SJ – 2363 : ERTI MENYERUPAI ORANG BUKAN ISLAM

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2363 : ERTI MENYERUPAI ORANG BUKAN ISLAM

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Ttg hadis, “man tasyabbaha biqoumin, fahua minhum”… Apakah hukm sebenar apabila seseorang itu menyerupai sesuatu kaum yang lain? Atau…apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ungkapan “kaum” itu dalam erti kata yang sebenar?

WA

Re: SJ – 2363 : ERTI MENYERUPAI ORANG BUKAN ISLAM


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2363 : ERTI MENYERUPAI ORANG BUKAN ISLAM

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VHoutenJr yang sering bersama-sama kami mengembara ke alam khazanah ilmu-ilmu Islam yang tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan .

Hadist yang menjadi topik perbahasan kita kali ini memang hadist yang cukup TOP TEN di dalam carta ilmu perbendaharaan umat Islam.

Marilah kita sama-sama mempelajarinya :

Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda :


Úóäö ÇÈúäö ÚõãóÑó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãóäú ÊóÔóÈøóåó ÈöÞóæúãò Ýóåõæó ãöäúåõãú

Ertinya : Daripada Ibnu Umar ( r.a ) dia berkata : Baginda RasululLah s.a.w pernah bersabda : “ Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka “ ~ Hadits Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Daud ( rh ) di dalam sunannya ( 4 / 4031 ) Huraiannya di dalam “ Aunul Ma’abud “ ( No . 4026 - Kitab al-Libas) , Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya ( 2 / 50 ) , Musnad asy-Syihab ( 1 / 390 ) , Nawadir al-Usul Lil Imam at-Tirmidzie ( Bhg 1 / Ms 375 & Bhg 2 / Ms 23 ) , Kasyful Khafa’ oleh al-Imam al-‘Ajluni ( No . 2436 ) dan Imam as-Suyuti di dlm “ al-Jamie’ as-Soghir “ ( 8593 ) .

HURAIANNYA :

“ Menyerupai “ boleh juga diertikan sebagai “ menyamai “ , “ meniru-niru “ , “ mengajuk-ngajuk “ dan sebagainya .

Kalau perkataan ini kita fahami secara umum , sudah tentu ianya tidak sesuai dengan tuntutan Islam yang memudahkan umatnya . Tidak sesuai dipakai erti “ menyerupai “ secara umum ( mutlak ) kerana di dalam kehidupan kita sehari-hari sendiri banyak perkara yang sama di antara kita dengan orang-orang bukan Islam .

Contohnya : Kita menaiki kenderaan , mereka ( non-muslims ) juga menaiki kenderaan .

Kita ke sekolah , mereka pun ke sekolah .

Kita makan pakai tangan , mereka pun makan pakai tangan .

Kalau kita makan dengan sudu dan garpu , mereka pun begitu juga .

Kalau kita pakai kemeja dan seluar , mereka pun begitu juga .

Kalau kita ada rumah batu , mereka pun ada rumah batu juga .

Pendek kata : Banyak perkara yang serupa yang kita dan mereka lakukan di dalam kehidupan sehari-hari .

JADI APAKAH ERTI SEBENARNYA :

Sebenarnya umat Islam dilarang menjadikan orang-orang bukan Islam sebagai idola mereka dan meniru-niru pula cara hidup mereka . Ini disebabkan umat Islam adalah umat yang terbaik di sisi Allah Ta’ala dan merekalah yang sepatutnya ditiru ., bukannya meniru .

Namun – Inna LilLahi Wa Inna Ilaihi Raji’un – umat Islam di akhir zaman terbalik pula jadinya , mereka bukan sahaja terikut-ikut dengan cara kehidupan orang-orang bukan Islam yang tidak sesuai dengan ajaran Islam , bahkan kadang-kadang di dalam aqidah dan ibadah sekalipun , mereka turut mengikut kelakuan orang-orang kafir itu .

Lantaran itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda dengan maksudnya :

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Kamu pasti akan mengikuti sunnah ( cara ) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhob sekalipun, kamu tetap akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani ? . Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi ? “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim ( rahimahumalLah ) .

Sebagaimana yang telah kita nyatakan di atas , demi mengekalkan jati diri dan syaksiah umat Islam , maka mereka dilarang menyerupai orang-orang bukan Islam . Larangan ini merangkumi :

1 – Aqidah dan Kepercayaan – Tidak boleh sama sekali menganut apa-apa aqidah , kepercayaan dan ideologui yang tidak berasal daripada ajaran Islam ( Al-Quranul Karim dan as-Sunnah as-Sahihah ) .

2 – Ibadah – Tidak boleh memandai-mandai sendiri “ mereka-cipta “ ibadah mengikut sesuka hati sendiri kerana itu adalah perbuatan para pendita golongan bukan Islam .

3 – Akhlak & Kehidupan sehari-hari – Tidak boleh meniru-niru orang-orang bukan Islam di dalam akhlak dan kehidupan sehari-hari kecuali di dalam perkara-perkara yang dibenarkan .

Contoh yang dibenarkan :

A – Mencontohi Bangsa Jepun yang gigih berkerja dan menepati masa ( walhal kedua-dua itu adalah tuntutan Islam , namun disebabkan umat Islam sendiri melupai ajaran Islam , maka umat lainlah yang mempelopori nilai-nilai murni yang diajar oleh Islam ) .

B – Mencontohi sikap masyarakat Barat yang pandai menjaga kebersihan ( walaupun kebersihan zahir sahaja ) .

C – Mencontohi sikap masyarakat Cina yang gigih berkerja dan berusaha ( anak mereka kalau tak lulus PMR terus kerja sebagai kuli di workshop dan selepas 10 tahun kuli ini akan menjadi tokey besar . Tapi anak Melayu , lepas PMR tak mahu kerja , tak mahu belajar lagi , masuk SAR dan Pondok pun takut dituduh “ pengganas “ dan “ militan “ , akhirnya menjadi seorang “ doktor sendiri “ yang berjaya disumbatkan ke pusat – pusat serenti ) .

D – Orang-orang bukan Islam berpakaian neck tie ( bertali leher ) , berkot , berkemeja dan sebagainya . Tidaklah salah umat Islam hendak memakai pakaian seperti ini sebab tiada dalil yang menegaskan bahawa pakaian umat Islam HANYALAH serban dan jubah semata-mata !.

E – Walaupun boleh berpakaian seperti mereka , tetapi ada cara berpakaian YANG HARAM DITIRU BAHKAN IANYA BOLEH MEMBAWA KEPADA MURTAD PULA seperti pakaian-pakaian khas yang dipakai oleh pendita-pendita ataupun sami-sami mereka ataupun MEMAKAI RANTAI BERSALIB .

Umat Islam yang pernah berlakon sebagai seoang Sami Budha yang berpakaian lengkap berwarna kuning @ merah dan berkepala botak , seorang paderi yang menggantungkan salib di tengkuknya , berlakon menyembah berhala-berhala yang dipuja-puja mereka ini WAJIBLAH DINASIHATI DAN DIMINTA AGAR BERTAUBAT SEGERA ! .

Ertinya di sini , selagi ada ruang yang BOLEH KITA BERBEZA dengan mereka , maka WAJIBLAH KITA BERBEZA dengan mereka ! . :non

Tetapi jika tiada ruangan yang membolehkan kita berbeza dengan mereka , maka tidak mengapa kita menyerupai mereka itupun di dalam ruang dan batas-batas yang terhad . Contohnya di dalam menggunakan sains teknologi yang mereka hasilkan disebabkan kita sendiri lemah daripada mencipta rekaan-rekaan baru seperti itu . Dan kelemahan kita itu tidak syak lagi disebabkan kita sendiri lupa dan lalai daripada ajaran-ajaran agama kita yang suci ini !!! . :buttrock

Untuk lebih mendalami mengenai topik ini , sila kunjungi :

SJ – 2162 : HUKUM MENGHIASI RUMAH DENGAN “ POKOK KRISMAS “
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9712 :bash


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
9 / Muharram / 1424 H
12 / Mac / 2003 M

RABU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum