SJ – 2540 : PIAGAM MADINAH & ADAKAH MALAYSIA SEBUAH NEGA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2540 : PIAGAM MADINAH & ADAKAH MALAYSIA SEBUAH NEGA

:salam

Di sini saya mempunyai sedikit kemusykilan. Demi mengatakan malaysia adalah sebuah Islam, seorang ustazah yang berforum di kaca tv mengatakan Piagam Madinah adalah selaras dengan Perlembagaan Malaysia. Saya merasa 'ada yang tak kena', tetapi memandangkan saya sendiri tidak berapa tahu tentang piagam madinah ditambah pula yang berkata itu seorang ustazah. Cuma...adakah perundangan di Malaysia sehebat di zaman Rasullullah. :wow

Ustazah tersebut juga memberi fakta yang agak bercanggah seperti "piagam madinah mengiktiraf undang-undang tertinggi yang diguna pakai adalah dari al-quran dan hadith, sama seperti di malaysia, Islam diletakkan sebagai agama persekutuan." Sedangkan di malaysia perundangan Islam adalah perundangan nombor 2.

Seorang lagi ustaz juga berkata sesebuah negara itu akan kekal sebagai negara Islam jika ia pernah menjadi negara Islam. Contoh yang diberi ialah Iraq. Iraq tetap negara Islam walaupun pemerintahannya diambil alih oleh puak kuffar. Adakah ianya benar ?

Cuma...bagaimana pula dengan Sepanyol(Andalus) yang dulunya pernah menjadi negara Islam. Adakah Sepanyol negara Islam? :wow Atau adakah situasi Iraq dan Sepanyol berbeza?

Minta penjelasan tentang ciri-ciri negara Islam serta piagam madinah dari ustaz-ustaz di sini.

Jazakallaahu khairan kathiran.

:wassalam

Re: SJ – 2540 : PIAGAM MADINAH & ADAKAH MALAYSIA SEBUAH


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2540 : PIAGAM MADINAH & ADAKAH MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada SaudarI thoolibah . Kami ( khasnya pendekar ) memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan menjawab soalan di atas , sehingga menyebabkannya bertimbun lama dengan beberapa soalan yang lain melebihi tempoh sebulan .

Soalan di atas adalah soalan politik 100 % , dan oleh kerana Islam itu sendiri mengajar juga umatnya agar memahami politi seterusnya menguruskan pentadbiran menurut ajaran Islam , maka tiada salahnya kami menjawab soalan seperti ini .

Soalan di atas juga menyebabkan kita perlu memberikan fokus kepada permasalahan-permasalahan berikut :

i ~ Apakah itu Piagam Madinah ? .

ii ~ Apakah takrif ( definasi ) & ciri-ciri sebuah Kerajaan Islam ? .

iii ~ Adakah Malaysia sebuah Negara Islam dan adakah ia beramal dengan Piagam Madinah ? .

iv ~ Benarkah sesebuah negara Islam itu akan terus-menerus menjadi Negara Islam walaupun bertukar corak pemerintahannya kepada pemerintahan bukan Islam ? .

Dengan taufiq , hidayah dan bimbingan daripada Allah Ta’ala , kami akan menghuraikan persoalan-persoalan di atas berdasarkan sekadar kemampuan yang ada pada kami .

@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@

i ~ Apakah itu Piagam Madinah ? .

Jawapannya : Piagam Madinah ialah sebuah perlembagaan bagi negara yang ditegakkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w di al-Madinah al-Munawwarah . Piagam ini merupakan perkara ketiga yang dimaterai oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebaiknya sahaja baginda s.a.w berhijrah ke Yatsrib ( al-Madinah al-Munawwarah ) , iaitu selepas baginda Rasulullah s.a.w mendirikan masjid ( Masjid al-Quba’ ) dan selepas dipersaudarakan di antara Muhajirin ( muslimin Makkah al-Mukarramah ) dengan Kaum Ansor ( Suku Kaum Aus & Khazraj yang beriman di al-Madinah al-Munawwarah ) .

Piagam ini dimaterai sebagai tanda hubungan di antara sesama umat Islam drp berbagai qabilah ( suku kaum ) dan juga sebagai tanda hubungan rakyat al-Madinah al-Munawwarah drp kalangan bukan Islam ( Yahudi dan Musyrikin ) . Atau dalam kata lain ialah adalah sebuah perlembagaan negara @ Rukun Negara .

Piagam Madinah ini dikenali sebagai “ Sohifah al-Madinah “ , dan kadang-kadang digelar juga sebagai “ Mitsaq al-Madinah “ ataupun “ Watsiqah al-Madinah “ ataupun “ Dustur al-Madinah “ .

Semua isi perjanjian yang dimaterai di dalam “ Piagam Madinah “ ini melebihi 40 fasal . Untuk mengetahui secara lanjut dan detail , dipersilakan saudara-saudari merujuk kepada :

i ~ As-Sirah an-Nabawiyyah ~ Oleh Al-Imam al-Muarrikh Ibnu Hisham rh { 1 / 501 – 504 }

ii ~Al-Mujtama’ an-Nabawi fi ‘Asri an-Nubuwwah ~ Oleh Al-‘Allamah Dr. Akram al-‘Umari { 108 – 111 ) .

iii ~ Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah ~ Oleh Al-‘Allamah Syeikh Munir Muhammad Ghadban { 238 – 247 } .
iv ~ Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah ~ Oleh Tuan Guru MB Terengganu { Jilid 2 , ms 21 – 36 } .

Walaupun begitu , kami akan menyatakan isi-isi terpenting ( al-Bunud al-Hammah ) di dalam Piagam Madinah itu di sini sebagai mana yang dinyatakan oleh Al-‘Allamah Prof. Dr . Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouty ha Dekan Jab. Perbandingan Agama di Universiti Damsyiq , Syiria } di dalam kitabnya yang terkenal : “ Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah “ { ms 150 – 154 , terbitan Darus Salam, Kaherah , 1999 } :

ISI – ISI TERPENTING PIAGAM MADINAH :

1 – Orang-orang Islam , sama ada daripada Quraisy ( Mekkah ) dan Yastrib ( Madinah ) dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka , lalu menyertai mereka dan berjihad dengan mereka adalah satu umat yang berbeza ( unik ) daripada umat yang lain .

2 – Golongan Muhajirin dari Quraisy tetap di atas peraturan lama mereka , mereka saling bertanggung-jawab . membayar dan menerima “ diyat “ di antara mereka dan mereka menebus sesiapa yang menjadi tawanan dengan cara yang baik dan adil di kalangan orang-orang yang beriman .

3 – Orang-orang yang beriman tidak boleh membiarkan sebarang masalah yang membebankan di kalangan mereka ( seperti hutang , anak-anak yang ramai dsbgnya ) , bahkan mestilah mereka saling bertanggung-jawab memberi sumbangan dengan kebajikan serta membayarnya sama ada ia berbentuk tebusan ataupun ikatan ( pembebasan ) .

4 – Sesungguhnya orang-orang yang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa sahaja yang melampaui batas ataupun menuntut pembayaran ataupun pemberian secara zalim, atau melakukan dosa atau permusuhan atau melakukan kerosakan di kalangan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya tangan-tangan mereka itu semuanya bersatu menentang itu semua walaupun yang melakukan keaslahan itu adalah anak salah-seorang daripada mereka sendiri .

5 – Tidak boleh seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin selainnya kerana seorang kafir dan tidak boleh pula dia menolong orang kafir untuk melakukan sesuatu ( perbuatan jahat ) terhadap orang-orang yang beriman .

6 – Bahawa perdamaian orang-orang beriman itu satu sahaja ( sama ) , oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang beriman tanpa disertai oleh seorang beriman yang lain dalam suatu peperangan di Jalan Allah , melainkan di atas dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka .

7 – Bahawa jaminan Allah itu satu dan sama , ia melindungi orang yang lemah di kalangan mereka yang memikul tanggung-jawab melindunginya . Dan orang-orang beriman itu saling bantu-membantu sesama mereka ( di dalam menghadapi ) gangguan orang-orang lain .

8 – Tidaklah boleh bagi mana-mana orang yang mengakui piagam ini dan beriman pula kepada Allah dan hari akhirat untuk menolong orang-orang yang mencabul ( piagam ini ) ataupun melindungi si pencabul itu . Dan sesiapa sahaja yang menolong orang yang melakukan perkara itu , maka ke atasnyalah laknat Allah dan murka-Nya sampai ke hari qiamat kelak .

9 – Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut sama mengeluarkan perbelanjaan bersama-sama orang-orang yang beriman selagi mana mereka berperang ( menentang sesiapa yang cuba mencabul piagam ini ) .

10 – Bahawa orang-orang Yahudi Bani ‘Auf adalah satu umat yang bersama-sama dengan orang-orang yang beriman , bagi mereka kebebasan menganut agama mereka dan orang-orang Islam dengan agama mereka sendiri , begitulah juga dengan orang-orang yang berada di bawah mereka dan diri-diri mereka sendiri , melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa , maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya .

11 – Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara dengan perbelanjaan mereka , dan umat Islam juga membiayai negara dengan perbelanjaan mereka sendiri . Dan hendaklah mereka saling bantu-membantu menentang sesiapa jua yang memerangi golongan yang menyertai perjanjian piagam ini . Dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati dan melakukan kebajikan tanpa melakukan perbuatan dosa .

12 – Apa-apa sahaja perkara yang menjadi perselisihan di kalangan kamu ( yang mematerai piagam ini ) maka tempat rujuknya ialah kepada Allah ( al-Quran ) dan Muhammad ( sunnah Baginda Rasulullah s.a.w ) .

13 – Sesiapa sahaja yang mahu meninggalkan Madinah , maka dia adalah aman ( selamat ) . Dan sesiapa juga yang mahu tinggal di dalam Madinah , dia juga aman , melainkan orang yang melakukan kezaliman dan dosa ( penderhakaan ) .

14 – Sesungguhnya Allah menjadi sebenar-benar saksi ke atas piagam ini dan memberikan kebajikan ( kepada orang yang mematuhinya ) dan sesungguhnya Allah adalah Maha Melindungi sesiapa yang berbuat kebajikan dan ketaqwaan . [/b]

@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@

ii ~ Apakah takrif ( definasi ) , konsep & ciri-ciri sebuah Kerajaan Islam ? .

Jawapannya :

TAKRIF NEGARA ISLAM : ( Menurut pandangan para ulama’ )

1~ Al-Imam Al-Sarakhasi rh : mentakrifkan ia sebagai : “Ianya tempat yang berada di bawah pemerintahan orang Islam, tandanya ialah apabila orang Islam aman di bawahnya”

2 ~ Al-Khatib al-Baghdadi rh (429 H) : Negara yang masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, dilaksankan hukum-hakam Islam, manakala ahli Bid’ah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah” ( Usul al-Din, hlm 270 )

3 ~ Al-Imam Abu Hassan al-Asya’ari rh (324 H) : “Negara Islam ialah negara yang berada di abawah penguasaan Islam dan dilaksanakan setiap hukum2 dan Syiar Islam” (Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musollin, hlm 22)

4 ~ Al-‘Allamah Syeikh Sa’id Hawwa rh (1989 M) : “Negara yang meletakkan undang2 Islam yang tunggal untuk mentadbir negara, ia dipimpin oleh orang Islam yang komited dengan ajaran agamanya..”( Jundullah thaqafatan wa akhlaqan, hlm 35)

5 ~ Al-‘Allamah Maulana Abul A’la al-Maududi (1979 M) : "Negara yang dibentuk berasaskan AL-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW, kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai pembimbing negara yang memberi keadilan kepada rakyat” ( Nazariyat al-Islamiyyah, hlm 41)

6 ~ Al-‘Allamah Prof. Dr Muhd Salam Madkur ( Profesor & Ketua Jab. Syariah di Mesir yang sekarang bertugas di Kuwait ) : Para Fuqaha mentakrifkan darul Islam sebg sebuah negara yang dipandu oleh hukum Islam, hukum-hakam Islam juga diamalkan di dlmnya. Sekiranya tidak, maka ia tidak boleh digelar dar Islam yang sempurna” (Ma’alim Dawlah Islamiyyah, hlm 60)

KONSEP NEGARA ISLAM :

1 - Meletakkan seorang pemimpin yang adil, berani, dan mampu, cukup kuat ingatan/minda, berilmu pengetahuan luas (dunia dan akhirat), biasa dengan teknik-teknik peperangan dan mahir dalam pentradbiran. Dia adalah sebaik-baiknya dipilih, bukan dilantik (ditetapkan oleh pihak lebih atas). Tentang kewajaran dia dilantik, kebanyakan fuqaha' berpendapat (jika dilantik) bahawa dia hendaklah seorang yang dipatuhi dan ditaati ke tahap (jika dibangkang) dia boleh melaksanakan juga peraturan-peraturan syariah dan mentadbir secara bebas. Kewajaran ini adalah untuk mengelakkan kacau-bilau dan perpecahan di kalangan umat.

2- Hak membuat hukum dalam sebuah negara Islam adalah milik Allah s.w.t. (bukan milik dewan perwakilan rakyat atau majoriti 2/3). Oleh itu, undang-undang dalam negara Islam hendaklah didominasi oleh undang-undang yang diwahyukan Allah s.w.t.

3- Syura hendaklah dipraktikkan secara sepenuhnya, membenarkan penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan dan menyediakan sistem 'checks and balances' (kerajaan dan pembangkang diberi peluang bersuara yang sama rata dan sama media)

4- Keadilan untuk semua, persamaan di kalangan semua warganegara tanpa mengira puak, bangsa atau asal usul .

Rujukan Lanjut sila lihat : Ummah: The Muslim nation (terbitan DBP 1991, m.s: 1 - 26) oleh Prof. Dr. Muhammad Abd Rauf , bekas pensyarah di Georgetown University, Washington, pernah menjadi Rektor Univ. Islam Antarabangsa Malaysia, Pengarah Akademi Pengajian Islam Univ. Malaya (APIUM), dan juga Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@

iii ~ Adakah Malaysia sebuah Negara Islam dan adakah ia beramal dengan Piagam Madinah ? .

Jawapannya :

Perkara ini boleh dijawab sendiri oleh setiap orang yang belajar dengan baik dan teliti akan perkembangan sejarah tanah air bermula semenjak wujudnya Kesultanan Melayu Melaka , kemudian diikuti oleh Tanah Melayu , Malaya dan akhirnya sebuah negara yang bernama Malaysia .

Isu “ Adakah Malaysia Sebuah Negara Islam “ menjadi hangat kembali apabila UMNO mengisytiharkannya di hadapan perwakilan Parti Gerakan Malaysia ( GERAKAN ) pada 29 September 2001 . Pengisytiharan ini nampaknya tidak menyenangkan banyak pihak , sama ada pihak yang benar-benar mahu Malaysia ini menjadi negara Islam yang sah di sisi syariat , mahupun pihak yang memang tidak mahu langsung Malaysia ini dikaitkan dengan Islam ( melainkan sebagai agama persekutuan sahaja ) .

UMNO melalui biro penerangan ( JHEK ) dan biro agamanya dan para ulama’ upahannya serta pihak JAKIM sentiasa me”war-warkan “ Malaysia ini sebagai sebuah negara Islam dengan berpandukan takrif mengenainya yang dibahaskan oleh al-Imam as-Sarakhasi rh di atas ( takrif pertama ) , tanpa memperdulikan takrif-takrif lain . Malahan mereka juga turut menyatakan bahawa perlembagaan negara ini memang serasi dengan petunjuk Baginda Rasulullah s.a.w di dalam Piagam Madinah ( yang telah kami bentangkan di atas ) .

Itulah dakwaan mereka . Dan sebagai mana kita sedia maklum sekadar dakwaan , maka sesiapa sahaja akan membuat dakwaan , Cuma benar ataupun tidak itulah yang perlu dibahaskan menurut neraca syariah Islam . Ini mengingatkan kita kepada pesanan Imam Ahlul Madinah Wa Sirajul Ummah , al-Imam Malik Bin Anas rh yang menyatakan : “ Setiap kata-kata itu boleh diterima dan boleh ditolak , melainkan penghuni maqam ini ( sambil tangan beliau mengisyaratkan kepada maqam Baginda Rasulullah s.a.w ) “ .

Dan , perkara ini juga boleh dijawab dengan panjang-lebar , sederhana dan ringkas . Kami di al-Ahkam Online memilih cara sederhana memandangkan sudah banyak bahan-bahan ilmiah yang menerangkan masalah ini .

Al-Imam as-Sarakhasi rh menyatakan di dalam takrif di atas bahawa syarat sesebuah negara itu boleh dianggap sebagai Negara Islam ialah adanya KEAMANAN bagi para penganut Islam .

Apakah keamanan yang dimaksudkan di atas ? . Adakah sekadar keamanan itu bermaksud kita merasa tenteram dan boleh beribadah ? . Kalau ya sekalipun , adakah benar umat islam di Malaysia kita bebas untuk menjalankan ibadah mereka dan mempraktikkan tuntutan agama mereka ? .

Bagi kami di al-Ahkam Online , jawapannya adalah TIDAK !!! . Buktinya ialah :

1 – Umat Islam masih tidak mencapai keamanan , keselamatan dan seterusnya kedaulatan di dalam masalah ‘Aqidah . Umat Islam masih terdedah dengan ancaman pemurtadan . Umat Islam yang telah murtad tidak dibela oleh perlembagaan negara . UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu ( menurut dakwaan mereka ) tidak langsung membahaskan masalah ‘Aqidah dan Murtad ini di dalam perhimpunan agung dan mesyuarat mereka . Umat Islam masih terdedah dengan serangan pemikiran yang menghancurkan ‘aqidah , khasnya sekularisme , pragmatisem , rasionalisme , liberalisme , hostorisme , protestantisme , sosialisme , komunisme dan sebagainya . Jadi adakah umat Islam merasa aman untuk melaksanakan tuntutan ‘Aqidah mereka ? .

2 – Umat Islam dilarang ataupun dimomok-momokkan apabila menunaikan sembahyang . Buktinya apa yang berlaku di Surau Jubli Perak , Bandar Baru Bangi , baru-baru ini ( pihak JAIS merobohkan surau yg berstatus masjid itu dan melarang para jemaah mendirikan solat Jumaat ) . Selain itu , seorang tua yang beriktikaf di dalam Masjid ar-Rahman ( bersebelahan UM PJ ) ditangkap oleh FRU kerana disyakki terlibat di dalam perhimpunan menentang kedatangan pasukan kriket Israel ( tahun 1997 ) . Umat Islam yang menunaikan solat hajat di stadium diperli dan dipersendakan sendiri oleh para pemimpin UMNO yang mendakwa diri mereka adalah parti Islam ketiga terbesar di dunia . Jadi , benarkah umat Islam benar-benar berasa aman di Malaysia di dalam melaksanakan ibadah ? .

3 – UMNO yang memerintah pernah cuba melucutkan kuasa Raja-Raja Melayu yang mana kesemua tuanku itu ( menurut perlembagaan negara kita ) adalah penaung kepada kedaulatan Islam di tanah air kita .

UMNO sendiri pernah cuba menghapuskan nama ISLAM daripada organisasi-organisasi dan persatuan-persatuan dengan 1001 dalil ( dalih ? ) .

UMNO sendiri berusaha menutup sekolah-sekolah agama rakyat ( SAR ) dan pondok-pondok pengajian Islam serta memburuk-burukkan imej para ulama’ dan penuntut jurusan agama ( khasnya yang belajar di Mesir ) .

UMNO pernah menuduh mahasiswa / I yang kuat ber” usrah “ , ber” qiyamullail “ , berpersatuan Islam di kampus-kampus sebagai punca kemerosotan pelajaran , walhal UMNO tidak pernah pula menuduh mahasiswa / I yang menjadi GRO , yang gila ke Kelab Malam , yang ber “ couple “ itu sebagai punca kemerosotan pelajaran .

Dimanakah keselamatan , keamanan dan jaminan keutuhan pendidikan Islam di negara kita apabila semuanya itu diganggu-gugat oleh UMNO sendiri ? .

4 – Ekonomi di Malaysia adakah dipegang oleh umat Islam ? . Adakah umat Islam yang mempunyai bangunan-bangunan mewah di bandaraya-bandaraya di Malaysia ? . Adakah Bank berteraskan TANPA RIBA lebih banyak daripada Bank-Bank Ribawi ( Konvensional ) ? .

5 – Adakah boleh dianggap aman ( tidak mengganggu sensitiviti umat Islam ) apabila di Malaysia sendiri masih banyak pusat pelacuran , perjudian , kilang Arak dan segala aktiviti maksiat diredhai ( diberikan permit dan lesen ) oleh Kerajaan yang diperintah oleh BN dan UMNO ? .

Oleh kerana itu , takrif Negara Islam yang diletakkan oleh al-Imam as-Sarakhasi rh itu sendiri MASIH BELUM DIPENUHI oleh Malaysia sehingga boleh diterima sebagai sebuah Negara Islam yang sempurna .

Itu baru dilihat drp satu takrif , belum lagi kita membahaskan takrif-takrif selain itu .

Adakah Malaysia beramal dengan Piagam Madinah ? .

Jawapannya :

Piagam Madinah yang diasaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w itu , meskipun menggariskan tata-hubungan di antara umat Islam dengan umat bukan Islam , akan tetapi itu bukanlah alasan yang kukuh untuk UMNO mendakwa bahawa Malaysia beramal dengan piagam yang suci murni itu .

Piagam Madinah diasaskan di atas dasar Allah Ta’ala dan Rasul-Nya adalah merupakan sumber rujukan yang tertinggi , walhal Malaysia tidak meletakkan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya sebagai sumber tertinggi perundangan , malahan Perlembagaan Malaysia yang berasaskan apa yang digariskan oleh Suruhanjaya Lord Reid lebih besar daripada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya ! .

Perlembagaan Malaysia menyatakan di dalam Perkara 4 Ceraian ( 1 ) :

"This Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void."

“ Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini adalah terbatal setakat yang berlawanan itu “ .

Perkara 75 pula menyebut:

“ Jika mana-mana Undang-Undang Negeri tidak konsisten ( berlawanan ) dengan Undang-Undang Persekutuan, maka Undang-Undang Persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang-undang negeri itu hendaklah terbatal ( tidak sah dipakai ) , setakat mana ianya berlawanan dengan undang-undang persekutuan itu “ .

Jadi , adakah Perlembagaan Malaysia boleh dikatakan menyamai Piagam Madinah selepas kita meneliti butiran-butiran di atas !? .

Piagam Madinah adalah sebuah perlembagaan yang menjamin kedaulatan Islam dan keamanan umatnya , walhal sebagai mana telah dijelaskan tadi , Islam dan umatnya sendiri di tanah air Malaysia sudah tidak lagi terjamin . Jadi , bagaimanakah mungkin dikatakan Malaysia beramal dengan Piagam Madinah !? .

Piagam Madinah meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan tertinggi yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana undang-undang , walhal Perlembagaan Malaysia pula meletakkan Lord Reid , Perlembagaan Persekutuan dan keputusan parlimen sebagai rujukan utama yang tidak boleh cabar hatta oleh al-Quran dan Sunnah itu sendiri . Jadi , adakah sesuai dinamakan Malaysia sebagai sebuah negara yang beramal dengan Piagam Madinah ? .

Itu baru ditinjau secara kasar , belum lagi dihalusi lagi menerusi perlembagaan negara kita . Bagaimana mungkin pengisytiharan itu dilakukan secara “ segera “ tanpa melalui proses perbahasan di Parlimen ? , tanpa bermuzakarah dengan para ulama’ yang tidak pro-UMNO dan diisytiharkan pula di dalam mesyuarat agung GERAKAN tanpa ada sebarang kehadiran daripada pihak Raja-Raja Melayu , Ashabul Fadhilah Mufti-Mufti dan Kadhi-Kadhi Besar , Para Ulama’ dan para agamawan !? .

Kami di al-Ahkam Online mengajak pula saudara / I meneliti beberapa kenyataan yang pernah dinyatakan oleh tokoh agama dan negarawan kita di dalam memahami permasalahan ini .

( I ) ~ “Saya ingin menjelaskan bahawa negara ini bukanlah negara Islam sepertimana ianya difahami umum. Kita hanya memperuntukkan bahawa Islam hendaklah menjadi agama rasmi negara.” - Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia ~ (Sumber: Official Report of Legislative Council Debates, 1 May 1958.)

( ii ) ~ “Dengan mengetepikan kedudukan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara, Perlembagaan negara kita sekarang telah merupakan suatu halangan besar ke arah cita-cita merealisasikan undang-undang Islam di negara kita ini. Adalah menjadi tanggungjawab semua mereka yang berkewajipan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini untuk mencari jalan bagi mengatasi halangan politik dan Perlembagaan ini.”~ (Sumber: Prof. Dato’ Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Ke arah Merealisaskan Undang-Undang Islam di Malaysia, Seminar Syari’ah, Akademi Islam Universiti Malaya, 1987.)

( iii ) ~ “Parti Perikatan menghuraikan (kepada Raja-Raja Negeri Melayu) bahawa … tujuan menjadikan Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan adalah terutamanya bagi maksud-maksud upacara, misalnya membaca doa mengikut cara Islam dalam majlis-majlis rasmi seperti pertabalan Yang di-Pertuan Agung, Hari Merdeka dan majlis-majlis yang serupa itu. (Huraian ini telah diterima oleh Raja-Raja dan dengan demikian Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mengkanunkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan)”~ (Sumber: Tun Mohd. Suffian Hashim, “The Relationship between Islam and the State in Malaya”, Intisari, Jilid 1, No. 1.)

( iv ) ~ “Undang-undang yang terpaksa kita ikuti di Malaysia, kecuali jika ada undang-undang bertulis yang lain, ialah undang-undang Inggeris, dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja,iaitu perkara-perkara berhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan pengertian yang sempit… Oleh sebab Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan juga agama rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia, undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai menjadi undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-Undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggeris yang lapuk itu, tetapi bebas mencari undang-undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Suatu fasal hendaklah diadakan dalam Perlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka hendaklah undang-undang itu terbatal setakat mana ia bertentangan. Dengan dua cara ini bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-undang di Malaysia sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.” ~ (Sumber: Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, Sekatan-Sekatan Dalam Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, al-Ahkam Jilid 4, Islam Dalam Perlembagaan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994).

( v ) ~ Memorandum UMNO kepada Suruhanjaya Reid berbunyi:

"Agama bagi Malaysia hendaklah Agama Islam. Pengakuan dasar ini tidaklah akan mengenakan apa-apa sekatan bagi orang-orang bukan Islam untuk menganuti dan mengamali agama mereka sendiri, dan tidaklah akan membawa pengertian bahawa negara ini bukan sebuah negara sekular." ~ Sumber: (Arkib negara, Fail Sulit UMNO/SUA 108/56 Bil. 800 bertarikh 14 April 1956 dan 15 Oktober 1956).

( VI ) ~ "Kertas Putih dari Suruhanjaya Reid berbunyi:

"Telah dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan suatu pengisytiharan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Ini tidaklah dengan apa cara sekalipun menjejaskan kedudukan Persekutuan SEBAGAI SEKULAR sebagaimana terdapat pada masa sekarang ini." ~ Sumber: (Federation of Malaya Constitutional Proposal 1957 (Legislative Council Paper No. 42 of 1957), Kuala Lumpur).

@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@

iv ~ Benarkah sesebuah negara Islam itu akan terus-menerus menjadi Negara Islam walaupun bertukar corak pemerintahannya kepada pemerintahan bukan Islam ? .

Jawapannya :

Entah daripada manalah agaknya pihak UMNO mendapati fatwa seperti ini . Kami mengesyorkan agar pihak UMNO yang menyatakan hal dapat membawa sumber rujukan muktamad bagi kenyataan di atas .

Kenyataan di atas sudah tentu pelik , bahkan bertentangan dengan realiti Politik Islam itu sendiri . Adakah kita boleh menyatakan Palestin itu sebuah negara Islam kerana pernah menjadi negara Islam , walhal realiti semasa menunjukkan betapa penguasaan Yahudi LaknatulLah ke atas wilayah itu !? .

Adakah kita berani mengatakan bahawa India sekarang adalah Negara Islam disebabkan dahulu pernah diperintah oleh pemerintahan Islam Ghaznawi ? .

Beranikah kita katakan bahawa Negara Mongolia itu sebuah negara Islam lantaran datuk-nenek moyang mereka dahulu telah memeluk Islam selepas meruntuhkan Empayar Islam ‘Abbasiah di Baghdad ? .

Bagaimana pula dengan Sepanyol ? , adakah Sepanyol sekarang Negara Islam juga ? .

Bagaimana pula dengan Cyprus yang satu masa dahulu dikuasai oleh Rom , adakah Cyprus sekarang berstatus negara Islam walhal pulau itu dibahagi dua di antara Greece dan Turki ? .

Adakah Turki sekarang masih negara Islam ? . Kalau Ya, apa gunanya Kamal Atarturk mengisytiharkannya sebagai sebuah negara sekular dan apa guna usahanya memerangi Islam besar-besaran dahulu ? .

Adakah ketika Tanah Melayu diperintah oleh penjajah bukan Islam , maka Tanah Melayu tetap berstatus sebagai sebuah negara Islam ? .

Marilah kita fahami realiti yang berlaku di hadapan mata kita . Jangan disebabkan hendak memuaskan hawa-nafsu sesetengah manusia , kita sanggup “ menjual “ ayat-ayat Allah Ta’ala dengan harga yang murah dan ditukar-ganti pula dengan kebenaran yang datangnya daripada Allah Ta’ala . :non

Dan marilah juga kita fahami bahawa NEGARA ISLAM adalah BERBEZA dengan NEGARA UMAT ISLAM . Malaysia mungkin boleh dianggap sebagai negara umat Islam disebabkan majoriti penduduknya adalah daripada kalangan umat Islam , akan tetapi itu bukanlah menjadi jaminan bahawa ia juga sudah tentu menjadi negara Islam yang ditunjukkan melalui al-Quranul Karim dan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w .

Kalau UMNO benar-benar yakin mereka berada di pihak yang benar , maka mengapa pula tidak bermuzakarah dengan ‘alim-‘ulama’ mengenai hal ini dengan disiarkannya secara umum ? . Mengapa pula tidak diisytiharkan di hadapan hakim-hakim negara ? . Mengapa pula tidak melalui perbahasan di parlimen ? , dan mengapa pula masih tidak mahu ( tidak berani ? ) bermuzakarah dengan PAS mengenai masalah ini . Orang yang benar dan yakin dengan kebenarannya sudah tentu tidak takut untuk berhadapan dengan sesiapa kerana UMNO sendiri ada ‘alim-ulama’nya . Tapi kenapa masih diam tidak mahu bermuzakarah ataupun ada “ raksasa “ yang bersembunyi di sebalik batu !? . :noyade

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

P/S : Alhamdulillah ….lega rasanya . Akhirnya siap juga jawapan ini setelah memakan masa yang lama . :bersiul: :fuhh


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
24 / Rabi’eul Awwal / 1424 H
25 / Mei / 2003 M

AHAD – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum