SJ – 2377 : MEMBEZA-BEZAKAN DI ANTARA PARA RASUL A.S

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2377 : MEMBEZA-BEZAKAN DI ANTARA PARA RASUL A.S

Al-Quran (3:84) menyatakan yang orang Islam tidak membeza-bezakan (differentiate) antara Nabi-nabi. Tetapi kenapa penghormatan yang kita berikan apabila nama-nama mereka disebut berbeza-beza, contohnya SAW untuk nabi Muhammad dan AS untuk nabi-nabi lain.

Allah juga menyatakan dalam al-Quran yang nabi Muhammad adalah penutup kenabian (seal of prophethood), tetapi dari mana pula sumbernya datang kepada kita yang Nabi Muhammad adalah `penghulu segala nabi'(sayyidul mursalin).

Saya juga hairan, kenapa ulama-ulama dahulu berminat mencari, mengkaji dan menulis kelebihan-kelebihan nabi Muhammad, seolah-olah ingin menonjol kelebihan nabi Muhammad(saw) berbanding nabi-nabi lain. Bukankah perkara sebegini tidak relevan dan `useless' kerana tugas rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah yang esa dan supaya tidak menyekutukannya. Bukankah agama di sisi Allah itu satu (and the same) sahaja yang telah dibawa oleh Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Saya meminta maaf sekiranya soalan saya `pelik' sikit, tetapi saya berharap ustaz dapat memberi penjelasan.

Terima kasih !

Re: SJ – 2377 : MEMBEZA-BEZAKAN DI ANTARA PARA RASUL A.S


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2377 : MEMBEZA-BEZAKAN DI ANTARA PARA RASUL A.S

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Belut Pisang di atas soalan yang dikemukakan . Dan kami memohon ribuaan kemaafan di atas kelewatan kami memberikan jawapan bagi soalan tersebut .

Kami akan cuba menyelesaikan permasalahan yang berlegar-legar di fikiran saudara dan akan kami cuba memberikan “ penawar yang mujarab “ mengikut sedikit ilmu yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada kami .

Quote:
Al-Quran (3:84) menyatakan yang orang Islam tidak membeza-bezakan (differentiate) antara Nabi-nabi. Tetapi kenapa penghormatan yang kita berikan apabila nama-nama mereka disebut berbeza-beza, contohnya SAW untuk nabi Muhammad dan AS untuk nabi-nabi lain.

JAWAPAN : Soalan ini berkaitan dengan Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Baqarah , ayat 285 :


Âãóäó ÇáÑøóÓõæáõ ÈöãóÇ ÃõäÒöáó Åöáóíúåö ãöä ÑøóÈøöåö æóÇáúãõÄúãöäõæäó ßõáøñ Âãóäó ÈöÇááøåö æóãóáÂÆößóÊöåö æóßõÊõÈöåö æóÑõÓõáöåö áÇó äõÝóÑøöÞõ Èóíúäó ÃóÍóÏò ãøöä ÑøõÓõáöåö æóÞóÇáõæÇú ÓóãöÚúäóÇ æóÃóØóÚúäóÇ ÛõÝúÑóÇäóßó ÑóÈøóäóÇ æóÅöáóíúßó ÇáúãóÕöíÑõ

Ertinya : “Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan di antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami ta'at." (Mereka berdo'a): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."

Perkara yang saudara tidak faham ialah : "Kami tidak membeza-bezakan di antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya". Bagaimanakah dikatakan kita ini orang-orang Islam tidak membeza-bezakan di antara para rasul a.s itu walhal kelihatan kita lebih mengutamakan Nabi Muhammad s.a.w daripada selain baginda s.a.w .

Maksud : “ MEMBEZA-BEZAKAN “ di sini bukanlah sebagai mana yang saudara fahami itu . Dan di sinilah pentingnya kita mendapat pendidikan agama yang mantap semenjak kecil lagi dan diteruskan dengan sentiasa menghadapi majlis-majlis pengajian agama apabila umur semakin meningkat .

Maksud : “ MEMBEZA-BEZAKAN “ di dalam ayat itu ialah : “ Kita orang-orang Islam tidaklah membeza-bezakan di antara semua nabi a.s itu sebagai mana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian . Orang-orang Yahudi beriman dengan Nabi Musa a.s kerana baginda a.s membawa peraturan dan pedoman melalui kitab Taurat . Dalam masa yang sama , orang-orang Yahudi itu sendiri tidak beriman malahan pernah cuba melakukan “ konspirasi jahat peringkat tertinggi “ untuk membunuh Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w serta para pengikut kedua-dua rasul yang mulia itu . Dan dalam masa yang sama orang-orang Yahudi juga mengatakan bahawa Nabi ‘Uzair a.s adalah “ anak Tuhan “ ( Son Of The God ) .

Orang-orang Kristian juga begitu , mereka beriman ( konon-kononnya ) dengan Para Anbiya’ a.s akan tetapi mereka tidak pula beriman , malahan memusuhi Nabi Muhammad s.a.w selaku “ penutup segala nabi dan rasul a.s “ . Selain itu , di dalam doktrin tri-tunggal ( trinity ) yang menjadi teras keimanan Kristian sekarang , mereka juga menganggap bahawa Nabi Isa a.s adalah “ Anak Tuhan “ .

Adakah orang-orang Islam beriman dengan sebahagian rasul dan nabi a.s dan di dalam masa yang sama kufur ( engkar dan tidak beriman ) dengan sebahagian lain dari kalangan mereka a.s ??? .

Soalan saudara di atas juga kami boleh jawab dengan “ YA “ dan “ TIDAK “ .

Ya ! , memang umat Islam lebih kasih dan lebih mengutamakan Nabi Muhammad s.a.w berbanding nabi-nabi selain baginda s.a.w kerana Allah Ta’ala sendiri lebih mengutamakan Baginda s.a.w berbanding nabi-nabi dan rasul-rasul selain Baginda s.a.w . Inilah perbezaan yang dipraktikkan oleh umat Islam . Dan ini tidaklah bermakna kita tidak beriman dan tidak kasih kepada nabi-nabi a.s selain diri baginda s.a.w .

Tidak !, tidak sama-sekali ! . Umat Islam tidak membeza-bezakan di antara semua nabi dan rasul a.s itu sebagai mana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian , yang beriman dengan sebahagian nabi a.s dan mengengkari pula sebahagian lain a.s ! .

Silalah pelajari tafsir-tafsir al-Quranul Karim terutamanya kitab-kitab tafsir yang muktabar ( yang boleh dijadikan rujukan muktamad ) dan silalah pelajarinya daripada guru-guru yang boleh dipercayai keilmuan dan keimanannya . Janganlah sekadar membaca terjemahan-terjemahannya sahaja kerana terdapat perbezaan yang ketara di antara terjemahan dengan tafsiran al-Quranul Karim .

Mengenai gelaran ” ‘Alaihis salam “ ( a.s ) dan juga “ sollalLahu ‘alaihi wa sallam “ ( s.a.w ) .

Kedua-dua gelaran itu diguna khusus untuk para anbiya’ ( nabi-nabi ) dan mursalin ( rasul-rasul ) a.s . Manakala golongan Syi’ah pula menggunakan gelaran tersebut untuk para anbiya’ dan mursalin a.s dan juga untuk imam-imam mereka dari kalangan ahlul bait r.a .

‘Alaihis Salam ( a.s ) = bermaksud : “ Ke atasnyalah keselamatan “ .

SollalLahu ‘alaihi wa sallam ( s.a.w ) = bermaksud : “ Allah telah berselawat ke atasnya dan keselamatan ( dianugerahi juga ke atasnya ) .

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w secara khusunya telah diwajibkan ke atas setiap orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasulnya . SILA PELAJARI TAFSIRAN AYAT 56 , SURAH al-AHZAB .

Allah Ta’ala berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w bermakna : Allah Ta’ala merahmati dan memberkati Nabi Muhammad s.a.w .

Para Malaikat a.s berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w bermaksud : Para Malaikat a.s memohon mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan juga memohon Allah Ta’ala mengampuni terus segala kesalahan-kesalahan Nabi Muhammad s.a.w dan menutup peluang baginya s.a.w daripada melakukan segala perkara yang ‘aib .

Umat Islam pula berselawat ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud : Kita menyebut “ Allahumma Solli ‘Ala ….” Sehinggalah ke akhirnya sebagai mana yang dimaklumi .

Gelaran “ A.S “ biasanya digunakan untuk para nabi dan rasul selain Baginda Nabi Muhammad s.a.w , Selain itu digunakan juga untuk Para Malaikat a.s .

Gelaran “ S.A.W “ juga biasanya digunakan sebagai gelaran bagi Baginda Nabi Muhammad s.a.w ..

Walaupun begitu “ A.S “ itu juga boleh digunakan untuk Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan gelaran “ S.A.W “ pula boleh digunakan untuk selain Baginda Rasulullah s.a.w , lebih-lebih lagi apabila digandingkan / disebut bersama nama Nabi Muhammad s.a.w dengan nabi-nabi lain a.s .

Begitulah juga “ S.A.W ” boleh juga digunakan untuk Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama dengan orang-orang soleh dan beriman yang disebut bersama-sama dengan Baginda Nabi Muhammad s.a.w .

Perkara ini kalau mahu diulas dengan panjang lebar pun boleh . Dibahas menurut selok-belok tatabahasa dan kesusasteraan Bahasa Arab . Ditambah pula perbahasan ini dengan pandangan-pandangan para mufassirin ( ahli-ahli tafsir ) , muhaddisin ( ahli-ahli hadis ) , fuqaha’ ( ahli-ahli fiqh ) dan ditambah pula dengan fatwa-fatwa mengenainya dari kalangan para ulama’ yang muktabar .

Kalau kami tidak memanjangkan penerangan mengenainya setakat ini pun tidak mengapa kerana mengambil-kira ( menjaga ) situasi dan emosi para pengunjung al-Ahkam yang majoritinya adalah dari kalangan mereka yang tidak mengetahui Bahasa Arab dan tidak pula mempunyai kefahaman agama yang agak mendalam .

Kami kira tidaklah perlu kami memanjangkan lagi perbahasan mengenainya .

Dan bagi mereka yang yakin mereka masih boleh menerima perbahasan yang panjang-lebar mengenainya , silalah membuka kitab-kitab yang membahaskan masalah selawat ini .

Untung besarlah bagi mereka yang mempunyai pengetahuan di dalam Bahasa Arab .

Dan kerugianlah bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Arab .

Dan tersangatlah ruginya bagi mereka yang langsung tidak memperdulikan hal-ehwal agama Islam, selok-belok pengetahuan mengenai Islam dan tidak pula mahu memartabatkan penggunaan Bahasa Arab !!! .

Quote:
Allah juga menyatakan dalam al-Quran yang nabi Muhammad adalah penutup kenabian (seal of prophethood), tetapi dari mana pula sumbernya datang kepada kita yang Nabi Muhammad adalah `penghulu segala nabi'(sayyidul mursalin).

JAWAPAN : Tidak apa yang perlu dihairankan sekiranya kita benar-benar mahu membuka dada dan fikiran kita untuk agama Allah Ta’ala ini . Tidak ada luasnya dunia ini bagi seseorang ini bagi orang yang mempunyai dada dan fikiran yang sempit , manakala bagi mereka yang mempunyai dada dan fikiran yang luas yang dipenuhi pula dengan keimanan yang kental , kesempitan itu tidak pula dirasainya .

Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Surah al- An’aam , ayat 124 :


Ýóãóä íõÑöÏö Çááøåõ Ãóä íóåúÏöíóåõ íóÔúÑóÍú ÕóÏúÑóåõ áöáÅöÓúáÇóãö æóãóä íõÑöÏú Ãóä íõÖöáøóåõ íóÌúÚóáú ÕóÏúÑóåõ ÖóíøöÞðÇ ÍóÑóÌðÇ ßóÃóäøóãóÇ íóÕøóÚøóÏõ Ýöí ÇáÓøóãóÇÁ ßóÐóáößó íóÌúÚóáõ Çááøåõ ÇáÑøöÌúÓó Úóáóì ÇáøóÐöíäó áÇó íõÄúãöäõæäó

Ertinya : “ Maka sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah untuk memberikan hidayah-Nya , pasti akan dilapangkan dadanya untuk Islam . Dan sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah untuk menyesatkan-Nya , pasti Dia akan menjadikan dada orang itu berasa sempit dan berat ( untuk menerima tanggung-jawab iman ) seolah-olah dia naik ke atas langit ( seolah-olah yang berasa “ sempit dada “ akibat ketiadaan udara di lapisan yang melepasi atmosfera ) . Demikianlah ( perasaan “ sempit dada “ ) Allah akan menjadikan kekotoran ( azab ataupun penguasaan syaitan ) ke atas orang-orang yang tidak beriman “ .

Kita kembali kepada isi soalan saudara . Tidak ada pelik dan hairannya apabila kita sentiasa mempelajari selok-belok pengetahuan Islam . Sebaliknya , bagi mereka yang mempelajari Islam secara “ sambil lewa “ ataupun “ sekadar melepaskan batuk di tangga “ . Maaf , saya tidak menuduh saudara sedemikian akan tetapi inilah kenyataan majoriti umat Islam .

Apa yang dihairankan keadaan Baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup segala rasul a.s dan di dalam masa yang sama baginda s.a.w juga adalah “ Penghulu “ bagi sekalian nabi dan rasul a.s !? .

Adakah disebabkan Baginda Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang Rasul dan Nabi terakhir , maka Baginda Nabi Muhammad tidak layak dipanggil sebagai “ Penghulu segala nabi dan rasul a.s “ ??? .

Mungkin saudara bertanya , mengapakan tidak Nabi Adam a.s itu digelar sebagai “ penghulu segala rasul dan nabi a.s “ sedangkan baginda Nabi Adam a.s adalah nabi pertama dan merupakan insan pertama yang memerintah dunia ini ? .

Baiklah , marilah kita lihat kepada perkataan “ PENGHULU “ itu . Kita menterjemah perkataan Arab “ SAIYID “ ( óÓóíøöÏ ) itu sebagai “ Penghulu “ , dan dalam masa yang sama juga tidak ada halangan untuk kita menterjemahkan perkataan itu sebagai “ Baginda “ , “ ketua “ , “ pimpinan tertinggi “ , “ yang paling mulia “ , “ yang layak ditaati “ , “ yang mempunyai kelebihan “ dan seumpamanya .

Baginda Nabi Adam a.s tidak dianggap sebagai “ Penghulu “ segala nabi a.s disebabkan risalah baginda a.s terhad hanya untuk keluarganya , lagipun di zaman itu mana ada berbagai bangsa dan etnik sebagai mana sekarang .

Walhal Baginda Nabi Muhammad s.a.w membawa risalah yang umum untuk semua bangsa dan etnik , malahan untuk bangsa Jin juga . Dan umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat yang paling ramai berbanding dengan umat-umat bagi nabi-nabi dan rasul-rasul selain Baginda s.a.w !!! .

Bukankah ini merupakan satu kelebihan yang hanya dimiliki satu-satunya oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang penutup segala nabi dan rasul a.s dan juga sebagai seorang penghulu / ketua bagi segala nabi dan rasul a.s ??? .

Bukan itu sahaja , umat Islam memanggil Baginda Rasululllah s.a.w sebagai “ SAIYIDINA “ ( Penghulu / Ketua kami ) bukanlah sekadar bertaqlid buta , malahan panggilan ini sendiri dianugerah oleh Allah Ta’ala kepada diri baginda s.a.w .

Pelajari firman Allah Ta’ala tatkala menceritakan kisah kedatangan Saidina Jibril a.s selaku “ pembawa wahyu “ kepada Nabi Zakaria a.s . Wahyu yang dibawa itu mengandungi berita gembira bahawa Nabi Zakaria a.s akan dianugerahkan anak yang juga bakal menjadi seorang nabi sebagaimana baginda a.s .


ÝóäóÇÏóÊúåõ ÇáúãóáÂÆößóÉõ æóåõæó ÞóÇÆöãñ íõÕóáøöí Ýöí ÇáúãöÍúÑóÇÈö Ãóäøó Çááøåó íõÈóÔøöÑõßó ÈöíóÍúíóÜì ãõÕóÏøöÞðÇ ÈößóáöãóÉò ãøöäó Çááøåö æóÓóíøöÏðÇ æóÍóÕõæÑðÇ æóäóÈöíøðÇ ãøöäó ÇáÕøóÇáöÍöíäó

Ertinya : “ Maka , dia ( Nabi Zakaria a.s ) pun dipanggil oleh malaikat ( Saidina Jibril a.s ) sedangkan dia ( Nabi Zakaria a.s ) sedang berdiri sembahyang di mihrab . ( Kata Saidina Jibril a.s kepada Nabi Zakaria a.s ) : Sesungguhnya Allah memberikan berita gembira kepadamu dengan kedatangan anakmu yang bernama Yahya yang akan membenarkan kalimat yang datang daripada Allah , dan dia juga adalah seorang PENGHULU ( yang menjadi ikutan ) , yang menahan diri ( drp hasutan hawa nafsu ) dan juga seorang nabi dari kalangan orang-orang yang soleh “ ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 39 .

Lihatlah , kalaulah Nabi Yahya a.s yang hanya membawa risalah kerasulannya kepada umatnya yang terhad ( Bani Israel ) , maka betapa pula dengan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi rahmat sekalian alam dan juga sebagai nabi dan rasul untuk semua bangsa manusia dan jin !? .

Pelajarilah pula sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang sudah tentu tidak akan keluar daripada mulut Baginda s.a.w yang mulia itu melainkan itu semua adalah berdasarkan wahyu Ilahi . Sabda Baginda s.a.w :


Úä ÃóÈõí åõÑóíúÑóÉó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóäóÇ ÓóíøöÏõ æóáóÏö ÂÏóãó íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö æóÃóæøóáõ ãóäú íóäúÔóÞøõ Úóäúåõ ÇáúÞóÈúÑõ æóÃóæøóáõ ÔóÇÝöÚò æóÃóæøóáõ ãõÔóÝøóÚò

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a dia berkata : Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Daripada Saidina Abu Hurairah r.a dia berkata : Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Aku adalah PENGHULU anak-anak Adam ( manusia ) pada hari qiamat kelak dan orang yang pertama sekali dibuka kuburnya ( bangkit daripada kubur ) , dan akulah orang yang pertama yang memberi syafa’at dan orang pertama yang mendapat syafa’at ( daripada Allah Ta’ala ) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh { 2 / 2278 } , al-Imam Abu Daud rh { 4 / 4673 } , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh { 2 / 540 } dan al-Imam as-Suyuthi rh ( al-Jamie’ as-Soghir : 2692 ) .


Úóäú ÃóÈöí ÓóÚöíÏò ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóäóÇ ÓóíøöÏõ æóáóÏö ÂÏóãó íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö æóáóÇ ÝóÎúÑó æóÈöíóÏöí áöæóÇÁõ ÇáúÍóãúÏö æóáóÇ ÝóÎúÑó æóãóÇ ãöäú äóÈöíøò íóæúãóÆöÐò ÂÏóãó Ýóãóäú ÓöæóÇåõ ÅöáøóÇ ÊóÍúÊó áöæóÇÆöí æóÃóäóÇ Ãóæøóáõ ãóäú ÊóäúÔóÞøõ Úóäúåõ ÇáúÃóÑúÖõ æóáóÇ ÝóÎúÑ

Ertinya : “ Akulah penghulu segala anak ( Nabi ) Adam pada hari qiamat dan tanpa bermegah-megah ( yakni aku katakan ini bukalah untuk bermegah-megah tetapi ia adalah hakikat drp Allah Ta’ala ) . Dan di tanganku inilah kelak akan berada panji segala puja-puji ( untuk Allah Ta’ala ) dan tidalah aku bermegah-megah . Dan tidak ada seorang pun daripada kalangan sesiapa pun – sama ada Nabi Adam a.s ataupun selainnya – melainkan mereka itu semua akan berada di bawah panjiku itu . Dan akulah juga orang pertama yang dibongkar tanahnya ( kuburnya ) dan tidaklah pula aku bermegah-megah …….. “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh ( 3 / 2 ) , al-Imam at-Tirmidzi rh ( 5 / 3615 ) , al-Imam Ibnu Majah rh ( 2 / 4308 ) dan al-Imam as-Suyuthi rh ( al-Jamie’ as-Soghir : 2693 ) .

Itulah dia dalil-dalil yang menjadi sumber kepada umat Islam untuk memanggil Baginda Rasulullah s.a.w sebagai “ SAIYIDINA “ dan ternyata umat Islam di dalam hal ini bukanlah “ memandai-mandai sendiri menokok-tambah hal-hal agama “ sebagai mana yang dikatakan oleh sebahagian umat Islam yang mudah melatah dan mudah tersasul .

Quote:
Saya juga hairan, kenapa ulama-ulama dahulu berminat mencari, mengkaji dan menulis kelebihan-kelebihan nabi Muhammad, seolah-olah ingin menonjol kelebihan nabi Muhammad(saw) berbanding nabi-nabi lain. Bukankah perkara sebegini tidak relevan dan `useless' kerana tugas rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah yang esa dan supaya tidak menyekutukannya. Bukankah agama di sisi Allah itu satu (and the same) sahaja yang telah dibawa oleh Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad.

JAWAPAN : Apakah maksud “ tidak relevan “ dan “ useless “ yang saudara inginkan . Berhati-hatilah saudara di dalam menggunakan lisan dan tulisan kerana semuanya itu akan dipertanggung-jawabkan oleh Allah Ta’ala kelak .

Memang benar tugas semua nabi dan rasul a.s itu semuanya sama sahaja iaitu menyeru manusia supaya beribadah hanya semata-mata kepada Allah Ta’ala dan tidak menyekutukan-Nya sedikitpun . Ini ditegaskan sendiri oleh Allah Ta’ala di dalam Surah an-Nahl , ayat 36 :


æóáóÞóÏú ÈóÚóËúäóÇ Ýöí ßõáøö ÃõãøóÉò ÑøóÓõæáÇð Ãóäö ÇÚúÈõÏõæÇú Çááøåó æóÇÌúÊóäöÈõæÇú ÇáØøóÇÛõæÊó Ýóãöäúåõã ãøóäú åóÏóì Çááøåõ æóãöäúåõã ãøóäú ÍóÞøóÊú Úóáóíúåö ÇáÖøóáÇáóÉõ ÝóÓöíÑõæÇú Ýöí ÇáÃóÑúÖö ÝóÇäÙõÑõæÇú ßóíúÝó ßóÇäó ÚóÇÞöÈóÉõ ÇáúãõßóÐøöÈöíäó

Ertinya : “ Dan demi sesungguhnya Kami telahpun mengutus untuk setiap umat itu seorang rasul ( utusan ) yang menyeru : Sembahlah kamu semua akan Allah dan jauhilah segala jenis thoghut ( apa-apa yang disembah selain Allah Ta’ala ) . Maka dari kalangan manusia itu ada yang diberikan hidayah oleh Allah dan ada pula dari kalangan mereka yang sudah pasti ( di dalam pengetahuan Allah ) akan menjadi kafir . Maka berjalanlah kamu semua di atas muka bumi ini dan perhatikanlah kesudahan orang-orang yang mendustakan ( ayat-ayat Allah Ta’ala ) “ .

Inilah tugas semua Rasul dan Nabi a.s .

Tetapi ini tidak menafikan bahawa ada di kalangan mereka yang mempunyai kelebihan yang lebih banyak berbanding dengan selain mereka a.s ! . Dan daripada segala nabi dan rasul a.s yang mempunyai berbagai kelebihan itu maka sudah tentulah Nabi Muhammad s.a.w mempunyai lebih keutamaan dan kelebihannya sebagai mana yang telah kita jelaskan sebelum ini ! .

Cubalah saudara lihat kepada pasukan tentera kita ( semoga Allah Ta’ala sentiasa memberi hidayah dan kekuatan kepada mereka semua dan juga kita . Amin ) . Apakah tugas sesebuah pasukan tentera ? . Jawapannya ialah mereka bertugas menjaga keselamatan dan keamanan negara daripada sebarang anasir-anasir jahat .

Adakah disebabkan pasukan tentera itu semuanya sama tugas mereka maka tidak boleh ada yang berpangkat jeneral , brigider jeneral , mejar , leftenan , kapten , leftenan muda , laksmana , panglima , sarjan dan sebagainya ??? .

Adakah disebabkan semua guru itu tugasnya sama maka tidak boleh ada sama-sekali , bahkan sangatlah “ tidak relevan “ dan “ useless “ untuk diadakan jawatan mudir , pengetua , penolong kanan , guru disiplin , warden asrama dan sebagainya ??? .

Apakah “ tidak relevan “ dan “ useless “ apabila para ulama’ rh menulis mengenai kelebihan Nabi Muhammad s.a.w ? . Kalau benarlah dakwaan ini maka ini bermakna tidak perlulah kita belajar dan mempelajari mengenai selok-belok agama Islam , khasnya ilmu-ilmu yang berkaitan langsung dengan al-Quranul Karim dan Hadis ! .

Al-Quranul Karim dan Hadis sahih itu sendiri merupakan dua pusaka dan warisan kekal yang masih tali-temali sampai kepada umat Islam dan umat dunia ini . Dan kedua-dua warisan terulung inilah di antara kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w selaku rasul dan nabi terakhir dan juga sebagai penutup segala nabi dan rasul a.s .

Mugkin saudara bermaksud “ HAIRAN “ lantaran adanya segelintir ulama’ rh yang menulis kisah-kisah ataupun puji-pujian ( madaih / qasidah dan berzanji ) yang kelihatan nampak macam MENDEWA-DEWAKAN Baginda Rasulullah s.a.w .

Jika inilah sebabnya saudara merasa HAIRAN maka ini adalah masalah lain . Dan masalah memuliakan peribadi dan ajaran Baginda Rasulullah s.a.w juga adalah lain .

Jangan dicampur-aduk di antara kedua-dua masalah itu sehingga saudara tidak dapat mencari penyelesaiannya ! .

Namun yang perlu kita ingat , sehebat mana pun puji-pujian umat Islam kepada Baginda Rasulullah s.a.w dan setinggi mana pun penghargaan umat Islam kepada Nabi Muhammad s.a.w , itu semua TIDAKLAH menjadikan umat Islam seperti para penganut agama-agama selain Islam .

Umat-umat selain muslimin , mereka bukan sahaja sayang dan cinta kepada nabi / pengasas agama mereka , bahkan mereka sendiri MENYEMBAH nabi / pengasas agama mereka itu ! .

Lihatlah sahaja kepada sejarah pegasas agama Budha , asalnya hanya seorang pengasas dan seorang pembimbing . Akhirnya dicipta patungnya dan disembah .

Begitulah juga dengan agama Kristian .

Adakah di kalangan umat Islam yang menyembah Baginda Rasulullah s.a.w !!?? .

Akhir kata , kami menasihati diri-diri kami dan saudara-saudari sekalian sentiasalah memenuhi majlis-majlis pengajian agama . Belajarlah secara berguru dan dengan menggunakan kitab-kitab yang muktabar . al-Ahkam hanyalah sebagai pusat bantuan memberikan kefahaman mengenai Islam tetapi bukannya satu-satunya pusat yang perlu dikunjungi oleh saudara-saudari semua lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih kurang mendalam ilmunya mengenai Agama Islam .

Terima Kasih di atas kunjungan saudara-saudari semua .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
16 / Muharram / 1424 H
19 / Mac / 2003 M

RABU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum