ÇáÓøáÇã Úáíßã æ ÑÍãÉ Çááå
apakah kaedah yg baik utk jawab salam yg diberi melalui email, mesej, pesanan suara, tv , radio dsbnya.
utk email atau mesej, perlukah kita balas balik atau tulis semula ucapan salam ?
sekian, terima kasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
ÇáÓøáÇã Úáíßã æ ÑÍãÉ Çááå
apakah kaedah yg baik utk jawab salam yg diberi melalui email, mesej, pesanan suara, tv , radio dsbnya.
utk email atau mesej, perlukah kita balas balik atau tulis semula ucapan salam ?
sekian, terima kasih.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2525 : MENJAWAB SALAM MELALUI T.V , RADIO , E-MEL & MEDIA-MASSA
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Zumaidi yang telah mengemukakan soalan di atas . Pihak al-Ahkam . net memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan membalasnya memandangkan saya ( pendekar ) dan al-Fadhil Ust . thtl sendiri amat sibuk dengan tugas masing-masing sejak kebelakangan ini .
Berikut adalah jawapannya dengan taufiq ( bimbingan ) dan ‘inayah ( pertolongan ) daripada Allah Ta’ala .
Sebagaimana maklum , memberi salam hukumnya adalah SUNAT , sedangkan menjawabnya adalah WAJIB . Ini adalah hukum asal bagi kaedah memberi dan menjawab salam . :smirk:
Namun , jika ada sekumpulan daripada kalangan umat Islam yang bertemu , maka tidaklah sunat kesemua mereka memberi salam dan tidaklah pula wajib setiap orang drp kalangan umat Islam itu menjawab salam . Ini dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri :
õ ÞóÇáó ÃóÈõæ ÏóÇæõÏ ÑóÝóÚóåõ ÇáúÍóÓóäõ Èúäõ Úóáöíøò ÞóÇáó íõÌúÒöÆõ Úóäö ÇáúÌóãóÇÚóÉö ÅöÐóÇ ãóÑøõæÇ Ãóäú íõÓóáøöãó ÃóÍóÏõåõãú æóíõÌúÒöÆõ Úóäö ÇáúÌõáõæÓö Ãóäú íóÑõÏøó ÃóÍóÏõåõã
Ertinya : al-Imam Abu Daud rh ada meriwayatkan sebuah hadis yang dipercayai berasal drp Baginda Rasulullah s.a.w melalui jalan riwayat Saidina Hasan r.a Bin Saidina ‘Ali r.a dengan sabda Baginda s.a.w : (( “ Apabila ada beberapa orang Islam yang berjalan , cukuplah seorang sahaja daripada kalangan mereka yang memberi salam , dan cukuplah juga seorang sahaja drp sekelompok lain drp umat Islam yang menjawabnya “ ) ~ Hadis diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh dan turut sama diriwayatkan dengan perkataan yang hampir sama oleh al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh dan al-Imam al-Baihaqi rh .
Maka , jika ada 5 orang umat Islam datang ke sebuah majlis , tidaklah perlu setiap orang daripada kelima-lima mereka itu memberi salam dan tidaklah pula setiap orang yang berada di dalam majlis tersebut yang wajib menjawabnya ( cukuplah seorang sahaja sebagai wakilnya ) . :yess
Itulah maksud hadist di atas secara ringkas .
Adapun mengenai salam yang diberikan melalui radio , tv , e-mel , artikel , surat kiriman dan sebagainya , maka kesemua itu tidak ditunjukkan secara spesifik oleh Baginda Rasulullah s.a.w memandangkan di zaman Baginda s.a.w tidak ada kesemua kemudahan yang canggih itu , melainkan surat yang diutuskan ( warkah ) .
Oleh itu kita hendaklah kembali kepada kaedah umum dan asal yang ditunjukkan oleh hadist di atas iaitu : Cukup hanya seorang yang memberi dan menjawab salam daripada beberapa umat Islam yang ada .
Salam juga boleh dilihat daripada sudut CARA PEMBERIANNYA iaitu sama ada secara langsung ataupun tidak secara langsung .
Contohnya melalui TV , Radio dan Telefon , kalau diberi secara langsung maknanya si pemberinya sedang ke udara di waktu siaran itu disiarkan . Walaupun TV , Radio dan Telefon itu bukannya dirinya sendiri ( yang memberi salam ) akan tetapi kesemua itu adalah wasilah ( alat ) menyampaikan mesej sebagai mana juga dengan pembesar suara . Oleh kerana itu di dalam keadaan ini , SALAM tersebut wajib dijawab . Namun salam itu tidak pula wajib dijawab oleh setiap orang Islam yang menontonnya kerana salam itu diberi secara umum . Salam yang diberi secara umum , maka cukuplah dijawab oleh seorang sahaja .
Jika sebaliknya ( tidak secara langsung ) , maka yang memberi salam itu adalah RAKAMAN . Rakaman itu pula bukanlah si tuan empunya diri itu sendiri ( si pemberi salam itu ) . Hukum menjawab salam di waktu ini tidalah wajib kerana bukan orang yang memberi salam sebaliknya alat rakaman yang memberi salam . Namun kalau kita masih mahu menjawabnya , tidaklah mengapa kerana tiada dalil daripada agama kita yang melarang menjawab salam yang diberikan secara siaran tidak langsung itu . :grin:
Jika salam diberikan melalui PENULISAN pula seperti di akhbar ,artikel dan sebagainya , maka kalau mahu dipandang ianya WAJIB dijawab , maka tidak perlu juga setiap orang menjawabnya kerana ianya ditujukan secara umum .
Kalau dikatakan tidak WAJIB menjawabnya sebab bukan orang ( manusia ) yang memberi salam , maka qiyas ( analogi ) ini TIDAK BETUL dan TIDAK KENA sebab memang begitulah caranya orang memberikan salam melalui tulisan ( sebab mana mungkin tulisan bersuara ) ! . Sbg mana memberi salam melalui cara ini adalah dengan menulis , maka begitulah juga apabila hendak menjawab salam itu .
Namun jika salam itu disampaikan secara KHUSUS ( peribadi ) contohnya melalui SURAT ataupun E-MEL , maka si penerimanya WAJIB MEMBALAS SALAM tersebut sebab salam itu memang ditujukan khas untuknya .
Jika salam diberikan ketika diadakan WEB CONFERENCE ataupun CHATTING , maka lihatlah , adakah ianya diberikan secara umum ( di public channel – contohnya ) ataupun secara khusus ( chat one by one ) ? . Jika secara UMUM maka sbg mana telah dijelaskan tadi , ianya cukuplah dijawab oleh seorang ( fardhu kifayah ) , namun jika secara KHUSUS , ianya wajib dijawab oleh setiap yang ditujukan salam itu .
Sama ada salam itu perlu dijawab dengan CUKUP SEKADAR DIBIBIR ataupun PERLU JUGA DITULIS SEBAGAI RESPON , maka persoalan ini tidak timbul . Kalau tidak mahu membalasnya secara bertulis pun tidak mengapa asalkan kita menjawabnya dengan mulut , tapi bukankah LEBIH BERADAB kita menulis juga respon salam itu sebagai tanda kita telah memberikan respon / reply .
Umat Islam adalah umat yang sepatutnya terbaik akhlak mereka . Jadi di sinilah di antara lapangan yang paling mudah untuk kita mempraktikkan anjuran yang terbaik dan termudah di dalam Islam ini , iaitu MEMBERI & MENJAWAB SALAM . :dehors
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 ~ MAU’SUAH al-HADIST asy-SYARIF
Terbitan : Sakhr Software Egypt .
2 – BULUGHUL MARAM ( TERJEMAHAN )
Oleh : Syeikhul Islam al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh .
Diterjemahkan Oleh : Allahyaham al-‘Allamah Ustadz A. Hassan Bandung .
Terbitan : C.V Diponegoro , Bandung .
3 – LAIN – LAIN
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
22 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
23 / Mei / 2003 M
JUMAAT – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum