Assalaamualaikum,
Terima kasih kerana ada yang telah menjawab soalan saya yang lepas. Bukan saya ingin berteka-teki tapi saya rasa ada di sebalik itu yang perlu kita cari. Bagaimana pula dengan sabda Rasulullah, Terdapat 73 golongan dan hanya 1 yang akan masuk syurga. Adakah Baginda berteka teki ? Pada pendapat saya, Rasulullah mahu umatnya berusaha untuk mencari dan menjadi golongan itu supaya terjamin hidup di dunia dan di akhirat.Apa pandangan pihak tuan pula ? Siapakah mereka itu ?
Terima kasih.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2482 : SIAPAKAH GOLONGAN YANG TERSELAMAT ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudari Nim yang sekali lagi mengunjungi kami di al-Ahkam Net . Semoga kunjungan saudari mendapat keberkatan dan kelebihan ilmu daripada Allah Ta’ala hendaknya .
Sebelum ini saya telah menjawab soalan saudari yang saya sifatkan sebagai “ TEKA-TEKI “ dan “ SOALAN YANG TIDAK BERFAEDAH DIAJUKAN “ .
Maafkan saya wahai saudari . Saya bukanlah mahu memperlekehkan saudari . Tidak sama sekali ! . Tetapi apa yang saya nyatakan ialah teguran dan nasihat , bukan sahaja untuk saudari , malahan untuk diri saya sendiri dan para pengunjung al-Ahkam net agar tidak “ terjebak “ ke dalam jurang yang telah dinyatakan bahayanya oleh agama kita . :non
Cuba lihat :
SJ – 2480 : TEKA-TEKI “ ILMU KETUHANAN “
http://al-ahkam.com.my/forum//showflat.php?Board=UBB8&Number=12060
dan SU – 00045 : MISTERI DI SEBALIK KALIMAH TAUHID
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=ulangan&Number=12108&Main=12063
Di dalam kedua-dua soalan di atas saudari telah bertanya mengenai soalan-soalan yang berbentuk “ teka-teki “ dan “ apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik 12 susunan huruf di dalam Kalimah Tauhid ? “ .
Nah ! , bukankah “ bahaya berteka-teki “ dan tidak berfaedahnya mengkaji rahsia di sebalik 12 susunan huruf di dalam kalimah Tauhid itu !? . :eyecrazy
Hujjatul Islam Al-Imam Ghazali rh sendiri telah memerangi banyak golongan Falsafah yang melahirkan “ teka-teki “ dan “ menekankan perkara-perkara yang tidak sepatutnya diberikan perhatian “ ini . Pelajarilah sahaja hasil-hasil tulisan beliau rh yang agung di dalam menghadapi “ kebobrokan fikiran “ para filosof khasnya yang terkesan dengan Sofastoieyun , Neo-Platonisme dan Muktazilah . Lihatlah sahaja : “ AL-MUNQIDZ MINAD DHOLAL “ ( Penyelamat Dari Kesesatan ) dan “ TAHAFUT al-FALASIFAH “ ( Kekacauan Para Filsuf ) yang telah diterbitkan di dalam Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa & Pustaka ( DBP ) . :super
Kerana itulah saya menamakannya isi soalan saudari itu sebagai “ TEKA-TEKI “ .
Maafkan saya jika saudari tidak berkenan dengan gelaran itu .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Berbalik kepada soalan saudari di atas :
Soalan inilah yang betul dan bagus . Dan ini bukanlah “ teka-teki “ dan tidaklah pula ianya tidak berfaedah ( maknanya ia memang benar-benar berfaedah ) kerana anjuran memahami dan meneliti mengenai pepecahan umat Baginda Rasulullah s.a.w itu memang ada di dalam al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist Baginda Rasulullah s.a.w . Syabas ! :yess
Walhal , soalan-soalan “ rahsia di sebalik 12 huruf di dalam Kalimah Tauhid “ dan “ teka-teki Ilmu Ketuhanan “ itu pula tidak ada anjurannya di dalam al-Quranul Karim dan Sunnah . Dan kalau ia memang benar-benar berfaedah , pastilah ianya telah dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan Sunnah .
Seperkara lagi , apabila Baginda Rasulullah s.a.w memberitahu mengenai perpecahan umatnya s.a.w kepada 73 golongan , maka Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidaklah berteka-teki .
Mana mungkin Baginda Rasulullah s.a.w berteka-teki sedangkan Baginda Rasulullah s.a.w bersifat “ MUBALLIGH “ ( Pemberi Keterangan ) dan bukannya sebagai “ FILOSUF “ ( Ahli Falsafah ) yang suka berteka-teki dan “ tidak berpijak di bumi yang nyata “ .
Ya ! , walaupun Baginda Rasulullah s.a.w adalah manusia sebagai mana kita , namun Baginda Rasulullah s.a.w bukanlah boleh dikias-kias secara sembarangan dengan diri kita . Apatah lagi Baginda Rasulullah s.a.w sendiri adalah manusia yang maksum dan diberikan wahyu oleh Allah Ta’ala .
Harap Maklum . :deal
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w mengenai perpecahan umat Islam kepada 73 golongan :
HADIS PERTAMA :
ÞóÇáó ÇáúÚöÑúÈóÇÖõ Õóáøóì ÈöäóÇ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÐóÇÊó íóæúãò Ëõãøó ÃóÞúÈóáó ÚóáóíúäóÇ ÝóæóÚóÙóäóÇ ãóæúÚöÙóÉð ÈóáöíÛóÉð ÐóÑóÝóÊú ãöäúåóÇ ÇáúÚõíõæäõ æóæóÌöáóÊú ãöäúåóÇ ÇáúÞõáõæÈõ ÝóÞóÇáó ÞóÇÆöáñ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ßóÃóäøó åóÐöåö ãóæúÚöÙóÉõ ãõæóÏøöÚò ÝóãóÇÐóÇ ÊóÚúåóÏõ ÅöáóíúäóÇ ÝóÞóÇáó ÃõæÕöíßõãú ÈöÊóÞúæóì Çááøóåö æóÇáÓøóãúÚö æóÇáØøóÇÚóÉö æóÅöäú ÚóÈúÏðÇ ÍóÈóÔöíøðÇ ÝóÅöäøóåõ ãóäú íóÚöÔú ãöäúßõãú ÈóÚúÏöí ÝóÓóíóÑóì ÇÎúÊöáóÇÝðÇ ßóËöíÑðÇ ÝóÚóáóíúßõãú ÈöÓõäøóÊöí æóÓõäøóÉö ÇáúÎõáóÝóÇÁö ÇáúãóåúÏöíøöíäó ÇáÑøóÇÔöÏöíäó ÊóãóÓøóßõæÇ ÈöåóÇ æóÚóÖøõæÇ ÚóáóíúåóÇ ÈöÇáäøóæóÇÌöÐö æóÅöíøóÇßõãú æóãõÍúÏóËóÇÊö ÇáúÃõãõæÑö ÝóÅöäøó ßõáøó ãõÍúÏóËóÉò ÈöÏúÚóÉñ æóßõáøó ÈöÏúÚóÉò ÖóáóÇáóÉñ
Ertinya : Saidina ‘Irbadh Bin Sariah r.a pernah berkata : Satu hari Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersembahyang bersama-sama kami , selepas itu Baginda s.a.w pun berpaling mengadap kami lalu menyampaikan nasihat yang sangat berkesan yang menyebabkan mengalirnya air mata dan gementarnya hati-hati kami .
Lalu berkatalah seseorang drp kalangan kami : “ Wahai Utusan Allah ! , seolah-olah nasihat ini adalah nasihat tuan yang terakhir kepada kami . Maka apakah wasiat yang mahu tuan sampaikan kepada kami semua ? “ .
Jawab Baginda s.a.w : “ Aku berpesan kepada kamu agar kamu semua sentiasa bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kamu semua taat dan patuh kepada kamu sekalipun dia adalah seorang yang berkulit hitam . Sesungguhnya sesiapa sahaja yang hidup selepasku , pasti dia akan melihat banyak pertelingkahan . Oleh itu hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ ar-Rasyidin yang terpimpin . Peganglah kemas-kemas dengan sunnah itu dan gigitlah ia dengan gigi-gigi gerahan kamu semua . Dan hendaklah kamu semua menjauhi reka-rekaan di dalam beragama kerana setiap reka-rekaan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah pula adalah sesat “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh , Imam Ibnu Majah rh , Imam Ahmad rh dan Imam ad-Darimi rh .
HADIS KEDUA :
Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ÚóãúÑòæ ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóíóÃúÊöíóäøó Úóáóì ÃõãøóÊöí ãóÇ ÃóÊóì Úóáóì Èóäöí ÅöÓúÑóÇÆöíáó ÍóÐúæó ÇáäøóÚúáö ÈöÇáäøóÚúáö ÍóÊøóì Åöäú ßóÇäó ãöäúåõãú ãóäú ÃóÊóì Ãõãøóåõ ÚóáóÇäöíóÉð áóßóÇäó Ýöí ÃõãøóÊöí ãóäú íóÕúäóÚõ Ðóáößó æóÅöäøó Èóäöí ÅöÓúÑóÇÆöíáó ÊóÝóÑøóÞóÊú Úóáóì ËöäúÊóíúäö æóÓóÈúÚöíäó ãöáøóÉð æóÊóÝúÊóÑöÞõ ÃõãøóÊöí Úóáóì ËóáóÇËò æóÓóÈúÚöíäó ãöáøóÉð ßõáøõåõãú Ýöí ÇáäøóÇÑö ÅöáøóÇ ãöáøóÉð æóÇÍöÏóÉð ÞóÇáõæÇ æóãóäú åöíó íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÞóÇáó ãóÇ ÃóäóÇ Úóáóíúåö æóÃóÕúÍóÇÈöí ÞóÇáó ÃóÈõæ ÚöíÓóì åóÐóÇ ÍóÏöíËñ ÍóÓóäñ ÛóÑöíÈñ ãõÝóÓøóÑñ áóÇ äóÚúÑöÝõåõ ãöËúáó åóÐóÇ ÅöáøóÇ ãöäú åóÐóÇ ÇáúæóÌúåö
Ertinya : Daripada Saidina Abdullah Bin Amru r.a dia pernah berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ( “ Akan datang kepada umatku apa yang pernah dialami oleh Bani Israil seumpama dekatnya satu sepatu dengan sepatu yang lain . Sehingga jika ada di kalangan Bani Israil yang mendatangi ( bersetubuh dengan ibu sendiri ) maka pastilah ada di kalangan umatku yang berbuat juga sedemikian .
Dan sesungguhnya Bani Israil telah terpecah kepada 72 golongan dan umatku pula akan terpecah kepada 73 golongan . Semua golongan itu AKAN MASUK KE DALAM NERAKA KECUALI SATU GOLONGAN SAHAJA “ ) .
Para sahabat r.a bertanya : “ Siapakah satu golongan itu ( golongan yang terselamat ) wahai utusan Allah ? “
Jawab Baginda Rasulullah s.a.w : ( “ Mereka itu adalah orang-orang yang mengikuti petunjukku dan petunjuk para sahabatku r.a “ ) . ~ Hadis Hasan Gharib diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie rh .
HADIS KETIGA :
Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö ÞóÇáó ÎóØøó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÎóØøðÇ ÈöíóÏöåö Ëõãøó ÞóÇáó åóÐóÇ ÓóÈöíáõ Çááøóåö ãõÓúÊóÞöíãðÇ ÞóÇáó Ëõãøó ÎóØøó Úóäú íóãöíäöåö æóÔöãóÇáöåö Ëõãøó ÞóÇáó åóÐöåö ÇáÓøõÈõáõ æóáóíúÓó ãöäúåóÇ ÓóÈöíáñ ÅöáøóÇ Úóáóíúåö ÔóíúØóÇäñ íóÏúÚõæ Åöáóíúåö Ëõãøó ÞóÑóÃó ( æóÅöäøó åóÐóÇ ÕöÑóÇØöí ãõÓúÊóÞöíãðÇ ÝóÇÊøóÈöÚõæåõ æóáóÇ ÊóÊøóÈöÚõæÇ ÇáÓøõÈõáó ) .
Ertinya : Daripada Saidina Abdullah r.a dia berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah membuat garisan di atas tanah dengan tangannya , lalu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : ( “ Inilah jalan Allah yang lurus “ ) . Kemudian Baginda s.a.w membua pula garisan di kanan dan kiri garisan pertama tadi lalu bersabda lagi : ( “ Ini pula adalah beberapa jalan dan semua jalan itu ada syaitan yang menyeru kepadanya “ ) .
Kemudian Baginda Rasulullah s.a.w pun membaca ayat al-Quranul Karim :
æóÃóäøó åóÜÐóÇ ÕöÑóÇØöí ãõÓúÊóÞöíãðÇ ÝóÇÊøóÈöÚõæåõ æóáÇó ÊóÊøóÈöÚõæÇú ÇáÓøõÈõáó
Terjemahan ayat tersebut : “ Dan inilah dia jalan-Ku yang lurus , maka hendaklah kamu semua mengikutinya dan janganlah pula kamu mengikuti jalan-jalan selainnya “ ( Surah al-An’aam , ayat : 153 ) ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh , al-Imam al-Hakim rh dan al-Imam an-Nasaie rh .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
KESIMPULAN HADIS-HADIS DI ATAS :
( 1 ) ~ Umat Baginda Rasulullah s.aw di atas bermakna : Golongan-golongan manusia yang mengaku sebagai umat Baginda Rasulullah s.a.w ( ataupun mengaku sebagai muslim ) . Semua golongan itu ( 72 golongan ) akan dihumbankan ke dalam neraka melainkan satu sahaja golongan yang terselamat .
( 2 ) ~ Golongan yang terselamat itu adalah golongan yang menjadikan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabatnya r.a sebagai panduan hidup .
( 3 ) ~ Golongan yang terselamat itu digelar juga sebagai “ al-FIRQATUN NAJIYAH “ ( Golongan Yang Terselamat ) dan juga “ ath-THOIEFAH al-MANSUROH “ ( Kelompok Yang Diberikan Pertolongan Ilahi ) .
( 4 ) ~ Di dalam hadis lain yang diriwayatkan juga oleh al-Imam Abu Daud rh dan al-Imam Ibnu Majah rh dinyatakan juga sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang menamakan golongan yang terselamat itu sebagai : “ al-JAMA’AH “ ( Jemaah ) . Ini disebabkan golongan itu menjadikan Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabatnya r.a sebagai Jemaah ikutan dan contoh perjuangan mereka .
( 5 ) ~ Akhirnya golongan itu dinamakan pula sebagai “ AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH “ kerana mereka menjadikan sunnah-sunnah Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a sebagai panduan dan berjemaah pula di dalam hidup ini . ( Berjemaah itu sendiri juga adalah sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a ) .
( 6 ) ~ Gelaran yang mulia ini menjadi rebutan setiap umat Islam hatta golongan yang sesat sekalipun . Walau bagaimanapun , yang tepat dan sesuai untuk memakai golongan ini sudah tentulah golongan yang menyintai Sunnah , yang memerangi Bid’ah dan hidup pula di dalam berjemaah ( berjuang demi menegakkan Islam ) .
Oleh itu , Syiah sama sekali tidak layak memakai gelaran AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH kerana mereka membenci dan menghina majoriti para sahabat r.a ! .
Muktazilah pula adalah jelmaah Qadariyah . Mereka juga tidak layak bergelar AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH kerana mereka lebih mengutamakan akal mereka yang dangkal daripada wahyu . Apatah lagi di dalam hadis , Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah menamakan golongan Qadariyah itu sebagai “ Majusi di kalangan umat Islam “ .
Golongan Batiniyah dan Tareqat yang sesat juga tidak layak bergelar AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH kerana mereka lebih mengutamakan ilham , kasyaf , mimpi dan tuan-tuan guru mereka daripada petunjuk al-Quranul Karim dan Sunnah Baginda s.a.w serta para sahabat r.a .
Golongan Qadiani ( Ahmadiah Qadyaniah ) yang menyatakan bahawa Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang Nabi selepas Baginda Rasulullah s.a.w juga tidak layak bergelar AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH kerana mereka sendiri menentang As-Sunnah dan bersekongkol pula dengan Inggeris di India .
Umat Islam yang menganut fahaman-fahaman yang tidak berpunca drp Islam dan bertentangan pula dengan ajaran Islam seperti Komunisme , Sekularisme , Nasionalisme dan semua pecahannya juga tidak layak digelar AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH kerana mereka sendiri bukanlah penegak sunnah , sebaliknya mereka lebih suka memperjuangkan ideologi-ideologi ciptaan manusia yang bertentangan pula dengan ajaran Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w dan memusuhi pula sunnah .
( 7 ) ~ Jelasnya : Golongan yang terselamat itu ialah golongan yang sentiasa memperjuangkan dan menjadikan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a sebagai panduan dan pedoman .
Dan untuk mengetahui secara terperinci mengenai 72 golongan umat Islam ( yang mengaku Islam ) yang bakal dihumbankan ke dalam neraka jahannam ( wal’iyadzubilLahi Min dzalik ) dan pecahan-pecahan golongan Yahudi dan Kristian , sila rujuk kepada :
AL-MILAL WAN NIHAL
~ Oleh Al-‘Allamah al-Imam asy-Syahrastani rh .
Al-FARQU BAINAL FIRAQ
~ Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Abdul Qahir al-Baghdadi rh .
MAQALAT al-ISLAMIYIN & MAQALAT GHAIR al-ISLAMIYIN
~ Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Abu Hassan al-Asya’ari rh .
Al-FISOL FI MILAL WAN NIHAL
~ Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hazm rh .
ISLAM BILA MADZAHIB
~ Oleh : Al-‘Allamah Dr. Mustofa asy-Syak’ah ha .
( Cendekiawan Islam terkenal daripada Mesir )
Al-FIROQUL ISLAMIAH WA USULUHA al-IMANIAH
~ Oleh : Al-‘Allamah Dr. Abd Fattah Ahmad Fuad ha
( Profesor Falsafah Islam , Fakulti Pendidikan , Universiti Iskandariah , Mesir ) .
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1- LAHIRNYA BEBERAPA FIRQAH DI KALANGAN UMAT ISLAM
Oleh : Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ( MB Terengganu Darul Iman )
Terbitan : Darul Huda Enterprise , Kuala Terengganu ( 1999 )
Harga : RM 10.00 /=
2 – NANTI UMATKU AKAN BERPECAH 73 PUAK
Oleh : Al-Fadhil Ust Abdul Rashid Nd. Din el-Taibey
Terbitan : Shatrah Enterprise , Sg, Udang , Kelang ( 1988 ).
Harga : RM 3.00 /=
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
04 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
06 / Mei / 2003 M
SELASA – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum