Assalamualaikum…
Ana ada sedikit kemusykilan…
Kalau kita membicarakan sesuatu berkenaan dengan Allah….spt “semua ni kuasa Tuhan…” biasanya seseorang itu akan menunjukkan jari dan tangannya kea rah langit… Bolehkah begitu? Adakah arasy itu dirujuk berada di “atas” !? Macam mana ni….!?
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2319 : ISYARAT KE ATAS = ‘ARASY ALLAH TA’ALA ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr daripada “ Negeri Serambi Mekkah “ yang sentiasa mengunjungi kami di web al-Ahkam.net serta tahniah dan syabas di atas minat saudara di dalam mempelajari selok-belok pengetahuan Islam .
Sebelum dilanjutkan jawapan mengenai soalan di atas, sangat baik kiranya kita sama-sama memerhatikan apakah sebenarnya “ Arasy “ itu .
ARASY ÚóÑúÔ
Ketahuilah kiranya hai saudaraku , semoga Allah merahmati hidupmu senantiasa ! .
Di dalam Al-Quranul Karim sendiri terdapat banyak perkataan yang menyebut mengenainya , di antaranya :
ÇáøóÐöíäó íóÍúãöáõæäó ÇáúÚóÑúÔó æóãóäú Íóæúáóåõ íõÓóÈøöÍõæäó ÈöÍóãúÏö ÑóÈøöåöãú æóíõÄúãöäõæäó Èöåö æóíóÓúÊóÛúÝöÑõæäó áöáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÑóÈøóäóÇ æóÓöÚúÊó ßõáøó ÔóíúÁò ÑøóÍúãóÉð æóÚöáúãðÇ ÝóÇÛúÝöÑú áöáøóÐöíäó ÊóÇÈõæÇ æóÇÊøóÈóÚõæÇ ÓóÈöíáóßó æóÞöåöãú ÚóÐóÇÈó ÇáúÌóÍöíãö
Ertinya : “( Malaikat-malaikat ) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala “ ~ Surah Ghafir ( Al-Mukmin ) , ayat 7 .
æóÊóÑóì ÇáúãóáóÇÆößóÉó ÍóÇÝøöíäó ãöäú Íóæúáö ÇáúÚóÑúÔö íõÓóÈøöÍõæäó ÈöÍóãúÏö ÑóÈøöåöãú æóÞõÖöíó Èóíúäóåõã ÈöÇáúÍóÞøö æóÞöíáó ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö ÑóÈøö ÇáúÚóÇáóãöíäó
Ertinya : “ Dan kamu (Wahai Muhammad ! ) akan melihat malaikat-malaikat berlingkaran di sekeliling 'Arasy bertasbih sambil memuji Tuhannya; dan diberi keputusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkan: "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam “ ~ Surah az-Zumar , ayat 75 .
æóÇáúãóáóßõ Úóáóì ÃóÑúÌóÇÆöåóÇ æóíóÍúãöáõ ÚóÑúÔó ÑóÈøößó ÝóæúÞóåõãú íóæúãóÆöÐò ËóãóÇäöíóÉñ
Ertinya : “ Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka “ ~ Surah al-Haqqah , ayat 17 .
Apakah pula ‘Arasy itu ?
‘Arasy menurut pengertian asalnya di dalam B. Arab ialah singgah-sana seorang raja .
Tapi menurut pengertian Tauhid ( ‘Aqidah ) pula ada ia adalah singgah-sana bagi Allah Ta’ala selaku Tuhan dan Maharaja yang menguasai seluruh alam semesta .
Di dalam “ kitab-kitab tua “ yang biasanya dipelajari oleh datuk-nenek kita dahulu , terdapat berbagai perbahasan mengenai hakikat ‘Arasy itu .
Saya tidak berminat untuk menyatakan di sini berbagai takrif yang “ dikatakan “ ianya menggambarkan hakikat ‘Arasy itu dengan mencedok “ kitab-kitab tua “ itu . Ini disebabkan itu semua hanyalah pandangan semata-mata , boleh jadi benar dan boleh jadi sebaliknya .
Allah Ta’ala sendiri tidak pernah memberitahu kepada kita apakah hakikat sebenar ‘Arasy itu dan begitulah juga Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menyatakan hakikatnya secara detail lagi terperinci mengenainya .
‘Arasy adalah termasuk salah-satu perkara ghaib yang wajib diimani wujudnya oleh setiap orang yang mengaku sebagai muslim , namun kita tidak pula dituntut untuk mengetahui rupa-bentuknya dan hakikatnya secara terperici .
Bagaimana boleh dinyatakan hakikatnya begitu dan begini walhal Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui segala-galanya itu sendiri tidak pernah memberitakan mengenainya secara terperinci ?.
Tidak semua yang ditulis di dalam “ kitab-kitab tua “ ( dan kitab-kitab sekarang juga ) boleh diterima bulat-bulat ( taqlid buta ) kerana ia adalah laksana bahan mentah yang belum diproses dan ditapis .
Bahkan sebenarnya ianya perlu diproses dan ditapis dengan penapis yang tidak akan tembus iaitu dengan kenyataan-kenyataan Al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .
Apatah lagi kalau dicedok fahaman-fahaman yang bukan berasal drp Islam ( seperti ajaran Budha dan Yahudi Israel ) untuk menerangkan hakikat ‘Arasy , sudah tentulah ianya tidak sesuai kerana Islam itu sendiri sudah sempurna dan tidak memerlukan lagi sebarang huraian daripada mana-mana agama dan fahaman yang tidak berasal daripada Islam itu sendiri !.
Jawapan ini tidaklah sama sekali bertujuan untuk menghina mana-mana ulama’ rh yang telah menaburkan jasa-bakti mereka terhadap umat Islam , akan tetapi demi melaksanakan amanah ilmu itu sendiri , iaitu dengan menyaring kembali semua pandangan-pandangan mereka dan diletakkan di atas neraca ilmu yang paling benar iaitu Al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .
Menghormati para ulama’ rh bukanlah dengan cara “ menelan bulat-bulat “ segala pandangan dan teori mereka tanpa usul-periksa , akan tetapi menghormati mereka ialah dengan menimbang-nimbang kembali segala tulisan dan kata-kata mereka menurut neraca Al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .
Pendek kata : Wajib beriman dengan adanya ‘Arasy kerana ianya telah dibuktikan dengan dalil-dalil yang kukuh dan kemas ( seperti ayat-ayat di atas ) dan kita menyerahkan kepada Allah Ta’ala mengenai hakikatnya yang sebenar tanpa perlu “ bersusah-payah “ mencari-cari apakah ia sebenarnya .
Namun perlu diingat !!! :
1 – ‘Arasy Allah Ta’ala tidaklah sama sekali sama dengan singgah-sana mana-mana raja yang kita pernah lihat di atas di atas muka bumi ini . Dan Allah Ta’ala itu sendiri tidak sama langsung dengan mana-mana makhluk-Nya .
2 – ‘Arasy yang Allah Ta’ala ciptakan itu TIDAKLAH BERMAKNA ianya menjadi keperluan bagi Allah Ta’ala , kerana Allah Ta’ala sendiri tidak memerlukan ( tidak berhajat kepada ) mana-mana makhluk-Nya sebagai mana seorang raja itu perlu pula kepada adanya singgah-sana baginya .
3 – Hikmah diciptakan ‘Arasy itu hanyalah diketahui sebenar-benarnya oleh Allah Ta’ala Yang Maha Bijaksana . Dan sifat “ Bijaksana “ ini ialah meletakkan sesuatu kena ( sesuai ) pada tempatnya . Dan disebabkan sifat “ Maha Bijaksana ( Al-Hakim ) itu sendiri merupakan salah-satu sifat Allah Ta’ala , maka sudah tentu tidaklah sia-sia ‘Arasy itu diciptakan oleh Allah Ta’ala Yang bersifat “ Al-Hakim “ .
****************************************
Jawapan Kami :
Sebagai mana yang kita telah nyatakan di atas , hakikat ‘Arasy itu sendiri hanya diketahui oleh Allah Ta’ala . Termasuklah di manakah ia sebenarnya dan bagaimanakah rupa-bentuknya yang sebenar .
Sesuatu yang dianggap mulia , sudah tentulah diletakkan di tempat yang agak tinggi seperti kita meletakkan mushaf Al-Quranul Karim lebih tinggi drp mana-mana buku ( bahan bacaan ) .
Kita memuliakan ( menghormati ) kopiah ataupun songkok kita kerana biasanya kita memakainya tatkala hendak menunaikan sembahyang , kerana itu ia diletakkan di atas ( kepala ) , bukannya di bawah ( kaki ) .
Kita menamakan orang-orang yang mulia sebagai “ orang atasan “ menunjukkan mereka itu adalah satu golongan yang lebih terpandang mulia berbanding orang selain mereka .
Perbuatan “ menunjuk ke atas dengan jari “ itu bukanlah bermakna kita percaya bahawa ‘arasy itu betul-betul berada di atas langit tertentu ( di lapisan yang mana satukah dan berapakah jaraknya k.m drp bumi ) , ataupun ianya berada selepas Planet Pluto , ataupun ianya berada nun lebih jauh daripada Planet Marikh . Ini disebabkan kita sendiri tidak mengetahui secara terperinci di manakah sebenarnya kedudukan ‘arasy itu .
Maka begitulah juga apabila kita bercakap mengenai ‘Arasy Allah Ta’ala , jari kita akan menunjuk ke atas sebagai simbol bahawa ‘arasy Allah Ta’ala itu adalah sangat mulia dan sangat tinggi kedudukannya .
Tidaklah perlu dipersoalkan di manakah pula sebenarnya ‘Arasy itu apabila kita mengisyaratkan ketinggiannya dan kemuliaanya dengan jari kita kerana di mana pun kita berada , kita tetap berada di bawah kekuasaan dan taklukan Allah Ta’ala selaku Tuhan Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa .
Sekian . Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
AL-IBANAH ‘AN USULID DIYANAH
Oleh : Imam al-Ummah Abul Hasan al-Asya;ari ( rh )
Komentar dan semakan oleh : Syeikh Basyir Muhammad ‘Uyun
Halaman : 97 - 103
Maktabah Darul Bayan , Damsyiq
HASYIAH IMAM al-BAIJURI RH ‘ALA JAUHARAH at-TAUHID
Komentar & Semakan semula oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. ‘Ali Jum’ah Muhd asy-Syafi’e ( ha )
Halaman : 296 - 297
Darus Salam , Kaherah
AL-MUKHTASAR al-MUFID FI SYARH JAUHARAH at-TAUHID
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Dr. Nuh ‘Ali Salman al-Qudhah ( ha )
Halaman : 192 - 194
Darul ar-Razi , ‘ Amman , Jordan
KAMUS PENGETAHUAN ISLAM
Oleh : ( Datuk ) Hj. Dasuki Hj. Ahmad
Halaman : 39 - 40
YADIM - 1976
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
28 / Dzulhijjah / 1423 H
1/ Mac / 2003 M
SABTU – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum