warid daripada Rasulullah S.A.W.? Dalilnya?
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamualaikum... ana ada sedikit kemusykilan...
Daripada manakah datangnya ucapan kama sollaita'ala ali ibraahiim... (dan seterusnyya...)? Adakah ia betul-betul warid daripada Rasulullah S.A.W.? Dalilnya?
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2217 : ASAL-USUL SELAWAT “ KAMA SOLLAITA …”
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan Saudara VhoutenJr daripada jajahan Pasir Puteh , Kelantan D. N .
Ucapan “ KAMA SOLLAITA ‘ALA ALI IBRAHIM “ sememangnya mempunyai contoh yang pasti ( sahih ) daripada Baginda Rasulullah s.a.w sendiri .
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , saya menjemput saudara dan sidang pengunjung Al-Ahkam.Online sekalian memerhatikan jawapannya yang pernah kami berikan .
****************************************
Tajuk : SJ - 1931 : KENAPA BERSELAWAT KE ATAS NABI IBRAHIM A.S ?
Sumber Asal : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8343
SOALAN :
Assalamualaikum wbt ,
Tuan Panel,
Mengapa kita berselawat ke atas Nabi Ibrahim a.s di dalam sembahyang ? . Harap dapat penjelasan yang sewajarnya.
Terima Kasih . Wassalam
JAWAPAN :
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan saudari tersebut . Alhamdulillah , berikut ini adalah jawapan-jawapannya :
1 – Ya memang benar , di dalam sembahyang kita diajar agar berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad s.a.w , di samping itu , kita juga diajar agar turut sama berselawat ke atas Baginda Nabi Ibrahim a.s . Selawat yang menggabungkan di antara kedua-dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi s.a.w itu digelar oleh para ulama’ sebagai “ Selawat Ibrahimiyyah “. Hadis yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar s.a.w itu adalah hadis yang sahih , yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rh dan Imam Ibnu Khuzaimah rh ( Hadis ke-336 , Kitab Bulughul Maram , karangan Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqalaniy ). Lafaznya ialah :
Çááøóåõãøó Õóáøö Úóáóì ãõÍóãøóÏò æóÚóáóì Âáö ãõÍóãøóÏò ßóãóÇ ÕóáøóíúÊó Úóáóì Âáö ÅöÈúÑóÇåöíãó æÈóÇÑößú Úóáóì ãõÍóãøóÏò æóÚóáóì Âáö ãõÍóãøóÏò ßóãóÇ ÈóÇÑóßúÊó Úóáóì Âáö ÅöÈúÑóÇåöíãó óÝöí ÇáúÚóÇáóãöíäó Åöäøóß ÍóãöíÏñ ãóÌöíÏñ
2 – Kita melakukannya disebabkan sebab-sebab berikut :
a – Kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang mengajarkannya dan memberikan contohnya kepada kita , walhal kita wajib mengikuti ajaran Baginda s.a.w - Firman Allah Ta’ala di dalam Al-quran Al-Karim ;
æóãóÇ ÂÊóÇßõãõ ÇáÑøóÓõæáõ ÝóÎõÐõæåõ æóãóÇ äóåóÇßõãú Úóäúåõ ÝóÇäÊóåõæÇ
Ertinya : “…..Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. …. “ ~ ( Al-Hasyr : Ayat 7 )
b- Ianya merupakan satu penghormatan kepada Nabi Ibrahim a.s yang digelar sebagai “ Bapa Para Nabi a.s “ , Apatah lagi Baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s dan sekaligus jika Baginda a.s adalah datuk kepada Rasulullah s.a.w , maka Baginda s.a.w juga adalah Nabi dan juga datuk kepada semua orang-orang Islam .
c – Kekalnya nama Baginda Nabi Ibrahim a.s di dalam bacaan Tahiyat di dalam sembahyang kita , adalah merupakan satu penghormatan & doa yang dikabulkan oleh Allah Ta’ala kepada Baginda a.s . Firman Allah Ta’ala yang menggambarkan kisah permohonan doa Nabi Ibrahim a.s kepada-Nya :
ÑóÈøö åóÈú áöí ÍõßúãðÇ æóÃóáúÍöÞúäöí ÈöÇáÕøóÇáöÍöíäó
Ertinya : “(Nabi Ibrahim berdo'a): "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, ( 83 ) .
æóÇÌúÚóá áøöí áöÓóÇäó ÕöÏúÞò Ýöí ÇáúÂÎöÑöíäó
Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian (84 ) ~ Surah Asy-Syu’araa’
d- Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai “ KhalilulLah “, manakala Nabi Muhammad s.a.w pula digelar sebagai “ HabibulLah “. Kedua-dua gelaran itu bermakna : KEKASIH ALLAH TA’ALA , akan tetapi perkataan “ Habib “ pada “ HabibulLah “ itu lebih bermakna yang paling dikasihi oleh Allah Ta’ala . Jadi , Nabi Muhammad s.a.w merupakan makhluk yang paling dikasihi dan dicintai oleh Allah Ta’ala . Dan dengan berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar s.a.w itu , ianya merupakan satu penghormatan pula kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
29 / Dzulqa’edah / 1423 H
31 / Januari / 2003 M
JUMAAT – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum