***********************
SJ – 2555 : PRODUKTIVITI MENURUT ISLAM & KAPITALISME
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Solid yang mengemukakan soalan di atas .
Memang benar terdapatnya beberapa persamaan di antara ajaran Islam dengan selainnya . Bukan sahaja di dalam masalah ekonomi , akan tetapi di berbagai bidang .
Contohnya di dalam bidang ‘Aqidah , umat Islam percaya akan kewujudan Tuhan yang dipanggil sebagai ALLAH TA’ALA . Umat bukan Islam pun percaya adanya Tuhan ( Tuhan-Tuhan ) . Cuma nama dan sifat sahaja yang berbeza , walaupun kadang-kadang ada juga nama dan sifat yang sama di antara Tuhan kita dengan tuhan-tuhan mereka .
Umat Islam percaya adanya Nabi sebagai penyampai ajaran Allah Ta’ala , begitulah juga kaum bukan Islam seperti Budha ( Gautama Sidharta Budha ~ asalnya dianggap Nabi oleh penganut ajarannya , kemudian dikultuskan lalu dianggap sebagai Tuhan ) .
Umat Islam percaya adanya para malaikat a.s , kitab-kitab suci dan adanya hari akhirat . Begitu juga dengan mereka .
Contohnya di dalam bidang Syari’ah ( Perundangan dan Hukum-Hakam ) . Umat Islam mengerjakan sembahyang , begitu juga dengan kaum bukan Islam .
Umat Islam melakukan rukuk dan sujud di dalam sembahyang . Begitulah juga dengan Kaum Budha di Tibet .
Umat Islam berpuasa . Umat bukan Islam pun ada berpuasa .
Umat Islam menunaikan Haji di BaitulLahi al-Haram di Makkah al-Mukarramah . Umat Kristian Katholik mengerjakannya di Vatican City . Umat Kristian Ortodoks pula mengerjakannya di Pergunungan Sinai ( Thur Saina’ ) di Mesir dan juga al-Quds di Palestin . Umat Hindu pula menunaikannya di India selepas “ membersihkan dosa-dosa “ mereka di Sungai Ganges .
Banyak lagi contoh-contoh persamaan di antara ISLAM dengan ajaran-ajaran dan agama-agama lain, akan tetapi ISLAM TIADA KENA-MENGENA DAN TIDAK MENCEDOK AJARAN ITU SEMUA .
Samalah seperti Islam menganjurkan persamaan dan keadilan . Akan tetapi bukanlah persamaan dan keadilan yang difahami oleh Komunisme dan Sosialisme .
Islam juga menganjurkan agar umatnya menjadi umat yang produktif dan mencari kekayaan , akan tetapi tidak sama dengan ajaran Kapitalis .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Secara ringkasnya yang dapat kami berikan di sini mengenai CIRI-CIRI PERBEZAAN DI ANTARA ISLAM DENGAN KAPITALISME DARI SUDUT EKONOMI adalah seperti berikut :
( 1 ) ~ ISLAM : Kesemua sistemnya temasuklah sistem ekonominya berasal daripada Allah Ta’ala .
KAPITALISME : Sistemnya direka-cipta oleh manusia yang mempunyai sikap lupa , lalai , cuai dan alpa .
( 2 ) ~ ISLAM : Menganjurkan kekayaan dan produktiviti , akan tetapi melarang digunakan segala cara yang bertentangan dengan ajaran dan tuntutannya untuk merealisasikan impian itu .
KAPITALISME : Kejarlah kekayaan dan produktiflah dengan segala cara yang boleh dikuasai , tanpa mengira Halal-Haram . Bagi kapitalis , “ The End Justify The Means “ ( Matlamat Mengharuskan Segala Cara ) .
( 3 ) ~ ISLAM : Mewujudkan sistem ekonomi yang baik . Di atas dasar keadilan . Di atas dasar “ Taradhin Bainakum “ ( saling redha-meredhai sesama kami ) . Membantu golongan yang susah dengan dasar “ at-Ta’awun “ ( Berkerja-Sama ) dan “ at-Takaful Ijtima’ie “ ( Jaminan Keselamatan Sosial ) . Menentang sebarang bentuk penindasan terutamanya Sistem Riba .
KAPITALISME : Mewujudkan manusia yang berkasta-kasta . Yang kaya makin kaya , yang miskin terus menjadi miskin . Meluaskan lagi amalan Riba yang menjadi teras ekonomi Kristian Protestant dan Yahudi di masa silam .
( 4 ) ~ ISLAM : Menitik-beratkan kepercayaan kepada adanya Allah Ta’ala yang sentiasa mengawasi perbuatan kita semua ( walaupun dilakukan secara rahsia dan tersembunyi ) dan mendidik pula agar kita yakin bahawa semua perbuatan kita itu akan dipersoalkan di dalam “ mahkamah terbesar lagi teradil “ di Hari Akhirat kelak .
KAPITALISME : Tidak mengajar manusia mengenal siapakah Tuhan dan apakah itu Hari Akhirat . Akibatnya manusia menjadi tidak takut untuk berbuat apa sahaja sehingga kezaliman yang ada semakin berganda-ganda dan semakin tidak terkawal .
( 5 ) ~ ISLAM : Mengajar kita bahawa sebaik-baik makhluk adalah manusia kerana mereka mempunyai akal , perasaan dan juga diberikan bimbingan wahyu . Oleh itu , segala mu’amalah ( urusan / interaksi ) mestilah di atas dasar saling hormat-menghormati dan saling memahami di antara satu sama lain . Dan ini jugalah intipati semua agama dan falsafah akhlak yang lahir di Timur yang memandang manusia itu sebagai “ bayangan Tuhan “ di atas muka bumi .
KAPITALISME : Mengajar bahawa manusia itu hanya dihormati apabila mempunyai wang yang banyak dan manusia ini tidak ubah hanyalah seumpama haiwan . Dan ini jugalah intipati falsafah dan ideologi yang lahir di Barat yang diwarisi oleh Kapitalisme .
Itulah secara ringkas yang dapat kami berikan perbezaan di antara Islam dan Kapitalisme di dalam memandang konsep produktiviti dan ekonomi .
Janganlah pula disangka apabila Islam menentang Kapitalisme , sudah tentu Islam ini adalah Sosialisme / Komunisme . Tidak !!! , Bukan Begitu !!! .
Islam bukanlah Falsafah Ajaran Timur mahupun Barat . Dan Islam bukanlah Kapitalisme mahupun Sosialisme . Dan Islam tidak pernah mengajar bahawa kalau tidak menjadi Kapitalis , sudah tentu kita menjadi Sosialis .
Islam adalah Islam . Islam mempunyai syaksiahnya ( jati diri ) yang tersendiri , yang tidak mencedok mana-mana ajaran ciptaan manusia . ( Sila pelajari hal ini melalui pendahuluan buku APAKAH ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM ? oleh al-‘Allamah Dr . Fathy Yakan ( ha ) di : http://alahkam2.hamku.com.my/audio2003/index.php?q=f&f=%2Fpendekar%2FAPAKAH_ERTINYA )
Dan Sila lihat ke RUANGAN RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN di bawah untuk mengetahui apakah sumber terbaik yang boleh dijadikan rujukan mengenai masalah ini .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
1 – ISLAM DI ANTARA KAPITALISME DAN KOMUNISME
Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Prof. Dr. M. Mutawalli asy-Sya’arawi rh
Terjemahan : H. Salim Basyarahil .
Terbitan : Gema Insani Press , Jakarta ( 1988 )
2 – POKOK-POKOK PANDANGAN HIDUP MUSLIM
Oleh : al-‘Allamah Maulana Abul A’ala al-Maududi rh
Fokus pada halaman : 88 – 104 ( Prinsip-Prinsip Ekonomi Dalam Islam )
Terbitan : International Islamic Federation of Student Oranizations ( IIFSO )
Cetakan : Malaysia ( 1981 )
3 – KERUGIAN APA YANG DIDERITAI OLEH DUNIA AKIBAT KEMEROSOTAN KAUM MUSLIMIN ?
Oleh : al-‘Allamah Maulana Abul Hasan ‘Ali al-Hasani an-Nadwi rh
Fokus pada halaman : 225 – 245

Cetakan : Stuttgart , Jerman ( 1984 )
4 – ABU DZAR al-GHIFARI WA asy-SYUYU’IEYAH
Oleh : al-Imam al-Akbar Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud ( Bekas Syeikhul al-Azhar tahun 70’an )
Terbitan : Darul Ma’arif , Kaherah
5 – al-MARKISIAH WAL ISLAM
Oleh : Dr. Mustafa Mamud
Terbitan : Darul Ma’arif , Kaherah
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
27 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
28 / Mei / 2003 M
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 – ISLAM DI ANTARA KAPITALISME DAN KOMUNISME
Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Prof. Dr. M. Mutawalli asy-Sya’arawi rh
Terjemahan : H. Salim Basyarahil .
Terbitan : Gema Insani Press , Jakarta ( 1988 )
2 – POKOK-POKOK PANDANGAN HIDUP MUSLIM
Oleh : al-‘Allamah Maulana Abul A’ala al-Maududi rh
Fokus pada halaman : 88 – 104 ( Prinsip-Prinsip Ekonomi Dalam Islam )
Terbitan : International Islamic Federation of Student Oranizations ( IIFSO )
Cetakan : Malaysia ( 1981 )
3 – KERUGIAN APA YANG DIDERITAI OLEH DUNIA AKIBAT KEMEROSOTAN KAUM MUSLIMIN ?
Oleh : al-‘Allamah Maulana Abul Hasan ‘Ali al-Hasani an-Nadwi rh
Fokus pada halaman : 225 – 245
Terbitan : International Islamic Federation of Student Oranizations ( IIFSO )
Cetakan : Stuttgart , Jerman ( 1984 )
4 – ABU DZAR al-GHIFARI WA asy-SYUYU’IEYAH
Oleh : al-Imam al-Akbar Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud ( Bekas Syeikhul al-Azhar tahun 70’an )
Terbitan : Darul Ma’arif , Kaherah
5 – al-MARKISIAH WAL ISLAM
Oleh : Dr. Mustafa Mamud
Terbitan : Darul Ma’arif , Kaherah
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
27 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
28 / Mei / 2003 M
RABU – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum